Laksamana Ranger

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Laksamana Ranger merupakan cerita Superhero kanak-kanak, karya Ummi Essey hasil gabungan ilham bersama Eddie Sya Putera. Karya ini dihasilkan sebagai penyertaan dalam “shorties” yang dianjurkan oleh  TV9 (CH-9 Media Sdn Bhd) pada tahun 2014 dan dan beberapa Festival Filem Pendek anjuran tempatan. Karya  Laksamana Ranger kemudian dilanjutkan dengan penerbitan novel skrip dan komik

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Laksamana Ranger mengisahkan 6 orang pelajar sekolah, Eddie Sya Putera, Farhan Hasnan, Kayriel Kalai, Edem Ess, Chelsea Laurenia dan Fairuz Wardina yang  juga merupakan ahli-ahli Kelab Ranger di sekolah mereka dipilih oleh seorang pendekar bunian yang digelar Pendita setelah mendapati sukar untuk menjejak Seri Bayu dan Guntur yang sering melakukan huru-hara untuk menakluk bumi.

.

Seri Bayu (lakonan Sofia Syiera) dan Guntur (lakonan Eddie Sya Putera) berwaspada terhadap kemunculan Pendita yang sebelum ini telah menghukum mereka . Pendita (lakonan Syafiq Shah) pernah mengurung  Seri Bayu di dalam botol dan menanamnya ke dalam perut bumi.Manakala Guntur pula ditendang ke sarang ular agar dia mati situ. Akan tetapi mereka terlepas dari hukuman setelah berabad-abad lamanya akibat  hakisan  tanah

.

Enam orang laksamana anak didik Pendita dilatih dengan ilmu persilatan serta diberi kekuatan kuasa elemen alam. Mereka turut dianugerahkan dengan semangat pahlawan-pahlawan Melayu zaman Kesultanan Melayu Melaka. Dengan berbekalkan kuasa yang diberikan oleh Pendita, mereka juga berkebolehan untuk pergi ke zaman silam (seperti Seri Bayu dan Guntur), akan tetapi mereka menjadi ghaib di mata manusia setiap kali menggunakan kuasa tersebut dan setiap kali mereka bertukar menjadi laksamana

.

Banyak pengalaman misteri dan mistik yang ditempuhi oleh 6 orang anak muda ini dalam perjuangan mereka. Perjuangan yang memerlukan gabungan ilmu pengetahuan dan kemahiran seni mempertahankan diri, IT, Sains dan Teknologi, Geografi, Sejarah malah Matematik untuk  ahli-ahlinya melepasi setiap halangan!

.

Ia merupakan sebuah siri kanak-kanak yang bukan sahaja menonjolkan identiti pahlawan Melayu dan rakyat Malaysia sebenar,tetapi turut menerapkan ciri-ciri ilmu pengetahuan yang harus ditonton oleh segenap lapisan masyarakat !

.

Jemputlah membaca sinopsis siri Laksamana Ranger. Inilah kisah superhero kanak-kanak yang bakal meletup di persada seni dengan adanya sokongan anda semua.

Rujukan[sunting | sunting sumber]