Maharaja Taichang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
明光宗.jpg

Maharaja Taichang[1] (Cina: 泰昌; pinyin: Tàichāng; 28 Ogos 1582 - 26 September 1620), nama peribadi Zhu Changluo (Bahasa Cina: 朱 常 洛), ialah maharaja yang keempat belas Dinasti Ming China. Beliau merupakan anak sulung Maharaja Wanli dan menggantikan ayahnya sebagai maharaja pada tahun 1620. Walau bagaimanapun, pemerintahannya berakhir dengan mengejut apabila kurang daripada satu bulan selepas Istiadat Kemahkotaan,  beliau ditemui mati pada suatu pagi di istana ekoran sakit cirit-birit. Beliau telah digantikan oleh anaknya, Zhu Youxiao, yang ditabalkan sebagai Maharaja Tianqi. Nama era beliau, Taichang, bermaksud "kemakmuran terbesar". 

Awal kehidupannya[sunting | sunting sumber]

Zhu Changluo dilahirkan pada tahun 1582, tahun ke-10 era Wanli, kepada Maharaja Wanli dan pelayan istana, Cik Wang, yang berkhidmat untuk ibu Maharaja Wanli, iaitu Balu Maharani Li. Selepas didapati bahawa Cik Wang mengandung, Maharaja Wanli menganugerahkannya gelaran "Gundik Gong Darjat Kedua" (恭 妃).[2] Dia adalah salah seorang daripada gundik yang tidak disukai Maharaja Wanli. Selepas kelahirannya, Zhu Changluo diabaikan oleh bapanya walaupun dia, sebagai anak sulung maharaja, berhak untuk menjadi pewaris (putera mahkota) mengikut undang-undang pewarisan Dinasti Ming.[3]

Zhu Changluo menghabiskan kebanyakan masa hidupnya merebut kuasa bagi merangkul gelaran sebagai putera mahkota. Maharaja Wanli berterus-terang hendak menamakan Zhu Changxun, (anak bongsunya yang dilahirkan oleh Gundik Cik Zheng yang disukainya) sebagai putera mahkota dan mengatasi kekananan Zhu Changluo, tapi cadangan itu telah mendapat tentangan keras oleh kebanyakan menteri yang berpendidikan Konfusianisme. Rungsing dengan pelbagai petisyen untuk menaikkan Zhu Changluo sebagai putera mahkota, Maharaja Wanli memutuskan untuk memerhati keseluruhan isu dengan berhati-hati. Sesetengah sejarawan mengatakan kebuntuan dalam pemilihan putera mahkota adalah sebahagian punca pengunduran Maharaja Wanli dari terlibat mentadbir kerajaan sehari-harinya.

Terperangkap dalam politik yang tak menentu ini, Zhu Changluo sengaja tidak ditetapkan guru pengajar atau diberi pendidikan sistematik Konfusianisme sehinggalah dia mula bersekolah pada usia 13 tahun yang dikira usia yang lewat untuk putera-putera Ming memulakan pendidikan mereka. Pada tahun 1601, Maharaja Wanli mengalah dengan desakan menterinya dan yang paling penting kenaikan pangkat kepada Balu Maharani dan anaknya yang berumur 19 tahun Zhu Chengluo, secara rasmi telah dinaikkan sebagai putera mahkota dan pewaris. Namun pengiktirafan rasmi ini bukanlah tandanya berakhir penglibatan komplot mahkamah. Khabar angin mengenai hasrat Maharaja Wanli untuk menggantikan Zhu Chengluo dengan Zhu Changxun kembali timbul beberapa tahun seterusnya,[4]

Pada tahun 1615, mahkamah empayar Ming dilanda satu skandal. Seorang lelaki bernama Zhang Chai yang bersenjatakan peralatan kayu, telah mengusir pegawai yang mengawal pintu istana dan memecah masuk ke dalam Istana Ciqing yang kemudiannya menceroboh kediaman putera mahkota itu. Akhirnya Zhang Chai ditangkap dan dibuang dalam penjara. Siasatan awal mendapati dia sebenarnya orang gila, tetapi apabila siasatan lanjut oleh majistret bernama Wang Zhicai, Zhang Chai mengakui pihaknya kepada plot bahawa dia dihasut oleh dua orang pegawai istana[5] yang bekerja di bawah Puan Zheng. Menurut pengakuan Zhang Chai, kedua-dua orang pegawai istana telah berjanji kepadanya untuk memberi ganjaran jika menyerang putera mahkota, yang dengan itu mengaitkan Puan Zheng dalam satu komplot pembunuhan. Dibentangkan dengan bukti-bukti keterlibatan dan keseriusan tuduhan, Maharaja Wanli yang mengetuai kes itu berusaha menyelamatkan Puan Zheng dengan menyalahkan sepenuhnya ke atas dua orang pegawai istana terbabit dan menjatuhkan hukuman mati bersama-sama dengan Zhang Chai. Walaupun kes itu cepat diselesaikan, ia masih tidak mendiamkan perbincangan awam dan akhirnya dikenali sebagai "Kes Serangan Istana" (梃 击 案), salah satu daripada tiga misteri yang terkenal[6] di zaman Dinasti Ming.

