Pergi ke kandungan

M. G. Ramachandran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
M. G. Ramachandran
Kelahiran
Maruthur Gopalan Menon Ramachandran

(1917-01-17)17 Januari 1917
Meninggal dunia24 Disember 1987(1987-12-24) (umur 70)
Madras, Tamil Nadu, India
Nama lainMGR, Puratchi Thalaivar
PekerjaanPelakon, ahli politik, penerbit, pengarah
Tahun aktif1935–1984 (pelakon)
1953–1987 (ahli politik)
PejabatKetua Menteri Tamil Nadu ke-5, ke-6 dan ke-7
PasanganThangamani (meninggal pada 1942)
Sathanandavathi (meninggal pada 1962)
V. N. Janaki (meninggal pada 1996)
Anak-anakSurendran[1][2]
SaudaraM. G. Chakrapani (Saudara)
AnugerahBharat Ratna (1988)[3]

Maruthur Gopala Ramachandran (17 Januari 1917 - 24 Disember 1987), yang lebih dikenali dengan singkatan namanya M.G.R. dan gelaran Makkal Thilagam/Puratchi Thalaivar, ialah seorang pelakon, ahli politik, dan dermawan India yang berkhidmat sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu dari tahun 1977 hingga kematiannya pada tahun 1987. Beliau ialah pengasas dan bekas setiausaha agung All India Anna Dravida Munnetra Kazhagam.[4] On 19 March 1988, M.G.R. was posthumously awarded the Bharat Ratna, India's highest civilian honour. M.G.R. is regarded as one of the most influential politicians of post-independence India.[5] Selain daripada bidang politik, sebagai seorang tokoh filem, beliau memenangi Anugerah Filem Kebangsaan, tiga Anugerah Filem Negeri Tamil Nadu, dan tiga Anugerah Filmfare Selatan.

Beliau ialah ikon kebudayaan di negeri ini dan dianggap sebagai pelakon paling berpengaruh di pawagam Tamil.[6].Semasa zaman mudanya, M.G.R. dan abangnya M. G. Chakrapani menyertai sebuah kumpulan drama untuk menyara keluarga mereka. Dipengaruhi oleh idealisme Gandhian, M.G.R. menyertai Kongres Kebangsaan India. Selepas beberapa tahun berlakon dalam pementasan, beliau membuat penampilan sulung dalam filem pada tahun 1936 menerusi filem Sathi Leelavathi dalam peranan pembantu. Menjelang akhir tahun 1940-an, beliau telah beralih kepada watak utama. M.G.R. merupakan salah satu daripada "tiga nama terbesar dalam sinema Tamil", bersama Sivaji Ganesan dan Gemini Ganesan.[7]Sivaji Ganesan cemerlang dalam filem-filem berunsur drama, Gemini Ganesan dikenali dengan filem-filem romantiknya, manakala M.G.R. pula terkenal sebagai hero aksi.[8]

M.G.R. menjadi ahli Dravida Munnetra Kazhagam (DMK) yang dipimpin oleh C. N. Annadurai dan naik pangkat dalam parti tersebut, menggunakan popularitinya sebagai bintang filem untuk membina asas politik. Pada tahun 1972, tiga tahun selepas kematian Annadurai, beliau meninggalkan DMK sebagai bendaharinya, yang ketika itu dipimpin oleh M. Karunanidhi yang dilantik sebagai ketua menteri olehnya, untuk menubuhkan partinya sendiri—All India Anna Dravida Munnetra Kazhagam (AIADMK).Lima tahun kemudian, M.G.R. memimpin Gabungan pimpinan AIADMK meraih kemenangan dalam pilihan raya 1977, sekali gus menewaskan DMK. Beliau menjadi Ketua Menteri Tamil Nadu, merupakan pelakon filem pertama yang dilantik sebagai ketua menteri di India. Kecuali bagi tempoh peralihan selama empat bulan pada tahun 1980, apabila pemerintahannya digulingkan oleh kerajaan India yang dipimpin oleh Indira Gandhi, beliau kekal sebagai ketua menteri sehingga kematiannya pada tahun 1987, dan mengetuai AIADMK memenangi dua lagi pilihan raya pada tahun 1980[9] dan 1984.[10]

