Luncur layar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Meluncur layar berdekatan Bukit Langkisau, Painan, Indonesia

Luncur Layar (paragliding) ialah sukan atau kegiatan rekreasi lasak melibatkan penerbangan layar yang ringan, bebas dan tiada binaan yang keras (paraglider).[1] Peluncur diikat pada abah-abah yang dipasang bawah sayap fabrik. Sayap ini pula dikekalkan bentuknya oleh tali-tali gantung, tekanan udara yang memasuki lubang di hadapan sayap serta daya aerodinamik hasil aliran udara di luar sayap tersebut.

Peluncur layar biasanya akan bertahan di udara meliput puluhan kilometer selama satu hingga dua jam, namun mereka juga boleh kekal terapung di udara selama berjam-jam melebihi beratus-ratus kilometer tanpa perlunya sebarang enjin. Kemahiran para peluncur menggunakan kelebihan yang ada pada daya angkut alat mereka mampu membolehkan mereka terbang tinggi sehingga melebihi beberapa ribu meter.

Peralatan[sunting | sunting sumber]

  • Sayap layar: sayap rekaan moden diperbuat daripada bahan tahan lasak yang tinggi seperti kain poliester jenis ripstop[2] atau nilon.[note 1]
  • Abah-abah: memberikan sokongan kepada pengendali sama ada dalam posisi berdiri mahupun duduk. Kebanyakan abah-abah ini terbina dengan tapak pelindung berbusa atau beg udara di bahagian punggung dan belakang untuk mengurangkan impak yang barangkalinya berlaku akibat jatuh terempas; bahkan ia direka agar selesa dipakai sepertimana berada dalam kerusi sandar.
  • Tolok dan alatan lain: Komunikasi radio digunakan dalam latihan, berhubung dengan penerbang yang lain mahupun melaporkan kepada pihak tertentu mengenai lokasi pendaratan mereka. Sistem Kedudukan Sejagat pula lebih digunakan dalam acara pertandingan di mana peserta perlu berada di laluan luncuran yang ditetapkan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Whittall, Noel (2002), Paragliding: The Complete Guide, Airlife Pub, ISBN 1-84037-016-5 
  2. ^ Dan Poynter (1 May 1991). The Parachute Manual: A Technical Treatise on Aerodynamic Decelerators. Para Publishing. m/s. 77. ISBN 978-0-915516-80-3. Dicapai 28 Disember 2012. 


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "note" ada tetapi tag <references group="note"/> yang sepadan tidak disertakan