Logi Kuasa Lontar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Logi Kuasa Lontar unit 3 merupakan sebuah logi kuasa wap eletrik yang terdapat di Banten, Indonesia. Logi Kuasa Lontar unit 3 terdiri daripada Lontar unit 1, 2, dan 3.

Logi Kuasa Lontar terletak di kampong Lontar, Banten. Logi ini pada asalnya dicadangkan dibina di Teluk Naga, tetapi dipindahkan kerana terlalu hampir dengan Lapangan Terbang Soekarno-Hatta.[1]

Pengagihan eletrik[sunting | sunting sumber]

Sehingga Disember 2011, penggunaan eletrik perkapital Indonesia adalah antara yang rendah, dan kebanyakan penggunaannya adalah bagi tujuan kegunaan peribadi. Selain itu ramai penduduk tidak mendapat bekalan eletrik disebabkan sesebahagian wilayah provinse tidak bersambung dengan grid kuasa kebangsaan (terutamanya di pulau-pulau kecil).

Sehingga 2012,terdapat 12 wilayah provinse yang memiliki kurang 60% kadar penembusan bekalan eletrik, disebabkan masalah jaringan infrastruktur, pengangkutan dan pengagihan pada kepulauan luar yang menyulitkan usaha kerajaan bagi membekalkan kawasan terpencil dengan bekalan eletrik.

Keupayaan[sunting | sunting sumber]

Logi kuasa Lontar unit 3 mempunyai keupayaan untuk menghasilkan sehingga 315 Megawatt kuasa eletrik yang digunakan bagi membekalkan kuasa eletrik di Banten.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "LONTAR Steam Power Plant". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-02. Dicapai pada 2013-03-03.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]