Lakon layar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Lakon layar atau skrip ialah cetakan biru atau perancangan yang ditulis oleh penulis lakon layar untuk filem atau rancangan televisyen. Lakon layar boleh terhasil dalam bentuk olahan asli atau adaptasi dari penulisan yang sedia ada seperti hasil sastera. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan di antara lakon layar dan skrip. Sesebuah lakon layar memberi sasaran kepada visual dan seni-seni naratif seperti filem dan televisyen. Manakala sesebuah skrip melibatkan cetakan biru tentang "apa yang terjadi" dalam satu-satu komik, iklan, pementasan teater dan segala bentuk cetakan biru yang lain.

Komponen-komponen utama dalam lakon layar terdiri daripada aksi dan dialog. Aksi merujuk kepada "apa yang kita lihat" dan dialog merujuk kepada "apa yang dilafazkan oleh watak". Watak-watak lakon layar juga boleh diperkenalkan dalam bentuk visual di permulaan cerita.

Lakon layar untuk televisyen kadangkala dirujuk sebagai "lakon TV" atau "teleplay" dalam Bahasa Inggeris.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]