Kesingkatan pemerintahan dan kemangkatannya[sunting | sunting sumber]

Taichang.jpg

Maharaja Wanli meninggal dunia pada 18 Ogos 1620 dan telah digantikan oleh Zhu Changluo pada 28 Ogos 1620. Setelah Istiadat Kemahkotaan, Zhu Changluo mengguna pakai nama zaman "Taichang" (bermaksud "kemakmuran terbesar") untuk pemerintahannya, oleh itu beliau dikenali sebagai Maharaja Taichang. Beberapa hari pertama pemerintahannya bermula dengan lancar seperti yang dicatatkan dalam sejarah Ming. Dua juta tahil perak telah dijadikan hadiah kepada pasukan yang mengawal sempadan, kekosongan jawatan penting pentadbiran yang tidak diaktifkan dalam birokrasi semasa tempoh Maharaja Wanli akhirnya mula diisi, dan banyak kadar cukai diturunkan dan cukai yang luar biasa nilainya oleh Maharaja Wanli turut dimansuhkan pada waktu ini. Walau bagaimanapun, sepuluh hari selepas Istiadat Kemahkotaan, Maharaja Taichang jatuh sakit sehinggakan perayaan hari lahirnya dibatalkan.

Menurut sumber-sumber utama bukan rasmi,[7] penyakit Maharaja Taichang adalah disebabkan oleh kepuasan seksual yang berlebihan selepas dia dipersembahkan lapan gadis pelayan oleh Puan Zheng.[8] Keadaan maharaja yang serius diburukkan lagi dengan cirit-birit yang teruk selepas mengambil dos ubat pelawas, yang disarankan oleh sida yang hadir iaitu Cui Wensheng pada 10 September. Akhirnya pada 25 September, untuk menangani kesan pelawas itu, beliau meminta pil merah[9] yang disampaikan oleh seorang pegawai rendah mahkamah bernama Li Kezhuo, yang berkecimpung dalam perubatan.

Ia dicatatkan dalam sejarah rasmi Ming [10] bahawa Maharaja Taichang berasa lebih baik selepas mengambil pil merah, dengan kembali selera makan dan berulang kali memuji Li Kezhuo. Petang yang sama, maharaja mengambil pil kedua dan ditemui mati pada keesokan harinya. Kematian seorang maharaja yang sihat sepanjang tempoh sebulan telah menggemparkan seluruh pelusuk Empayar Ming dan khabar angin mula merebak. Banyak percakapan mengenai misteri kematian Maharaja Taichang yang terkenal dengan "Kes Pil Merah"(红丸案), salah satu daripada tiga 'misteri' yang terkenal dalam Dinasti Ming. Nasib Li Kezhuo, yang pilnya berada di tengah-tengah kontroversi ini, menjadi subjek hangat dipertandingkan di antara golongan pembesar dan pegawai istana yang bersaing untuk merebut pengaruh di mahkamah empayar Ming. Pelbagai pendapat bermula dari pemberian wang kepadanya untuk pemulihan awal maharaja sehinggalah ke perlaksanaan hukuman mati kepada seluruh keluarganya kerana membunuh maharaja. Soalan ini akhirnya diselesaikan pada 1625 apabila Li Kezhuo dibuang ke kawasan sempadan atas perintah sida berkuasa iaitu Wei Zhongxian, dengan itu menandakan jumlah penguasaan para sida semasa pemerintahan anak Maharaja Taichang, Maharaja Tianqi.

