Pergi ke kandungan

Laksam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laksam kuah mentah yang sedap dan hanya terdapat di Kelantan dan Terengganu. Ia tidak tahan lama dan perlu dimakan segar.

Laksam (Kelantan: Lakse, Terengganu: Laksang) merupakan sejenis makanan tradisional Melayu yang berasal dari negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia, khususnya Kelantan dan Terengganu. Hidangan ini mencerminkan kepelbagaian kulinari masyarakat di kawasan tersebut, yang kaya dengan pengaruh budaya tempatan dan penggunaan bahan-bahan segar dari hasil laut.

Laksam diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah lemak putih. Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak. Apabila mengeras, ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang, ia dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam.

Kuah Laksam biasanya berwarna putih yang diperbuat dariapada bahan berasaskan ikan dan santan. Di Kelantan, kuah laksam cenderung lebih pekat dan manis, manakala di Terengganu, kuahnya lebih cair dan beraroma rempah yang sederhana. Laksam biasanya dihidangkan bersama ulam-ulaman segar seperti timun, taugeh, dan daun kesum.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Wikibooks
Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi