Leichttraktor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Leichttraktor Vs.Kfz.31 (Versuchs Kampffahrzeug 31)
Profil Leichttraktor
Jeniskereta kebal ringan
Tempat asalJerman
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1930-1945
Digunakan olehJerman
Perangnone
Sejarah pengeluaran
Direka1929-1933
PengeluarKrupp, Rheinmetall
Dihasilkan1930
Jumlah dibina4
Spesifikasi
BeratKrupp: 8.7 tonne (9.6 short ton)
Rheinmetall: 8.96 tonne (9.88 short ton) (Rheinmetall)
PanjangKrupp: 4.35 m (14 ka 3 in)
Rheinmetall: 4.21 m (13 ka 10 in)
LebarKrupp: 2.37 m (7 ka 9 in)
Rheinmetall: 2.26 m (7 ka 5 in)
TinggiKrupp: 2.35 m (7 ka 9 in)
Rheinmetall:2.27 m (7 ka 5 in)
Krew4 (Komander, pemandu, juru radio, dan pemuat)

Armorrivet dan besi kimpal
Senjata
pertama
Satu 3.7 cm KwK 36 L/45
Senjata
kedua
mesingan 7.92×57mm Mauser MG 13
EnjinDaimler-Benz enjin gasolin sejukan cecair enam silinder M36
100 hp (75 kW)
Sistem ampaianKrupp: pegas gegelung (Krupp)
Rheinmetall: pegas daun
Jarak
operasi
137 km (85 bt) atas jalan
Kelajuan30 km/j (19 mph)

Leichttraktor (Vs.Kfz.31) adalah kereta kebal ujian Jerman.

Selepas Perang Dunia Pertama, pihak Jerman telah dilarang bagi membangunkan peralatan ketenteraan melalui Perjanjian Versailles tetapi program rahsia di bawah nama samaran "Traktor" telah membangunkan kenderaan tentera perisai dan meriam. Enjinnya berada di depan, dan turetnya dipasang di belakang. Kedua-dua Rheinmetall dan Krupp menghasilkan prototaip, dan pada tahun 1928, Rheinmetall telah berikan tempahan untuk 289 kereta kebal; Walau bagaimanapun, tempahan itu telah dibatalkan.[1] Model Krupp mempunyai sistem penggantungan spring gegelung, manakala Rheinmetall mempunyai sistem penggantungan pegas daun.

Pihak Jerman menguji kereta kebal dalam Kesatuan Soviet di bawah Perjanjian Rapallo - dipersetujui antara USSR dan Jerman pada tahun 1922 di bawah kerahsiaan dan keselamatan yang tinggi. Kemudahan ujian yang digunakan 1926-1933 adalah Panzertruppenschule Kama (sekolah kereta kebal Kama), yang terletak berhampiran Kazan di Kesatuan Soviet.


Lokasi tersebut merupakan medan ujian dan tempat latihan kereta kebal bersama bagi Tentera Merah dan Reichswehr . Ia telah diberi nama kod "Kama" dari perkataan Kazan dan Malbrandt kerana tapak ujian berhampiran Kazan dan Oberstleutenant Malbrandt ditugaskan untuk memilih lokasi bagi ujian.


Leichter Traktor ("traktor ringan") adalah nama samaran bagi ketiga-tiga reka bentuk kereta kebal ringan yang dihasilkan di sana.[2] Pada tahun-tahun awal Perang Dunia II ia telah digunakan sebagai kereta kebal latihan.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Peter Chamberlain & Hilary Doyle (1999). Sterling (penyunting). Encyclopedia of German Tanks of World War Two. ISBN 1854095188. Cite has empty unknown parameter: |name= (bantuan)

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Tanks of the World, 1915-1945, Peter Chamberlain, Chris Ellis, 1972
  • German Tanks and Armoured Vehicles 1914 - 1945, B. T. White, 1966