Peninggalannya[sunting | sunting sumber]

Kematian Maharaja Taichang sebelum waktunya meletakkan mahkamah empayar Ming ke dalam keadaan kucar-kacir. Pertama, mahkamah masih secara rasmi berkabung atas kematian Maharaja Wanli, yang mayatnya pada ketika ini masih terbaring dalam negeri menunggu tarikh bertuah untuk disemadikan. Kedua, semua makam imperial telah dibuat khas oleh maharaja yang memerintah itu sendiri dan tidak ada tempat yang sesuai untuk mengebumikan Maharaja Taichang, yang baru sahaja menaiki takhta.  Sebuah makam telah terburu-buru dibina atas dasar makam Maharaja Jingtai yang dirobohkan. Pembinaan ini siap sepenuhnya pada bulan yang kedelapan tahun 1621 dan disucikan sebagai Qingling (庆 陵). Akhirnya, persoalan menamakan masa pemerintahan maharaja, walaupun maharaja telah mengambil nama era rasmi "Taichang", ia telah diapit di antara tahun ke 48 dari era Wanli (1620) dan tahun pertama era Tianqi yang (1621). Selepas beberapa perbincangan, mahkamah empayar Ming menerima cadangan Zuo Guangdou untuk menetapkan era Wanli itu telah ditamatkan pada bulan ketujuh dalam tahun 1620, manakala era Taichang yang menjangkau dari 8 hingga bulan ke-12 dalam tahun yang sama. Era Tianqi secara rasmi bermula dari bulan lunar pertama 1621.

Dari perspektif sejarah, pemerintahan Maharaja Taichang melalui sifat jangka masa pendek tidak menunjukkan apa-apa, yang sekadar sekelumit nota dalam sejarah Ming. Ia terdedah dengan kelemahan perlembagaan sistem autokratik Dinasti Ming apabila diketuai oleh maharaja yang lemah seperti dilambangkan oleh Maharaja Taichang dan penggantinya, Maharaja Tianqi. Berdasarkan rekod prestasi yang teruk, tiada bukti yang menunjukkan pemerintahan Maharaja tersebut dapat bertahan lebih lama daripada itu,

Keluarga[sunting | sunting sumber]

  • Bapa: Maharaja Wanli
  • Ibu: Puan Gong, asalan Wang (恭妃, 王氏); selepas kematian bapanya diberi penghormatan sebagai sebagai Balu Maharani Xiaojing (孝靖太后). Gelarannya dalam bahasa Cina: 孝靖温懿敬让贞慈参天胤圣皇太后.

Gundik[sunting | sunting sumber]

  1. Puteri Mahkota, asalan Guo (皇太子妃,郭氏); Setelah kematian ayahnya dinamakan Maharani Xiaoyuanzhen (孝元贞皇后) oleh Tianqi; Gelaran dalam bahasa Cina: 孝元昭懿哲惠莊仁合天弼圣贞皇后.
  2. Gundik Kelas Kelima, asalan Wang (才人, 王氏); Setelah kematian ayahnya dinamakan Balu Maharani Xiaohe (孝和太后) oleh Tianqi; Gelaran dalam bahasa Cina: 孝和恭献温穆徽慈谐天鞠圣皇太后.
  3. Gundik Kelas Ketujuh, asalan Liu (淑女, 刘氏); Setelah kematian ayahnya dinamakan Balu Maharani Xiaochun (孝纯太后) oleh Maharaja Chongzhen; Gelaran dalam bahasa Cina: 孝纯恭懿淑穆莊静毘天毓圣皇太后.
  4. Gundik Kang Darjat Kedua, asalan Li (康妃李氏), biasanya dipanggil "Lady Li of the West" (西李选侍)
  5. Gundik Zhuang Darjat Kedua, asalan Li (莊妃李氏), biasanya dipanggil "Lady Li of the East" (东李选侍)
  6. Gundik Kelas Keenam, asalan Xiao (选侍赵氏)
  7. Gundik Kelas Keenam, asalan Wang (选侍王氏)
  8. Gundik Kelas Keenam, asalan Li (选侍李氏)
  9. Gundik Dingyi Darjat Kedua (定懿妃)
  10. Gundik Jing Darjat Kedua (敬妃)

Anak lelaki[sunting | sunting sumber]

