Pergi ke kandungan

Mahyeldi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Mahyeldi Ansharullah)
Mahyeldi
Datuak Marajo[1]
Potret rasmi Mahyeldi Ansharullah, 2025
Gabenor Sumatera Barat
Menyandang jawatan
25 Februari 2021
PresidenJoko Widodo
Prabowo Subianto
TimbalanAudy Joinaldy (2021–2025)
Vasko Ruseimy (2025–kini)
Didahului olehIrwan Prayitno
Alwis (Interim)
Hamdani (Interim)
Datuk Bandar Padang
Dalam jawatan
13 Mei 2014  25 Februari 2021
Timbalan
Didahului olehFauzi Bahar
Digantikan olehHendri Septa
Timbalan Datuk Bandar Padang
Dalam jawatan
18 Februari 2009  18 Februari 2014
Datuk BandarFauzi Bahar
Didahului olehYusman Kasim
Digantikan olehEmzalmi
Timbalan Pengerusi Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Sumatera Barat
Dalam jawatan
2004–2009
PengerusiLeonardy Harmainy
Kawasan pilihan rayaSumatera Barat 1
Perolehan undi25,803
Maklumat peribadi
Lahir (1966-12-25) Disember 25, 1966 (umur 59)
Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia
Parti politikParti Keadilan Sejahtera
Anak9
KediamanGubernuran Sumatera Barat, Padang
Tempat belajar
PekerjaanAhli politik
TandatanganTandatangan

Mahyeldi Ansharullah (lahir di Bukittinggi, Sumatera Barat, 25 Disember 1966; umur 59 tahun) ialah seorang ahli politik Indonesia daripada Parti Keadilan Sejahtera (PKS) yang kini berkhidmat sebagai Gabenor Sumatera Barat selama dua penggal sejak 2021. Sebelum ini, beliau merupakan Datuk Bandar Padang untuk dua penggal hasil pilihan raya 2013 dan 2018. Beliau dicalonkan sebagai ahli DPRD Sumatera Barat pada pilihan raya perundangan Indonesia 2004 dan terpilih dengan perolehan undi terbanyak. Beliau berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi DPRD Sumatera Barat bagi penggal 2004–2009, kemudian menjadi Timbalan Datuk Bandar Padang mendampingi Datuk Bandar Fauzi Bahar bagi penggal 2009–2014.

Kehidupan awal dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Mahyeldi dilahirkan di Bukittinggi, Sumatera Barat pada 25 Disember 1966. Mahyeldi merupakan anak sulung daripada tujuh orang adik-beradik.[2] Bapanya bernama Mardanis Sutan Tanameh bin Musa yang merupakan buruh angkat dan pemandu beca, manakala ibunya Nurmi ialah seorang suri rumah.[3] Sejak dari darjah tiga, beliau sudah bekerja membantu bapanya.[4] Semasa di darjah lima, beliau dan keluarganya berpindah ke Dumai.[3] Beliau meneruskan persekolahan di SD Negeri 9 Dumai dan tamat pada 1980.[5] Beliau kemudian menyambung pengajian ke SMP Negeri 1 Dumai dan menamatkan persekolahan pada tahun 1983.[6] Sepanjang bersekolah menengah pertama (SMP), beliau menjual ikan pada waktu pagi dan menjadi penghantar surat khabar pada waktu malam. Beliau juga pernah bekerja di kedai buku dan surat khabar.[7] Apabila naik ke tingkatan 2, keluarga Mahyeldi kembali ke Bukittinggi dan beliau bersekolah di SMP Negeri 2 Tilatang Kamang serta pernah menjadi ahli jawatankuasa OSIS (Majlis Perwakilan Pelajar) dari 1981 hingga 1983.[8] Selepas tamat SMP, beliau menyambung pendidikan di SMA Negeri 1 Bukittinggi[9] dan menjadi ahli jawatankuasa persatuan Rohani Islam pada tahun 1985.[10] Sepanjang bersekolah di SMA, beliau bekerja menjual surat khabar pada waktu pagi dan menjual kuih pada waktu petang serta menternak kerbau untuk membiayai yuran pengajiannya.[11] Selepas tamat SMA pada 1986, beliau diterima masuk ke Program Studi Pembangunan Luar Bandar, Fakulti Pertanian Universitas Andalas (Unand).[12] Beliau menjadi pengurus Badan Eksekutif Mahasiswa Fakulti Pertanian Unand pada 1990.[13]

