Lema (matematik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam bidang matematik, lema merupakan sebuah penyataan yang digunakan untuk membuktikan pernyataan lainnya. Umumnya tiada perbezaan antara lema dengan teorem, namun istilah lema digunakan untuk merujuk kepada sebuah pernyataan yang digunakan sebagai bahagian untuk membuktikan sebuah teorem yang lebih besar.

Perkataan lemma dalam bahasa Yunani mempunyai maksud "sesuatu yang diterima, tamsilnya hadiah, keuntungan atau suap". Kata jamak dari lema adalah lemata.

Beberapa lemmata terkenal antara lain: lema Zorn, lema Bézout, lema Gauss, lema Fatou dan lema Nakayama.

Sumber[sunting | sunting sumber]

  1. N. Higham, Handbook of writing for the mathematical sciences, Society for Industrial and Applied Mathematics, 1998 (p. 16)