Laluan Yahiko
Laluan Yahiko | |||
---|---|---|---|
Umum | |||
Nama asal | 弥彦線 | ||
Jenis | Kereta api tempatan | ||
Lokasi | Wilayah Niigata | ||
Terminal | Higashi-Sanjō Yahiko | ||
Stesen | 8 | ||
Operasi | |||
Dibuka | 1916 | ||
Pemilik | JR East | ||
Stok kereta api | Siri 115/Siri E127/Siri E129 | ||
Teknikal | |||
Panjang aliran | 17.5 km (10.9 bt) | ||
Tolok landasan | 1,067 mm (3 kaki 6 in) | ||
Pengelektrikan | 1,500 V DC talian atas | ||
Kelajuan operasi | 85 km/j (55 mph) | ||
|
Laluan Yahiko (弥彦線 , Yahiko-sen) merupakan sebuah laluan kereta api di wilayah Niigata, Jepun. Laluan ini bermula dari Stesen Yahiko di pekan Yahiko dan berakhir di Stesen Higashi-Sanjō dalam bandar Sanjō di Niigata dan dikendalikan oleh JR Timur.
Perkhidmatan
[sunting | sunting sumber]Semua kereta api dalam laluan beroperasi sebagai perkhidmatan tempatan berhenti di semua stesen. Kebanyakan perkhidmatan dijalankan antara Yahiko dan Yoshida, dan Yoshida dan Higashi-Sanjō. Beberapa perkhidmatan menjalankan laluan penuh dari Yahiko ke Higashi-Sanjō, dan satu perkhidmatan pada waktu pagi di kedua-dua arah berjalan melalui Laluan Echigo ke arah Teradomari. Terdapat perkhidmatan setiap jam pada waktu pagi dan petang, dan perkhidmatan setiap 2–3 jam pada tengah hari.
Senarai stesen
[sunting | sunting sumber]Stesen-stesen dengan tanda "◇" memiliki landasan tunggal yang membenarkan kereta api melalui antara satu sama lain manakala stesen-stesen yang bertanda "|" memiliki landasan tunggal sehala.
Nama | Bahasa Jepun | Jarak (km) |
Pertukaran | Lokasi | ||
---|---|---|---|---|---|---|
Yahiko | 弥彦 | 0.0 | | | Yahiko | Wilayah Niigata | |
Yahagi | 矢作 | 2.3 | | | |||
Yoshida | 吉田 | 4.9 | ■Laluan Echigo | ◇ | Tsubame | |
Nishi-Tsubame | 西燕 | 8.0 | | | |||
Tsubame | 燕 | 10.3 | ◇ | |||
Tsubame-Sanjō | 燕三条 | 12.9 | Joetsu Shinkansen | | | Sanjō | |
Kita-Sanjō | 北三条 | 15.4 | | | |||
Higashi-Sanjō | 東三条 | 17.4 | ■Laluan Utama Shinetsu | ◇ | ||
Echigo-Ōsaki | 越後大崎 | - | Ditutup 1985 | | | ||
Ōura | 大浦 | - | Ditutup 1985 | | | ||
Echigo-Nagasawa | 越後長沢 | - | Ditutup 1985 | | |
Simbol:
- | - Satu trek
- ◇ - Satu trek; stesen di mana kereta api boleh lalu
Stok gerabak kereta
[sunting | sunting sumber]- Siri E127 2 gerabak EMU (sejak Mac 2015)
- Siri E129 2/4 gerabak EMU (sejak Mac 2015)
- Siri 115-1000 3 gerabak EMU
Siri E129 series EMU yang terbaru telah diperkenalkan pada perkhidmatan tempatan dalam lalauan mulai fiskal 2014.[1]
Terdahulu
[sunting | sunting sumber]- Siri 115-500 2 gerabak EMU (sehingga Mac 2015)
-
Siri E129
-
Siri 115-500
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Kereta Api Echigo membuka bahagian Yahiko ke Yoshida pada tahun 1916 dan melanjutkan laluan ke Higashi-Sanjo pada tahun 1926. Syarikat itu dinasionalisasikan pada tahun 1927.[perlu rujukan]
Perkhidmatan pengangkutan barangan dihentikan pada tahun 1960, dan talian itu telah dielektrik pada tahun 1984.[perlu rujukan]
Laluan lama dibubarkan
[sunting | sunting sumber]- Stesen Tsubame: Niigata Kotsu membuka laluan elektrik sepanjang 34 km pada 1,500 V DC ke Sekiya di Laluan Echigo pada tahun 1933. Perkhidmatan pengangkutan barangan dihentikan pada tahun 1982, dan talian ditutup antara tahun 1993 dan 1999.[perlu rujukan]
- Stesen Higashi-Sanjo: Laluan 8 km ke Echigo Nagasawa beroperasi antara tahun 1927 dan 1985.[perlu rujukan]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ 通勤形車両の新造計画について [Rancangan pembuatan tren komuter baharu] (PDF) (dalam bahasa Jepun). Syarikat Kereta Api Jepun Timur. 2 Julai 2013. Dicapai pada 2 Julai 2013.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Stesen Laluan Yahiko (JR East) (dalam bahasa Jepun)
- Jadual perjalanan Laluan Yahiko (JR East) (dalam bahasa Jepun)
- Laluan Yahiko (dalam bahasa Jepun)
Templat:Niigata transit Templat:East Japan Railway Company Lines
- Rencana yang menyebut tolok landasan 1067 mm
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari Disember 2021
- Rencana dengan sumber bahasa Jepun (ja)
- Laluan Yahiko
- Laluan Syarikat Kereta Api Jepun Timur
- Pengangkutan kereta api di Wilayah Niigata
- Kereta api tolok 1067 mm di Jepun
- Laluan kereta api dibuka pada tahun 1916