Li Ching-Yuen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Li Ching-Yuen
Li chingYuen.jpeg
Li Ching-Yuen at the residence of National Revolutionary Army General Yang Sen in Wanxian, Sichuan in 1927
KelahiranTak diketahui (dikatakan dilahirkan dalam tahun 1677 atau 1736)
Meninggal dunia6 Mei 1933 (kononnya berusia 197 atau 256)
Terkenal keranaUmur panjang yang melampau dan amalan kerohanian dengan menggunakan herba
Ketinggian7 kaki (210 cm)[1]
Pasangan24[2][3]

Li Ching-Yuen atau Li Ching-Yun (Cina Sederhana: 李清云; Cina Tradisional: 李清雲; pinyin: Lǐ Qīngyún; meninggal dunia pada 6 Mei 1933) ialah seorang pakar herba, pengamal seni bela diri dan penasihat taktikal Cina. Beliau terkenal kerana dikatakan sebagai orang yang mempunyai umur panjang yang melampau.[4][5]

Beliau mendakwa bahawa beliau dilahirkan dalam tahun 1736 dan manakala laporan yang lain berhujah yang beliau dilahirkan pada tahun 1677. Dua laporan itu telah mendakwa mengenai jangka hayat beliau ialah antara berusia 197 tahun dan berusia 256 tahun. Dalam kenyataannya, beliau jauh melebihi jangka hayat paling panjang yang ditentusahkan iaitu seorang wanita Perancis yang bernama Jeanette Calment yang berumur 122 tahun dan 164 hari. Tarikh lahir daripada Li Ching-Yuen tak pernah diazamkan dan dakwaan beliau telah dinafikan oleh pakar-pakar gerontologi sebagai dongengan sahaja.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan dalam tarikh yang tak tentu dan tempat lahir beliau iaitu di Qijiang Xian, Sichuan, Empayar Qing.[6]

Pekerjaan[sunting | sunting sumber]

Beliau umumnya diketahui bermastautin di Sichuan di mana beliau diajar membaca dan menulis ketika kecil. Ketika beliau telah berumur sepuluh tahun, beliau telah mengembara ke kawasan Kansu, Shansi, Tibet, Vietnam, Thailand dan Manchuria dengan matlamat untuk mengumpulkan herba dan beliau terus dengan pekerjaan itu untuk satu kurun sehingga beliau mula untuk menjadi seorang penyampai pembekalan dan pekerjaan beliau sebagai pemungut herba dijalankan dengan orang lain.[7]

Beliau menghabiskan masa hayatnya di kawasan pergunungan serta beliau telah mempunyai kemahiran dalam Qigong.[6] Beliau bekerja sebagai seorang pakar herba. Beliau menjual lingzhi, beri goji, ginseng liar, he shou wu dan pokok pegaga bersama dengan herba Cina yang lain.[8]

Selepas itu, beliau berpindah ke Kai Xian untuk bermastautin di sana. Pada ketika itu, beliau berumur 72 tahun dan beliau menyertai tentera kedaerahan sebagai seorang guru seni mempertahankan diri dan sebagai seorang penasihat taktikal.[6][9]

Usia tua[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1927, seorang jeneral Tentera Revolusioner Kebangsaan iaitu Yang Sen (揚森) mengajak beliau untuk pergi kediaman Yang Sen di kawasan Wan Xian, Sichuan yang mana gambar beliau dipaparkan dalam artikel ini.[6] Seorang panglima perang Cina yang bernama Wu Peifu (吳佩孚) pernah mengajak Li Ching-Yuen ke rumah Wu Peifu dalam cubaan untuk memberitahu mengenai rahsia beliau untuk hidup sehingga 250 tahun.[7]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal pada 6 Mei 1933 di Kai Xian, Sichuan, Republik Cina. Beliau terus bertahan hidup bersama isteri ke-24 yang pada masa itu telah berumur 60 tahun.[10][11] Kononnya, beliau telah mempunyai 200 keturunan semasa jangka hayat beliau. Beliau telah bertahan hidup bersama 23 isteri beliau[12][11][10] walaupun sumber yang lain mendakwa yang beliau mempunyai seramai 180 keturunan, lebih daripada 11 penjanaan yang hidup semasa kematian beliau serta telah berkahwin sehingga 14 kali.[6][7]

Selepas kematian beliau, Yang Sen mula menulis satu laporan mengenai Li Ching-Yuen sehingga menjadikan laporan itu sebagai buku yang bertajuk "Catatan Benar Lelaki Bertuah Berusia 250 Tahun" (Bahasa Cina: 一个250岁长寿老人的真实记载, ). Buku itu menghuraikan rupa daripada Li Ching-Yuen: "Beliau mempunyai penglihatan baik dan melangkah dengan pantas. Ketinggian beliau mencecah sehingga tujuh kaki, mempunyai kuku yang panjang dan kulit muka kemerah-merahan."[13][6]

Kajian terhadap kelanjutan usia[sunting | sunting sumber]

