Magnum Concilium

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam Kerajaan England, Magnum Concilium, atau Majlis Besar, merupakan perhimpunan perbincangan yang diadakan pada masa tertentu dalam tahun di mana pemimpin gereja dan tuan tanah yang kaya dijempun bagi membincangkan hal-ehwal negara dengan Raja. Ia ditetapkan semasa pemerintahan Normans. Pada masa silam raja akan memanggil Majlis Besar dan Istana Raja (Curia Regis), penasihat semi-profesional yang akan kekal sehingga tugasan tamat. Yang sebelumnya membesar bagi membentuk Parliamen England (concilium regis in parliamento) dan, terutamanya kerana ia terbahagi kepada Dewan Bangsawan ("House of Lords") dan Dewan Awam ("House of Commons"), dengan itu menjamin pembabitan bangsawan. Pada tempoh Plantagenet Magnum Concilium merupakan perhimpunan bangsawan, yang menasihat raja apabila tiada isu yang memerlukan pembabitan orang awam. Selepas satu generasi, pada musim gugur 1640 Charles I memanggil Majlis Besar di York selepas dikalahkan oleh Scotland. Dia telah mebubar Parlimen Pendek dan berharap untuk mengelakkan memanggil sekali lagi. Mereka menawarkan jaminan pinjaman £200,000 sterling bagi membayar kos tentera, dan cuba berunding dengan Scotland (tanpa hasil),[1] tetapi tidak akan mengambil alih kuasa Parliamen,[2] dan menasihatkan Charles untuk memanggil Parliamen Panjang. Sejak itu Majlis Besar tidak pernah bersidang.

Pada 2008 Christopher Russell Bailey, 5th Baron Glanusk, mencadangkan bahawa sudah tiba masanya untuk memanggil kembali Magnum Concilium, kerana setara warisan ("hereditary peers" telah kehilangan hak bagi menyertai Dewan Bangsawan di bawah Akta Dewan Bangsawan 1999.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bowle, John. Charles I, A Biography. Little, Brown & Co., Boston and Toronto, 1975. p. 177
  2. ^ Macaulay, Thomas Babington. The History of England from the Accession of James II. J. B. Lippincott & Co., Philadelphia, 1878. Vol I, p. 75
  3. ^ 2008 Newsletter Hereditary Peerage Association, April 1 2008