  1. Zhu Youxiao (朱由校), kemudiannya Maharaja Tianqi. Dilahirkan oleh Balu Maharani Xiaohe.
  2. Zhu Youxue, Putera Jianhuai (简怀王, 朱由学), Dilahirkan oleh Balu Maharani Xiaohe. Meninggal dunia ketika berumur empat tahun.
  3. Zhu Youji, Putera Qisi (齐思王, 朱由楫), Dilahirkan oleh Gundik Kelas Keenam, Puan Wang. Meninggal dunia ketika berumur lapan tahun.
  4. Zhu Youmo, putera Huaihui (怀惠王, 朱由模), dilahrkan oleh Gundik Kelas Keenam, Puan Li. Meninggal dunia ketika berumur lima tahun.
  5. Zhu Youjian (朱由檢), kemudiannya Maharaja Chongzhen. Dilahirkan oleh Balu Maharani Xiaochun.
  6. Zhu Youyi, Putera Xianghuai (湘怀王, 朱由栩), dilahirkan oleh Gundik Dingyi Darjat Kedua, mati setelah dilahirkan.
  7. Zhu Youshan, Putera Huizhao (惠昭王, 朱由橏), dilahirkan oleh Gundik Jing Darjat Kedua, mati setelah dilahirkan.

Anak perempuan[sunting | sunting sumber]

Bilangan Gelaran Nama Kelahiran Kematian Kahwin Pasangan Ibu Nota
1 Puteri Huaishu

怀淑公主

Nma keluarga: Zhu (朱)

Nama diberi: Huijuan (徽娟)

1604 1610 tiada tiada Puteri Mahkota, asalan Guo
2 Puteri Daoshu

悼淑公主

Nama keluarga: Zhu (朱)

Nama diberi: Huihuan (徽姮)

1606 1607 tiada tiada
3 Puteri Nama keluarga: Zhu (朱)

Nama diberi: Huixuan (徽嫙)

1606 1607 tiada tiadda
4 Puteri Nama keluaga: Zhu (朱)

Nama diberi: Huiying (徽㜲)

1608 1609 tiada tiada
5 Puteri Nama keluarga: Zhu (朱)

Nama diberi: Huiwan (徽婉)

1608 tiada tiada Mati tak berkahwin
6 Puteri Ningde

宁德公主

Nama keluarga: Zhu (朱)

Nama diberi: Huiyan (徽妍)

1609 Liu Youfu

刘有福

Gundik Yi, asalan Fu Mati semasa era Kangxi, Dinasti Qing
7 Puteri Suiping

遂平公主

Nama keluarga: Zhu (朱)

Nama diberi: Huijing (徽婧)

1610 1632 Qi Zanyuan

齐赞元

Gundik Yi, asalan Fu
8 Puteri Le'an

乐安公主

Nama keluarga: Zhu (朱)

Nama diberi: Huijing (徽媞)

1611 1644 Gong Yonggu

巩永固

Gundik Kang, asalan Li Mati disebabkan sakit sebelum kejatuhan Dinasti Ming. Gong Yonggu mengikat keempat-empat orang anak mereka bersama-sama dengan kerandanya dan kemudian melakukan pengorbanan diri pada 25 April 1644
9 Puteri Nama keluarga: Zhu (朱)

Nama diberi: Huizhao (徽妱)

1615 1615 tiada tiada
10 Puteri Daowen

悼温公主

Nama keluarga: Zhu (朱)

Nama diberi: Huizheng (徽姃)

1621 1621 tiada tiada Gundik Shen, asalan Shao

See also[sunting | sunting sumber]

Notes[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Chinese emperors are commonly known by their era name, such as Taichang in this instance.
  2. ^ Apart from the empress, there were seven grades of consorts in the Ming palace system.
  3. ^ The Ming dynasty followed a strict patrilineal line of succession.
  4. ^ "Ming Official Court History – The Chronicles of Taichang" (明史·光宗本纪), documented two separate instances in the years 1603 and 1613, when pamphlets of unknown origins accusing Lady Zheng of plotting to remove the crown prince received widespread public circulation.
  5. ^ The two eunuchs were named Pang Bao, and Liu Cheng.
  6. ^ The 'Three Mysteries of Late Ming' (明宫三案) referred to the Case of the Palace Assault (梃击案), the Case of the Red Pills (红丸案), and the Case of Palace Removal (移宫案).
  7. ^ "National Discussions" (国榷) completed in the 1650s, & "Book of Ming" (明書; also known as 罪惟錄) a seventeenth-century privately written record of Ming history.
  8. ^ Official Ming histories (明史 & 明史紀事本末) stated that the number of women presented by Lady Zheng as four.
  9. ^ The "Red Pills" (紅丸; or 红铅金丹) were a Chinese apothecary concoction popular during the mid Ming dynasty.
  10. ^ Ming Court History, "Biography of HanGuang "(明史·韩爌传)