Lesen pendudukan sementara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lesen pendudukan sementara (LPS) atau temporary occupational license adalah suatu bentuk kebenaran untuk menduduki tanah dalam tempoh sementara. Lesen ini tiada kaitan dengan hak milik atau pajakan, serta sah dalam tahun dikeluarkan dan tamat pada 31 Disember setiap tahun.[1] Pihak berkuasa negeri (PBN) mempunyai kuasa untuk menamatkan lesen ini lebih awal. Pemegang lesen tidak mempunyai hak untuk memindah milik, mewariskan secara pusaka atau menghadiahkan kepada pihak lain.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Lesen Pendudukan Sementara". Portal Rasmi Pejabat Daerah / Tanah Klang. Pejabat Daerah / Tanah Klang. Dicapai pada 10 April 2014.
  2. ^ "Lesen Pendudukan Sementara". iDirektori. Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-13. Dicapai pada 10 April 2014.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.