Lei Áurea

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Lei Áurea (sebutan dalam bahasa Portugis: [ˈlej ˈawɾiɐ]; "Undang-Undang Emas") ialah undang-undang yang menghapuskan perhambaan di Brazil. Ia telah ditandatangani pada 13 Mei 1888 oleh Isabel, Puteri Empayar Brazil (1846–1921) yang bertindak sebagai wakil Maharaja Dom Pedro II, yang pada ketika itu berada di Eropah.[1][2]

Ia didahului dengan Lei do Ventre Livre ("Undang-Undang Kelahiran Bebas ") pada 28 September 1871 yang membebaskan semua anak-anak yang lahir dalam keluarga hamba bapa, dan "Undang-Undang Saraiva-Cotegipe" pada 28 September 1885 yang membebaskan hamba-hamba saat mencapai usia 60 tahun.

Teks Lei Áurea ringkasnya tertulis:[3]

Art. 1.º: É declarada extinta desde a data desta lei a escravidão no Brasil.
Art. 2.º: Revogam-se as disposições em contrário.
Perkara 1: Undang-undang perhambaan diisytiharkan terhapus di Brazil.
Perkara 2: Kesemua pelaksanaan yang sebaliknya ditarik balik.)

Undang-undang ini mencetuskan kemarahan dalam kalangan pemilik hamba dan kelas atasan yang berpengaruh sehingga menyebabkan penggulingan monarki lalu tertubuhnya sebuah republik pada tahun 1889.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Candido, M. P. (2007). Lei Áurea. Encyclopedia of emancipation and abolition in the Transatlantic world. London, United Kingdom: Routledge. 
  2. ^ Schwartz, Stuart B. (1996). Slaves, Peasants, and Rebels Reconsidering Brazilian Slavery. University of Illinois Press. m/s. 1. ISBN 978-0-252-06549-1. 
  3. ^ The “Golden Law” Abolishing Slavery in Brazil. Encyclopedia of emancipation and abolition in the Transatlantic world. London, United Kingdom: Routledge. 2007. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]