La Boca

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
La Boca

La Boca adalah kawasan yang paling ceria di Buenos Aires dengan bangunannya yang pelbagai warna. Ia diasaskan dan dibina oleh pendatang Itali terutamanya dari Genova, dan sehingga kehari ini ia dipanggil "La Piccola Italia" atau Itali kecil. Kawasan ini terletak di muara sungai Riachuelo.

Tempat pelancongan yang paling cantik ialah di Caminito, sebuah persiaran 100 meter dari "coastal road". Disini terdapat bangunan dengan mural serta imej dari ribuan warna. Selain itu, para pelukis mempunyai penempatan disini dan mereka menjual dan mempamirkan hasil lukisan mereka. Tarian tango juga popular disini dan terdapat beberapa tempat ekslusif disini bagi mereka yang meminati tarian tersebut.

Kawasan ini terkenal dengan kelab bolasepaknya iaitu Kelab Boca Junior, dengan stadiumnya yang diberi nama, The Bombonera (kotak cokelat), yang boleh memuatkan lebih 55,000 penonton.