Lahir mati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lahir mati
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Nama lain
Kelahiran mati, kematian janin, mati dalam kandungan
Ultrabunyi seringkali digunakan untuk mendiagnosis keadaan lahir mati dan keadaan-keadaan perubatan yang meningkatkan risiko lahir mati.
PengkhususanObstetrik
GejalaKematian janin pada atau selepas 20 / 28 minggu kehamilan[1][2]
PuncaSelalunya tidak diketahui, komplikasi kehamilan[1][2][3]
Usia ibu melebihi 35 tahun, merokok, penggunaan dadah, penggunaan teknologi pembiakan berbantu, kehamilan pertama[4]
Tiada rasa pergerakan janin, ultrabunyi[5]
RawatanPengaruhan proses kelahiran, pendilatan dan pengosongan[6]
Kekerapan2.6 juta (1 per setiap 45 kelahiran)[2]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lahir mati atau kelahiran mati biasanya ditakrifkan sebagai kematian janin pada atau selepas 20 atau 28 minggu kehamilan.[1][2] Hasilnya, bayi yang dilahirkan tiada sebarang tanda-tanda kehidupan.[2] Kelahiran mati boleh mengakibatkan perasaan bersalah atau kesedihan pada ibu.[7] Istilah ini berbeza dengan keguguran, yang merupakan kehilangan janis pada awal peringkat kehamilan, dan kelahiran hidup yang melibatkan bayi dilahirkan dalam keadaan hidup, walaupun ia mungkin mati selepas itu.[7]

Selalunya punca lahir mati tidak diketahui.[1] Terdapat pelbagai punca yang berkaitan termasuk komplikasi kehamilan seperti pra-eklampsia dan komplikasi kelahiran, masalah dengan plasenta atau tali pusat, kecacatan kelahiran, jangkitan seperti malaria dan sifilis, dan ibu yang tidak baik.[2][3][8] Antara faktor-faktor risiko lain termasuklah umur ibu yang melebihi 35 tahun, merokok, penggunaan dadah, penggunaan teknologi pembiakan berbantu, dan kehamilan pertama.[4] Kelahiran mati mungkin disyaki apabila tiada pergerakan janin dirasai.[5] Pengesahan dapat dilakukan melalui ultrabunyi.[5]

Pencegahan seluruh dunia bagi kebanyakan kelahiran mati boleh dilakukan dengan penambahbaikan sistem kesihatan.[2][9] Kira-kira separuh daripada kelahiran mati berlaku semasa bersalin, dan hal ini lebih biasa berlaku di negara membangun berbanding negara maju.[2] Selain itu juga, bergantung pada sejauh mana tempoh kehamilan, ubat-ubatan boleh digunakan untuk memulakan kelahiran atau sejenis pembedahan yang dikenali sebagai "pendilatan dan pengosongan" boleh dijalankan.[6] Selepas kelahiran mati, wanita berisiko lebih tinggi untuk kelahiran mati pada kandungan seterusnya; bagaimanapun, kebanyakan kehamilan berikutnya tidak mempunyai masalah yang sama.[10] Kemurungan, kesulitan dari segi kewangan dan perpecahan keluarga merupakan beberapa komplikasi yang diketahui akibat lahir mati.[9]

Di seluruh dunia pada tahun 2015 terdapat kira-kira 2.6 juta kelahiran mati yang berlaku selepas 28 minggu kehamilan (anggaran 1 per setiap 45 kelahiran).[2][11] Perkara ini berlaku paling kerap di negara membangun, terutamanya Asia Selatan dan Afrika Sub-Sahara.[2] Di Amerika Syarikat setiap 167 kelahiran akan terdapat satu kes kelahiran mati.[11] Kadar kelahiran mati telah menurun, walaupun lebih perlahan sejak tahun 2000-an.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Stillbirth: Overview". NICHD. 23 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2016. Dicapai pada 4 October 2016.
  2. ^ a b c d e f g h i j "Stillbirths". World Health Organization (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-02. Dicapai pada 2016-09-29.
  3. ^ a b "What are possible causes of stillbirth?". NICHD. 23 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2016. Dicapai pada 4 October 2016.
  4. ^ a b "What are the risk factors for stillbirth?". NICHD. 23 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2016. Dicapai pada 4 October 2016.
  5. ^ a b c "How is stillbirth diagnosed?". NICHD. 23 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2016. Dicapai pada 4 October 2016.
  6. ^ a b "How do health care providers manage stillbirth?". NICHD. 23 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2016. Dicapai pada 4 October 2016.
  7. ^ a b Robinson, GE (January 2014). "Pregnancy loss". Best Practice & Research. Clinical Obstetrics & Gynaecology. 28 (1): 169–78. doi:10.1016/j.bpobgyn.2013.08.012. PMID 24047642.
  8. ^ Lawn, Joy E; Blencowe, Hannah; Waiswa, Peter; Amouzou, Agbessi; Mathers, Colin; Hogan, Dan; Flenady, Vicki; Frøen, J Frederik; Qureshi, Zeshan U (2016). "Stillbirths: rates, risk factors, and acceleration towards 2030". The Lancet. 387 (10018): 587–603. doi:10.1016/S0140-6736(15)00837-5. ISSN 0140-6736. PMID 26794078.
  9. ^ a b "Ending preventable stillbirths An Executive Summary for The Lancet's Series" (PDF). The Lancet. Jan 2016. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-07-12. Dicapai pada 2016-10-04.
  10. ^ "Stillbirth: Other FAQs". NICHD. 23 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2016. Dicapai pada 4 October 2016.
  11. ^ a b "How common is stillbirth?". NICHD. 23 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2016. Dicapai pada 4 October 2016.
  12. ^ Draper, Elizabeth S.; Manktelow, Bradley N.; Smith, Lucy; Rubayet, Sayed; Hirst, Jane; Neuman, Melissa; King, Carina; Osrin, David; Prost, Audrey (2016-02-06). "Stillbirths: rates, risk factors, and acceleration towards 2030". The Lancet (dalam bahasa English). 387 (10018): 587–603. doi:10.1016/S0140-6736(15)00837-5. ISSN 0140-6736. PMID 26794078. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-28. Dicapai pada 2019-08-02.CS1 maint: unrecognized language (link)