Pada Oktober 1984, M.G.R. telah disahkan menghidap Kegagalan ginjal akibat Penyakit kencing manis. Beliau meninggal dunia pada 24 Disember 1987 di kediamannya, M.G.R. Thottam di Ramapuram, selepas mengalami sakit yang berpanjangan.mAutobiografi Ramachandran Naan Yaen Piranthaen (Mengapa Saya Dilahirkan) diterbitkan pada tahun 2003 dalam dua jilid.[11]

Kehidupan awal dan latar belakang

[sunting | sunting sumber]

M.G.R. dilahirkan di Nawalapitiya, Daerah Kandy, British Ceylon (Sri Lanka) dalam sebuah keluarga berketurunan Malayali kepada pasangan Melakkath Gopalan Menon dan Maruthur Satyabhama dari Palakkad, yang kini terletak dalam negeri Kerala, India moden.[12] Ibu bapanya merupakan kaum Nair dari daerah Palakkad. M.G.R. turut mendakwa dirinya berketurunan Tamil Kongu Vellalar, yang nenek moyangnya telah berhijrah dan menetap di Kerala sejak berabad-abad lalu serta menjadi sebahagian daripada komuniti Nair.[13]

Gopalan Menon meninggal dunia ketika M.G.R. baru berusia dua setengah tahun. Tidak lama selepas kematian bapanya, kakaknya juga meninggal dunia akibat masalah kesihatan. Ibunya terpaksa berjuang sendirian untuk membesarkan M.G.R. dan abangnya. Beliau mengambil keputusan untuk pulang ke India dan kembali ke Kerala, namun gagal mendapatkan sokongan daripada sanak saudaranya. Dengan bantuan Velu Nair dari Kumbakonam, Satyabhama berjaya memasukkan kedua-dua anak lelakinya ke sekolah.[14]

Di sekolah lah M.G.R. memulakan kerjaya lakonannya dengan menyertai kumpulan drama Boys Company. Beliau mengambil bahagian secara aktif dan penuh minat dalam program latihan intensif yang dijalankan oleh kumpulan tersebut, meliputi bidang nyanyian, tarian, pertarungan pedang, sebutan bahasa, dan latihan ingatan.[4]

Cabaran yang dihadapi oleh beliau semasa kehidupan awal dan zaman kanak-kanaknya memainkan peranan penting dalam membentuk perwatakan dan kerjaya politiknya. Selepas tempoh singkat berlakon di luar negara dengan bantuan Madras Kandasamy Mudaliar, di mana beliau pernah melakonkan watak wanita, beliau kembali ke India, menyertai semula kumpulan Boys Company, dan mula membawa watak utama buat pertama kalinya.[14]

Pada peringkat awal kehidupannya, M.G.R. merupakan seorang penganut Hindu yang taat dan seorang pemuja Dewa Murugan serta dewa kegemaran ibunya, Dewa Guruvayurappan. Selepas menyertai DMK, beliau berubah menjadi seorang rasionalis..[15]

Perkahwinan pertama M.G.R. adalah dengan Chitarikulam Bargavi, yang juga dikenali sebagai Thangamani, namun beliau meninggal dunia awal akibat penyakit. Beliau kemudiannya berkahwin buat kali kedua dengan Satyanandavati, yang juga meninggal dunia tidak lama selepas perkahwinan mereka akibat batuk kering (tuberkulosis).Ralat petik: Tag <ref> tidak ditutup dengan </ref>M.G.R. tidak mempunyai anak kandung daripada mana-mana perkahwinannya.[16]

Kerjaya Lakonan

[sunting | sunting sumber]
MGR dan istrinya, Janaki dalam filem Mohini (1948)

Ramachandran membuat penampilan sulung dalam filem pada tahun 1936 menerusi filem Sathi Leelavathi,[17] yang diarahkan oleh Ellis R. Dungan, seorang pengarah filem kelahiran Amerika.[18] Secara umumnya membintangi filem bergenre romantik atau aksi, Ramachandran mendapat kejayaan besar dalam filem tahun 1950 yang ditulis oleh M. Karunanidhi. Tidak lama kemudian, beliau meraih populariti menerusi filem Malaikkallan pada tahun 1954. Beliau turut berlakon sebagai hero dalam filem Tamil pertama yang menggunakan Gevacolor sepenuhnya, iaitu Alibabavum 40 Thirudargalum pada tahun 1955. Pada tahun 1972, beliau memenangi Anugerah Filem Kebangsaan bagi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Rickshawkaran.

