Letupan gas Yinchuan 2023

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Letupan gas Yinchuan 2023
Tarikh21 Jun 2023, sekitar 20:40 CST
LokasiYinchuan, Ningxia, China
JenisLetupan gas
PenyebabKebocoran tangki bahan bakar cair[1]
Kematian31
Kecederaan7

Pada 21 Jun 2023, 31 orang maut dan tujuh orang lagi cedera di sebuah restoran barbeku di Yinchuan, China, setelah insiden letupan gas berlaku pada malam Festival Perahu Naga. Menurut penyiar China Central Television (CCTV), ledakan terjadi sekitar pukul 20:40 waktu tempatan di jalan yang ramai menyusul kebocoran tangki minyak cair di dalam dapur restoran.[2][3][4][5]

Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kebocoran tersebut.[5]

Korban[sunting | sunting sumber]

Baik siswa sekolah menengah maupun pensiunan termasuk di antara para korban, hampir semuanya meninggal akibat menghirup asap.[6] Paling sedikit 31 orang maut dalam letupan, dengan tujuh orang lagi cedera, termasuk satu cedera parah.[4]

Pengaruh[sunting | sunting sumber]

Rakaman CCTV menunjukkan belasan anggota bomba sedang bertungkus-lumus memadamkan api ketika asap berkepul-kepul dari bukaan besar di hadapan restoran itu. Jalan-jalan pula dipenuhi dengan kaca pecah dan serpihan lain.[7] Kementerian Pengurusan Darurat menyatakan bahwa lebih dari 100 ahli dengan 20 kendaraan bomba dan penyelamat dikerahkan ke tempat kejadian.[4] Sebuah video dari platform media sosial Douyin menunjukkan responden melalui percubaan menjangkau mangsa di tingkat dua dengan tangga.[8]

Letupan ini adalah yang paling maut di China sejak 2019, ketika sebuah letupan di sebuah kilang kimia di timur Jiangsu mengorbankan 78 orang.[9]

Siasatan[sunting | sunting sumber]

Media tempatan melaporkan bahawa berdasarkan penyelidikan awal oleh pemadam kebakaran, seorang pekerja di restoran mengesan bau kebocoran gas sekitar satu jam sebelum ledakan. Selanjutnya, orang mengidentifikasi katup yang rusak di tangki gas cair, dan sedang menggantinya ketika letupan berlaku.[4] Sembilan orang, termasuk pemilik restoran, pemegang kepentingan, dan pegawai ditahan polis setelah kejadian, sementara aset kewangan mereka diperintahkan dibekukan.[10]

Reaksi[sunting | sunting sumber]

Setiausaha Agung Xi Jinping mendesak usaha penuh dalam memberikan rawatan kepada yang tercedera, dan meningkatkan langkah-langkah keselamatan.[4][11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Explosion kills 31 people at a barbecue restaurant in China". NBC News. June 22, 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada June 22, 2023. Dicapai pada June 22, 2023.
  2. ^ Yeung, Jessie (June 22, 2023). "31 dead after gas explosion at barbecue restaurant in China". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada June 22, 2023. Dicapai pada June 22, 2023.
  3. ^ "Blast at BBQ shop in northwest China kills 31". Reuters. June 22, 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-06-22. Dicapai pada 2023-06-22.
  4. ^ a b c d e "Yinchuan: China restaurant gas explosion kills 31". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2023-06-22. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-06-22. Dicapai pada 2023-06-22.
  5. ^ a b "Meer dan dertig doden na explosie in restaurant in China". NOS (dalam bahasa Belanda). 22 June 2023.
  6. ^ Staff, Our Foreign (June 22, 2023). "Explosion at Chinese restaurant kills 31 people". The Telegraph.
  7. ^ "Cooking gas explosion kills 31 people at a barbecue restaurant in northwestern China". NPR.
  8. ^ "China's president orders safety campaign after explosion at barbecue restaurant kills 31 people". AP NEWS. June 22, 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada June 22, 2023. Dicapai pada June 22, 2023.
  9. ^ "9 held after China restaurant gas tank blast kills 31 on eve of festival". South China Morning Post. June 22, 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada June 22, 2023. Dicapai pada June 22, 2023.
  10. ^ "At least 31 dead after gas explosion at China barbecue restaurant". Aljazeera. 22 June 2023. Dicapai pada 22 June 2023.
  11. ^ "China: blast at Yinchuan barbecue restaurant kills dozens – video". The Guardian. June 22, 2023.