Beliau berkenalan dengan Irwan Prayitno, seorang mahasiswa Universitas Indonesia yang mengelilingi Sumatera Barat untuk menyampaikan sosialisasi panduan perjuangan Lembaga Dakwah Kampus.[14] Aktiviti dalam bidang dakwah ini membuatkan beliau menyertai Partai Keadilan Sejahtera (PKS).[15] Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Pertanian pada 1995.[5] Mahyeldi bersama Irwan dan Syukri Arief membuka pusat kelas tuisyen Adzkia di Lolong pada 1987.[16] Pada 1988, Mahyeldi dilantik sebagai ketua Ma'had Almadaniy sehinggalah tahun 2000.[17] Beliau dipilih menjadi Pengerusi Majlis Pimpinan Pusat Ikatan Alumni Fakulti Pertanian Unand selama dua penggal dari tahun 2014 hingga 2024.[18] Pada 2022, beliau memulakan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan berjaya memperoleh ijazah Sarjana Pengurusan pada 2025.[19]

Mahyeldi turut terlibat dalam penubuhan Parti Keadilan (PK) di Sumatera Barat pada 1998 apabila dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Dewan Pimpinan Wilayah (DPW) mendampingi pengerusinya Ahmad Shafwan Nawawi. Selepas penguatkuasaan peraturan yang melarang penjawat awam menjadi pengurus parti, Shafwan meletakkan jawatan daripada parti untuk meneruskan kerjayanya sebagai pensyarah di IAIN Imam Bonjol Padang. Mahyeldi kemudian dilantik menggantikannya sebagai Pengerusi DPW Parti Keadilan Sumatera Barat. Apabila PK gagal memenuhi nilai ambang parlimen dalam pilihan raya 1999, PK ditukar namanya kepada Parti Keadilan Sejahtera pada 2003 dan Mahyeldi tetap mengekalkan jawatannya sebagai Pengerusi DPW PKS Sumatera Barat sehingga tahun 2005 sebelum digantikan oleh Trinda Farhan Satria.[20]

Pada pilihan raya perundangan 2004, Mahyeldi dicalonkan oleh PKS sebagai calon ahli perundangan bagi DPRD Sumatera Barat mewakili kawasan pilihan raya Sumatera Barat 1 yang merangkumi keseluruhan Kota Padang, dan beliau berjaya memperoleh 25,803 undi iaitu undian terbanyak.[21] Beliau menjawat jawatan Timbalan Pengerusi DPRD Sumatera Barat bagi penggal 2004 hingga 2009.[2] Semasa menjadi Timbalan Pengerusi DPRD Sumatera Barat, beliau menolak penggunaan kereta rasmi mewah.[22] Selepas memenangi pilihan raya Datuk Bandar Padang 2008, pasangan penyandang jawatan Fauzi Bahar–Mahyeldi dilantik pada 18 Februari 2009 bagi penggal 2009 hingga 2014.[2] Mahyeldi meletakkan jawatan sebagai ahli DPRD selepas dilantik sebagai Timbalan Datuk Bandar Padang pada 2009.[23]

Datuk Bandar 2014-2019

[sunting | sunting sumber]
Suasana Pantai Padang pada 2015 (atas) dan selepas proses penyusunan semula dilakukan pada 2018 (bawah). Peniaga yang berniaga di tepi pantai bersedia dipindahkan, malahan merobohkan sendiri gerai mereka.