Manakala Li Ching-Yuen sendiri telah mendakwa diri dilahirkan pada tahun 1736, seorang pensyarah daripada Universiti Chengdu yang bernama Wu Chung-chieh berkata bahawa Li telah dilahirkan pada tahun 1677. Mengikut satu artikel New York Times yang dibuat pada tahun 1930, Wu Chung-chieh telah pun berjaya untuk mencari catatan mengenai pemerintah Empayar China dari tahun 1827 apabila meraikan hari jadi Li Ching-Yuen ke-150 dan kemudian ada dokumen tambahan menerangkan yang beliau meraikan hari jadi ke-200 pada tahun 1877.[14] Pada tahun 1928, seorang wartawan daripada New York Times telah pun menulisi yang ramai di antara orang-orang tua yang berdekatan dengan rumah Li Ching-Yuen telah menegaskan bahawasannya datuk-datuk mereka telah mengenal Li Ching-Yuen apabila mereka kecil dan beliau telah menjadi orang dewasa.[15]

Bagaimanapun, seorang wartawan New York Times melaporkan bahawa ramai lagi orang yang sejak baru-baru ini pernah melihat beliau telah mengisytiharkan yang bentuk muka daripada beliau tak mempunyai sebarang perbezaan kepada orang yang lebih muda hingga dua abad daripada beliau.[7] Lebih-lebih lagi, para pengkaji ilmu gerontologi telah melihat umur yang didakwa oleh banyak orang dengan merasa teragak-agak yang amat melampau. Kekerapan kepada dakwaan mengenai umur yang dianggap sebagai tidak sah menjadi bertambah iaitu pelbagai dakwaan tidak sah mengenai orang-orang berumur antara 110-111 tahun bertambah sehingga 65%, 98% mengenai dakwaan yang tak sah kepada orang-orang berumur 115 tahun dan 100% dengan dakwaan-dakwaan kepada orang yang lebih daripada 120 tahun.[16]

Para pengkaji menggelarkan dakwaan umur beliau sebagai sekadar "bayangan", lagi-lagi dengan angka umur kematian beliau pada usia 256 tahun yang boleh dibahagikan dengan lapan yang dianggap . Kerana ianya, beliau dianggap boleh bertuah dalam China. Maka, beliau dapat ditandakan sebagai benda pemalsuan.[16] Di samping itu, dakwaan kepada umur beliau dengan amalan kerohanian beliau yang berkaitan telah ditegaskan sebagai satu lagi sebab untuk disangsikan. Para pengkaji telah pun menyedari dongengan yang mendedahkan yang sesetengah falsafah dan amalan-amalan ugama boleh menjadikan seseorang hidup untuk usia tua yang amat melampau ialah benda paling kerap berlaku di kawasan-kawasan Timur Jauh Asia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Yang, Sen. A Factual Account of the 250 Year-Old Good-Luck Man. Taipei, TW: Chinese and Foreign Literature Storehouse.
  2. ^ Harris, Timothy (2009). Living to 100 and Beyond. ACTEX Publications. m/s. 70. ISBN 978-1-56698-699-1.
  3. ^ Miami Herald (12 Oktober 1929). "Living forever". The Evening Independent.
  4. ^ "史上第一長壽!256歲的李青雲 長壽秘訣只有一個字". Likenews.tw. Dicapai pada 2015-03-10.
  5. ^ "256歲娶24妻 李慶遠長壽秘訣公開 | 即時新聞 | 20130927 | 蘋果日報". Appledaily.com.tw. 2013-09-27. Dicapai pada 2015-03-10.
  6. ^ a b c d e f Yang, Jwing-Ming (1989). Muscle/Tendon Changing and Marrow/Brain Washing Chi Kung: The Secret of Youth (PDF). YMAA Publication Centre. ISBN 0-940871-06-8.
  7. ^ a b c d "Li Ching-Yun Dead". The New York Times. May 6, 1933.
  8. ^ Castleman, Michael; Saul Hendler, Sheldon (1991). The healing herbs: the ultimate guide to the curative power of nature's medicines. Rodale Press. m/s. 206. ISBN 978-0-87857-934-1.
  9. ^ "Amazing! Man Lived For 256 Years". "Beyond Science". Published April 23, 2012. Retrieved August 9, 2015.
  10. ^ a b "Li Ching-Yun Dead". The New York Times. 6 May 1933.
  11. ^ a b Miami Herald (12 October 1929). "Living forever". The Evening Independent.
  12. ^ Harris, Timothy (2009). Living to 100 and Beyond. ACTEX Publications. m/s. 70. ISBN 978-1-56698-699-1.
  13. ^ Yang, Sen. A Factual Account of the 250 Year-Old Good-Luck Man. Taipei, TW: Chinese and Foreign Literature Storehouse.
  14. ^ "Tortoise-Pigeon-Dog". Time. May 15, 2012.
  15. ^ Ettington, Martin K. (2008). Immortality: A History and How to Guide: Or How to Live to 150 Years and Beyond. Martin Ettington. m/s. 43. ISBN 978-1-4404-6493-5.
  16. ^ a b Young Robert D.; Desjardins Bertrand; McLaughlin Kirsten; Poulain Michel; Perls Thomas T. (2010). "Typologies of Extreme Longevity Myths". Current Gerontology and Geriatrics Research. 2010: 1–12. doi:10.1155/2010/423087. PMC 3062986. PMID 21461047.