Lambung bebas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gambaran grafik dimensi-dimensi kapal.


Lambung bebas ialah jarak di antara garisan air dengan bahagian atas geladak diukur dari sisi kapal atau bot.[1] Untuk kapal komersil, lambung bebas dikira berdasarkan garisan air tanpa mengambil kira kedudukan geladak.[2]

Lambung bebas yang rendah terdapat pada kapal layar dan bot lumba untuk mengurangkan berat dan menambah kelajuan.

Lambung bebas yang lebih tinggi akan menyediakan ruang lebih besar untuk kabin, tetapi akan menambah berat dan mengurangkan kelajuan kapal. Lambung bebas tinggi juga mampu menahan ombak yang besar dan mengurangkan mabuk laut di geladak. Bot dengan Lambung bebas yang rendah berkemungkinan akan karam ketika laut bergelora dengan kuat. Kapal kargo seperti kapal kontena, dan kapal perang menggunakan reka bentuk lambung bebas tinggi untuk menambah ruang dalaman dan mematuhi peraturan kestabilan kerosakan IMO disebabkan pertambahan keapungan simpanan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mainal, Mohd.Ramzan (1990). Asas senibina kapal: kestabilan kapal. Penerbit UTM. ISBN 983958524X, 9789839585247 Check |isbn= value: invalid character (bantuan). 
  2. ^ "Dictionary.com definitions of "Freeboard"". Dicapai 2008-06-23. 

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Hayler, William B. (2003). American Merchant Seaman's Manual. Cornell Maritime Pr. ISBN 0-87033-549-9.  Parameter |coauthors= tidak diketahui diabaikan (guna |author=) (bantuan)
  • Turpin, Edward A. (1980). Merchant Marine Officers' Handbook (edisi 4th). Centreville, MD: Cornell Maritime Press. ISBN 0-87038-056-X Check |isbn= value: checksum (bantuan).  Parameter |coauthors= tidak diketahui diabaikan (guna |author=) (bantuan)