Leo Castledine

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Leo Castledine
Leo membersamai Chelsea pada tahun 2022
Maklumat peribadi
Nama penuh Leo Alexander Francis Castledine[1]
Tarikh lahir (2005-08-20) 20 Ogos 2005 (umur 18)
Tempat lahir Kingston upon Thames, England[2]
Ketinggian 179 cm (5 ka 10 in)[2]
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Chelsea
Nombor 54
Kerjaya remaja
2011–2013 Chelsea
2013–2020 AFC Wimbledon
2020–2024 Chelsea
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2024– Chelsea 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2019 England B-15 6 (0)
2021–2022 England B-17 10 (2)
2022– England B-18 6 (1)
2023– England B-19 5 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 27 Disember 2022
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 20:53, 24 Mac 2024 (UTC)

Leo Alexander Francis Castledine (lahir 20 Ogos 2005) ialah pemain bola sepak profesional Inggeris yang bermain sebagai pemain tengah untuk Chelsea.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Leo lahir di Kingston upon Thames, rumahnya hanya berjarak 15 minit dari Pusat Latihan Cobham dengan berjalan kaki. Sejak memasuki usia tadika, ia telah mengidolakan Chelsea dan menyertai akademi belia kelab itu di usia 5 tahun.[3] Leo berpindah ke akademi belia AFC Wimbledon ketika berusia 7 tahun.[3] Saat memasuki sekolah menengah, selain bermain bola sepak ia pun bermain ragbi, dan menyertai akademi kelab ragbi yang popular di UK bernama Harlequins.[3]

Pada tahun-tahun awal permainannya bersama Wimbledon, Leo mendapat bahagian sebagai pemain pertahanan dan kemudian berpindah barisan menjadi pemain tengah.[4] Leo menyertai latihan pramusim Wimbledon B-18 ke negara Itali. Ketika itu usia Leo baru 14 tahun selisih 4 tahun berbanding rakan-rakannya, ia menjadi pemain belia termuda yang memulakan penampilan perdananya dalam sejarah kelab.[4]

Leo berpindah ke akademi kelab lamanya, Chelsea pada bulan Mac 2020. Saat wawancara, Leo mengatakan bahawa Mason Mount dan Jack Grealish menginspirasinya untuk berkhidmat kepada kelab yang dijuluki The Blues itu.[4][5] Ia mendapat kontrak profesional pertama pada bulan Ogos 2022 di usia 17 tahun.[3][6]

Leo memulakan penampilan senior pertamanya untuk Chelsea sebagai pertukaran pada perlawanan separuh akhir Piala EFL di tempat lawan menentang Middlesbrough dengan mata 6–1 pada tarikh 23 Januari 2024.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Premier League clubs publish 2022/23 retained lists". www.premierleague.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-07-06.
  2. ^ a b Templat:WorldFootball.net
  3. ^ a b c d Johnson, Simon (24 November 2022). "Chelsea's 17-year-old midfielder who learned from his Wimbledon dad". theathletic.com. Dicapai pada 27 December 2022. (langganan diperlukan)
  4. ^ a b c "Leo departs Wimbledon after seven years to join Chelsea". afcwimbledon.co.uk. 13 March 2020. Dicapai pada 27 December 2022.
  5. ^ Shalashov, Michail (11 March 2020). "Chelsea new signing Leo Castledine quotes Mount and Villa's Grealish among favourite players". tribuna.com. Dicapai pada 27 December 2022.
  6. ^ Kingsley, Igho (21 August 2022). "Talented midfielder reacts to signing new deal with Chelsea". allnigeriasoccer.com. Dicapai pada 27 December 2022.
  7. ^ "Match report: Chelsea 6 Middlesbrough 1 (6-2 agg)". chelseafc.com. 23 January 2024. Dicapai pada 7 February 2024.