Lin Mun Poo
Lin Mun Poo merupakan rakyat Malaysia yang menjadi pakar penggodam komputer di Amerika Syarikat. Dia telah menceroboh pelayan bank pusat Amerika Syarikat, Federal Reserve Bank of Cleveland dan memasang kod virus komputer untuk mendapatkan maklumat kad bank pengguna dan kad kredit pengguna.[1]
Penangkapan
[sunting | sunting sumber]Pada 5 November 2011, dia dipenjara 10 tahun oleh mahkamah Brooklyn, New York, Amerika Syarikat (AS) kerana kesalahan menggodam komputer Rizab Persekutuan AS dan bank-bank lain. Pendakwaan oleh Loretta Lynch.
Pada Oktober 2010 dia pergi ke Amerika Syarikat melalui Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy dan untuk menjual nombor kad kredit dan kad bank curi. Tetapi terjerat apabila pembelinya ialah seorang ejen perisikan AS. Ketika ditahan, rakyat Malaysia itu memiliki 122,000 nombor kad bank dan kad kredit curi. Komputer riba yang dibawanya mengandungi 400,000 pelbagai maklumat kad kredit, kad pengguna dan kad bank yang berjaya digodam.
Dari Malaysia, dia berjaya menggodam komputer pelayan Kementerian Pertahanan AS dan kontraktor Pentagon yang menguruskan operasi pengangkutan tentera dan operasi ketenteraan lain.[2][3]
Lin Mun Poo (32 tahun) mengaku menggodam bank pusat AS itu serta beberapa institusi kewangan swasta lain termasuk mencuri nombor kad bank dan kad kredit. Dia menggodam dan memuat naik satu kod perisian virus pada pelayan komputer bank pusat tersebut. Semua penggodam di dunia mestilah beringat bahawa AS bukanlah tempat untuk mereka menjalankan perniagaan haram.[4]
Kurt Baumgartner dari Kaspersky Lab menyatakan bahawa kes ini menunjukkan tahap keselamatan yang lemah di AS. Jika rakyat Malaysia, apatah lagi penggodam dari China dan Russia. Buku tulisan Bob Woodward bertajuk "Obama's Wars" mendedahkan penggodam dari China menceroboh data-data dalam komputer Barack Obama dan John McCain semasa mereka berdua berkempen dalam Pilihan raya Presiden.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Malaysian gets 10 years prison for US Fed hacking". AFP. 5 November 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-09. Dicapai pada 6 November 2011.
- ^ Malaysian hacker gets 10 years in US prison
- ^ Peretas Malaysia dihukum di Amerika Serikat
- ^ Penggodam siber Malaysia dijel 10 tahun
- ^ 'Scary stuff': Cyberattack arrest highlights risk