Lompat getah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat getah

Permainan lompat getah, juga disebut sebagai "lompat tali" dan "zero point"oleh masyarakat segelintir tempat, ialah sejenis permainan tradisional di Malaysia.[1]

Alatan[sunting | sunting sumber]

Getah yang disambung panjang dan dimatikan hujungnya supaya tidak terburai ketika permainan berlangsung.

Pemain[sunting | sunting sumber]

Memerlukan sekurang-kurangnya tiga orang pemain, iaitu seorang yang memegang hujung kanan getah dan seorang di hujung kiri getah, manakala seorang lagi sebagai orang yang akan melompat. Walau bagaimanapun, permainan akan lebih memyeronokkan jika lebih ramai yang bermain. Jika demikian, dua pasukan perlu dibentuk dan tiap-tiap pasukan perlulah dilantik ketua atau "ibu" yang akan memulakan permainan apabila tiba giliran.

Cara bermain[sunting | sunting sumber]

a) bagi menentukan giliran, kebiasaannya kaedah lai lai li tam plom akan digunakan, diikuti oleh ow som (jika tiga pemain sahaja). Jika ramai pemain, "ibu" kedua-dua pasukan perlulah ow som.

b) "ibu" memulakan permainan, diikuti "anak-anak". Jika "anak" melanggar giliran, kesemua ahli pasukan termasuk "ibu" akan mati dan pasukan lawan pula yang akan bermain.

c) pada awal permainan, getah dipegang tegang pada paras tapak kaki. Semua yang melompat ketika ini perlu menyebut "zero point" atau "kosong game" (bagi orang Kelantan). Pemain tidak boleh menyentuh tali. Jika tidak, pemain itu akan mati.

d) kemudian, getah dipegang pada paras lutut. Pemain perlu melompat tanpa mengenai getah.

e) paras berikutnya ialah paras paha. Namun, paras ini boleh ditinggalkan dengan persetujuan kedua-dua pasukan. Lompatan tidak boleh mengenai getah.

f) paras pinggang. Pemain boleh melompat dengan menyentuh getah.(nak lagi mencabar tak boleh sentuh tali,, ikut persetujuan,,

g) paras dada.(Boleh kena tali)

h) paras telinga. (orang yang memegang getah perlu berwaspada demi keselamatan mata dan muka andai kata getah di hujung yang satu lagi terlucut daripada pegangan)

i) paras kepala.

j) sejengkal dari atas kepala. Boleh dikecualikan dengan persetujuan kedua-dua pasukan.

k) Giant,(Bahasa Kelantan) atau merdeka (Bahasa indonesia), Tangan harus ditegakkan keatas kepala, untuk lebih mencabar,,

l) huruf Z ( Permain harus melepasi ini,ketinggian diparas pinggang)

m) huruf C ( Permain harus bijak melompak jauh , sebelum tali dilepaskan, di paras pinggang juga)

l) melompat pada paras pinggang sambil menutup mata. Jika ada pemain yang mati pada paras yang sebelum ini, pemain itu boleh dihidupkan kembali jika pemain lain tolong membuat satu lompatan lengkap untuknya (bilangan mengikut persetujuan kedua-dua pasukan). Merupakan penamat kepada pusingan pertama permainan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]