Pergi ke kandungan

La mort de l'auteur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

La mort de l'auteur  ("Kematian Si Pengarang / Pengkarya" - The Death of the Author) ialah sebuah karangan terbitan 1967 oleh Roland Barthes (1915 - 1980), seorang pengkritik sastera dan pakar teori sastera. Penulisan ini berpendapat menentang kritikan sastera berdasarkan pemahaman niat dan konteks semasa seseorang penulis dalam menulusuri teks lalu bercenderung kepada teks tersebut berdiri dengan sendirinya.[perlu rujukan]

Kandungan

[sunting | sunting sumber]

Penelitian dan kritikan terhadap sesebuah karya sastera pada zaman Barthes ketika itu bergantung kepada aspek jatidiri penulis—pandangan politik, konteks sejarah, agama, etnik, psikologi, atau ciri keperibadian lain— untuk mendapatkan makna dari kerja penulis. Dalam kritikan jenis ini pengalaman dan berat sebelah penulis berfungsi sebagai "penjelasan" teks tersebut yang mutakhir. Barthes bagaimanapun berpendapat kaedah ini ada cacat celanya meskipun pendekatan ini tampak rapi dan mudah: "memberikan teks itu seorang pengarang" lalu memberikan penafsiran yang sepadan dengan niat pengarang bermakna "mengenakan had pada teks tersebut".

Oleh itu, Barthes berpendapat bahawa pembaca mesti memisahkan karya dari pencipta untuk membebaskan teks dari penyempitan tafsiran. setiap potongan teks mengandungi pelbagai lapisan dan makna. Dalam terkenal sebut, Beliau mengumpamakan teks dengan kain di mana sesebuah teks itu dilihat sebagai suatu "tisu [atau kain] petikan" yang diambil dari "banyak pusat-pusat budaya tidak terkira", bukannya daripada pengalaman seseorang individu sahaja. Pengertian penting sesebuah karya itu bergantung pada tanggapan si pembaca dan bukannya "nafsu" atau "rasa" penulis; "kesatuan sesebuah teks itu tidak terletak pada asal-usul", mahupun penciptanya, "tetapi pada destinasi ia", atau benak hati yang membaca teks itu.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]