Filem pecah panggung beliau pada tahun 1973, Ulagam Sutrum Valiban, memecahkan rekod kutipan filem-filem beliau sebelum ini. Ia merupakan salah satu daripada beberapa filem pada zaman itu yang menjalani penggambaran di luar negara. Filem tersebut dirakam di Singapura, Malaysia, Thailand, Hong Kong dan Jepun. Kerjaya lakonannya berakhir pada tahun 1987 dengan filem terakhirnya Ullagam Suthi Paru, di mana beliau tetap berlakon walaupun telah disahkan menghidap kegagalan buah pinggang.[19]

[sunting | sunting sumber]
  • Iruvar (1997) arahan Mani Ratnam adalah berdasarkan persaingan antara MGR dan M. Karunanidhi. Pelakon Malayalam, Mohanlal, melakonkan watak Anandan (yang mewakili MGR).
  • Dalam siri penstriman Queen (2019), Indrajith Sukumaran membawakan watak G. M. Ravichandran (adaptasi fiksyen kepada M.G.R.).
  • Dalam filem Thalaivii (2021), watak MGR dilakonkan oleh Arvind Swamy.
  1. ^ "MGR Step son". Hindu. 2012.
  2. ^ . Times of India. 2012 http://timesofindia.indiatimes.com/city/chennai/M-G-Ramachandran-autobiography-copyright-belongs-to-Janaki-son-rules-HC/articleshow/14661431.cms. Missing or empty |title= (bantuan)
  3. ^ "Padma Awards Directory (1954–2007)" (PDF). Kementerian Urusan Dalam Negeri. Dicapai pada 7 Desember 2010. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  4. ^ a b Sri Kantha, Sachi (8 April 2015). "M.G.R. Remembered – Part 26". Sangam.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 August 2017. Dicapai pada 19 May 2017.
  5. ^ "Modi to Mamata, M.G.R. to NTR: Vir Sanghvi lists 70 politicians who changed India". Hindustan Times. 15 August 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 September 2019. Dicapai pada 10 October 2019.
  6. ^ "Modi to Mamata, MGR to NTR: Vir Sanghvi lists 70 politicians who changed India". Hindustan Times.
  7. ^ "Events – MGR-Sivaji-Gemini: TRINITY Album Launched – IndiaGlitz.com". 9 July 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2012. Dicapai pada 18 July 2024.
  8. ^ "Gemini Ganesan Biography – Gemini Ganesan Profile, Childhood & Filmography". 19 September 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 September 2018. Dicapai pada 18 July 2024.
  9. ^ Kumaresan, S (27 April 2021). "From the archives: Why is 1980 Tamil Nadu Assembly election worthy of note?". The New Indian Express. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 July 2022. Dicapai pada 27 April 2021.
  10. ^ Kumaresan, S (28 April 2021). "From the archives: When MGR sailed on sympathy in 1984 polls". The New Indian Express. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 December 2021. Dicapai pada 28 April 2021.
  11. ^ "Janaki's son alone has copyright to MGR's autobiography: court". The Hindu. 4 July 2012. Dicapai pada 6 December 2016.
  12. ^ Mani Shankar Aiyar (1 January 2009). A Time of Transition: Rajiv Gandhi to the 21 Century. Penguin Books India. m/s. 38–. ISBN 978-0-670-08275-9.
  13. ^ Kumar, N. Vinoth (8 April 2023). "A book sought to prove MGR was a Gounder from Kongu land; what was the aim?". The Federal. Dicapai pada 5 February 2024.
  14. ^ a b Veeravalli, Shrikanth. "MG Ramachandran's early years: a poor childhood, drama school, and the first big break". Scroll.in (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 August 2019. Dicapai pada 22 August 2019.
  15. ^ M.S.S. Pandian (1992) The image trap. SAGE Publications. ISBN 0803994036. p. 131
  16. ^ Thomas, K.M. (27 April 1998). "Family feud over MGR's property turns into public campaign against controlling authority". India Today. Dicapai pada 21 February 2021.
  17. ^ "M. G. Ramachandran Summary and Analysis Summary". 3 March 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 March 2009. Dicapai pada 28 February 2022.
  18. ^ "Americans in Tamil cinema". The Hindu. Chennai, India. 6 September 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 December 2012. Dicapai pada 5 August 2010.
  19. ^ "MGR-Sivaji-Gemini: TRINITY Album Launched". IndiaGlitz. 22 January 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2012. Dicapai pada 6 March 2012.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]