Kurniaan Hari Keputeraan Sultan Brunei 2018

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Istiadat Mengadap dan Pengurniaan Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam 2018 sempena Hari Keputeraan Sultan Brunei ialah pengurniaan yang diperkenan oleh Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam atas jasa baik dan sumbangan rakyat Negara Brunei Darussalam serta pembesar luar negara. Kurniaan Hari Keputeraan ini dikurniakan sebahagian daripada Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-72 Tahun pada bulan Julai di Istana Nurul Iman.

Seramai 207 individu telah dikurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan pada tahun 2018 yang telah dianugerahkan pada 15 Julai dan 1 September.[1][2]

Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar[sunting | sunting sumber]

Darjah Ketiga[sunting | sunting sumber]

Tiga orang penerima dianugerahi Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Ketiga (S.S.U.B).

Darjah Keempat[sunting | sunting sumber]

Empat orang penerima dianugerahi Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Keempat (S.U.B). Para penerima terdiri daripada pegawai-pegawai dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).

Darjah Kelima[sunting | sunting sumber]

23 orang penerima dianugerahi Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Kelima (P.U.B). Para penerima terdiri daripada pegawai-pegawai dari KHEU.

Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang[sunting | sunting sumber]

Darjah Pertama[sunting | sunting sumber]

Tiga orang penerima dianugerahi Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T) yang membawa terasul Dato Paduka Seri.

  • Panglima Tentara Nasional Indonesia, Yang Terhormat Marsekal TNI Hadi Tjahjanto
  • Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud
  • Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Thailand, Tuan yang Terutama Jeneral Tarnchaiyan Srisuwan

Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat Perkasa[sunting | sunting sumber]

Darjah Pertama[sunting | sunting sumber]

Dua orang penerima dianugerahi Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat Perkasa Darjah Pertama (P.S.P.N.B) yang membawa terasul Dato Seri Pahlawan.

  • Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Awang Haji Mohd. Irwan bin Haji Hambali
  • Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Brigadier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh

Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia[sunting | sunting sumber]

Darjah Pertama[sunting | sunting sumber]

Lapan orang penerima dianugerahi Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Pertama (P.S.N.B) yang membawa terasul Dato Seri Setia.

Darjah Ketiga[sunting | sunting sumber]

Dua orang penerima dianugerahi Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Ketiga (S.N.B).

  • Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Kawalan Lalu Lintas, Penguasa Kanan Polis, Awang Husaini bin Haji Matzin
  • Timbalan Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan, Penguasa Kanan Polis, Awang Haji Zaini bin Haji Abd. Rahim

Darjah Keempat[sunting | sunting sumber]

135 orang penerima dianugerahi Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Ketiga (P.S.B). Para penerima terdiri daripada pegawai-pegawai dari KHEU, JPM, Kementerian Pertahanan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, dan pihak swasta.

Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa[sunting | sunting sumber]

Darjah Kedua[sunting | sunting sumber]

Satu orang penerima dianugerahi Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa Darjah Kedua (D.S.L.J) yang membawa terasul Dato Seri Laila Jasa.

  • Yang Arif Awang James Kerr Findlay (2017)

Darjah Ketiga[sunting | sunting sumber]

Satu orang penerima dianugerahi Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa Darjah Ketiga (S.L.J).

Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia[sunting | sunting sumber]

Darjah Pertama[sunting | sunting sumber]

Lima orang penerima dianugerahi Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Pertama (S.P.M.B) yang membawa terasul Dato Seri Paduka.

  • Yang Amat Arif, Awang John Barry Mortimer (2017)
  • Timbalan Menteri Kewangan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Ahmaddin bin Haji Abd. Rahman
  • Timbalan Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw
  • Timbalan Menteri di JPM, Yang Mulia Datin Dayang Hajah Elinda binti C.A. Mohamed
  • Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Datin Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh

Darjah Kedua[sunting | sunting sumber]

Tiga orang penerima dianugerahi Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (D.P.M.B) yang membawa terasul Dato Paduka.

  • Pemangku Pengarah Perisikan Jenayah, Penolong Pesuruhjaya Polis Pengiran Haji Mohd. Jefri bin Pengiran Abdul Hamid
  • Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Penolong Pesuruhjaya Polis Awang Haji Mohd. Hassan bin Pehin Penyurat Haji Ahmad
  • Pengiran Haji Mohd. Yussoff bin Pengiran Haji Bahar

Darjah Ketiga[sunting | sunting sumber]

17 orang penerima dianugerahi Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga (S.M.B).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nooratini Haji Abas (15 Julai 2018). "24 orang dikurniakan Bintang-Bintang Kebesaran NBD". Pelita Brunei. Dicapai pada 10 Januari 2019.
  2. ^ Khartini Hamir (1 September 2018). "Pengurniaan Bintang-Bintang Kebesaran NBD kepada 183 penerima". Pelita Brunei. Dicapai pada 10 Januari 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Senarai kurniaan Brunei