Lubuk tunjam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lubuk tunjam

Lubuk tunjam (atau lubuk air terjun) ialah lekukan yang dalam yang terdapat di dasar sungai. Lubuk tunjam biasanya terjadi di dasar air terjun ataupun shut-in. Fenomen lubuk tunjam terjadi akibat daya hakisan air yang melata pada batu-batuan di dasar sungai akibat impak air.[1] Lubuk tunjam mungkin merujuk kepada air yang menambil tekanan ataupun tekanan itu sendiri.[2] Istilah yang dipadankan untuk lubuk tunjam dalam bahasa Inggeris ialah plunge pool.[3]

Pembentukan[sunting | sunting sumber]

Lubuk tunjam terbentuk oleh daya semula jadi yang dikenakan oleh air sesebuah aliran yang jatuh sebagaimana terdapat di air terjun atau lata. Lubuk tunjam juga terhasil daripada struktur buatan manusia seperti beberapa reka bentuk alur limpah.[4] Lubuk tunjam selalunya sangat dalam, kebiasaannya berkaitan dengan ketinggian junaman air, isipadu air, rintangan batu di dasar lubuk dan beberapa faktor yang lain. Air yang membawa impak dan berpusar, kadangkala mengangkut batu-batu di dalamnya, melelaskan dasar sungai ke dalam lembangan sungai yang selalunya mempunyai siri yang kasar dan tak teratur.[5] Lubuk tunjam boleh kekal dengan lama sekiranya tiada lagi air yang menjunam sama ada telah berhenti ataupun aliran air telah dialihkan ke arah lain. Lubuk tunjam di air terjun Dry Falls di Channeled Scablands, timur Washington (Amerika Syarikat) merupakan bekas lubuk tunjam.[6] Lubuk tunjam juga boleh terbentuk di bawah air di kawasan yang dahulunya berada di atas paras laut; seperti contoh Perth Canyon di luar pantai Australia Barat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Marshak, Stephen, 2009, Essentials of Geology, W. W. Norton & Company, 3rd ed. ISBN 978-0393196566
  2. ^ Robert L Bates, Julia A Jackson, ed. Dictionary of Geological Terms: Third Edition, p. 391, American Geological Institute (1984)
  3. ^ "plunge pool – Istilah Bahasa Melayu". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 10 April 2023.
  4. ^ The Management of the Zambezi River Basin and Kariba Dam, p. 105 (2010)
  5. ^ Vincent J. Zipparro, Hans Hasen, Davis' Handbook of Applied Hydraulics, p. 16.46 (1993)
  6. ^ The Channeled Scablands of Eastern Washington: the geologic story of the Spokane flood , p.18-19 United States Geological Survey (1973)