Yale-Yale (lagu)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Lagu Yale-Yale)

Lagu Yale-Yale merupakan salah satu lagu lagu ciptaan penggubah Osman Ahmad. Lagu ini telah dimuatkan dalam filem Yatim Piatu yang diterbitkan pada tahun 1952.

Dalam filem lagu itu dinyanyikan oleh Saadiah yang menggunakan suara Momo. Pada tahun 1953 Momo merakamkan lagu itu ke piring hitam. Kemudian penyanyi Indonesia Hasnah Tahar merakamkan semula lagu itu pada akhir tahun 50-an bersama Orkes Melayu Bukit Siguntang dbp A. Chalid. Lagu itu menjadi cukup popular di Indonesia melalui rakaman pelbagai penyanyi hinggakan ada rakaman yang mencatatkan nama S. Effendi atau A. Chalid sebagai penciptanya.

Selain itu, ia juga turut dinyanyikan oleh M. Ishak, Lilis Suryani dan Herman Tino.