Beliau sekali lagi mencalonkan diri sebagai Datuk Bandar Padang dalam pilihan raya Datuk Bandar Padang 2013 yang berlangsung pada 30 Oktober 2013. Berdasarkan hasil audit Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK) pada 8 Oktober 2013, KPU Padang mendedahkan laporan harta kekayaan Mahyeldi yang bernilai Rp281.509 juta.[24] Mahyeldi dan pasangannya Emzalmi menang dengan memperoleh 29.45% undi pada pusingan pertama.[25] Selepas melalui pusingan kedua pada 5 Mac 2014, Mahyeldi sekali lagi mendahului dengan perolehan 50.29% undi. Pelantikannya tertangguh selepas pasangan calon yang kalah mengemukakan petisyen kepada Mahkamah Perlembagaan.[26] Pada 13 Mei 2014, Mahyeldi secara rasmi mengangkat sumpah jawatan.[27]

Pelancongan dan pelaburan

[sunting | sunting sumber]

Sepanjang kepimpinannya, kehadiran pelancong menunjukkan peningkatan setiap tahun yang memberi kesan besar terhadap Pendapatan Asli Daerah (PAD) dan pelaburan. Pada 2015, PAD Padang dari sektor pelancongan hanya mencatatkan Rp17.8 bilion dan meningkat ketara menjadi Rp104.9 bilion pada 2019.[28] Sementara itu, realisasi pelaburan di Padang juga meningkat daripada Rp357.6 bilion pada 2016 kepada Rp2.2 trilion pada 2019.[29] Kedua-dua pencapaian ini membolehkan Padang merangkul anugerah Indonesia Attractiveness Award (IAA) yang dianjurkan oleh Tempo pada 2015 di kedudukan ke-8 dengan 73.42 mata.[30]

Seterusnya pada 2016, Padang meraih tiga anugerah, iaitu bandar terbaik tahap Platinum untuk koridor Sumatera bahagian barat dan tengah, bandar berpotensi dalam pelaburan, serta bandar berpotensi dalam pelancongan dengan mencatat 83.04 mata.[31] Pada tahun berikutnya, Padang sekali lagi merangkul anugerah bandar terbaik Platinum di tempat ke-10 dengan indeks skor 82.75 dan Bandar Terbaik bagi Kategori Pelaburan di tempat pertama dengan indeks 89.34.[32] Pada 2018, Padang kembali mengekalkan anugerah Bandar Terbaik dalam bidang Pelaburan dengan anugerah emas dan Bandar Berpotensi dalam bidang Pelancongan dengan anugerah platinum.[33]

Kebersihan

[sunting | sunting sumber]
Datuk Bandar Mahyeldi diarak oleh pasukan oren ketika menyambut Piala Adipura pada 2017, kali pertama selepas kejadian gempa bumi 2009.

Setelah dilanda gempa bumi pada 2009, Padang berdepan masalah kebersihan yang gagal ditangani, yang mana ia menyebabkan bandar tersebut kehilangan anugerah Adipura. Pada 25 Oktober 2014, kerajaan telah melancarkan program Padang Bersih.[34][35] Sebagai langkah pelaksanaan program berkenaan, Lembaga Pengurusan Sisa (LPS) ditubuhkan di peringkat kampung (kelurahan) untuk memastikan disiplin warga penduduk membuang sampah.[36] Pada 2017, Padang kembali berjaya meraih anugerah Adipura setelah terlepas memenanginya selama lapan tahun sejak 2009.[37]

Selain program dalam bidang infrastruktur, pelancongan, dan kebersihan, program-program lain yang dilaksanakan oleh Mahyeldi merangkumi usaha menyusun semula kemudahan pasar, pendidikan percuma selama 12 tahun, serta pemulihan rumah tidak layak huni (RTLH). Kerja menyusun semula pasar dimulakan di Pasar Raya Padang kemudian beralih ke pasar-pasar satelit. Pendidikan percuma selama 12 tahun ditawarkan kepada murid sekolah rendah (SD), sekolah menengah pertama (SLTP), dan sekolah menengah atas (SLTA) negeri yang bermula pada penggal kedua tahun 2014. Pada 2015, Padang meraih Anugerah Peduli Pendidikan (APP) daripada Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan setelah dinilai berjaya melaksanakan program wajib belajar 12 tahun dengan baik.[38] Bagi program bantuan RTLH, ia menyasarkan 1,000 buah rumah untuk masyarakat miskin setiap tahun[39] dengan mengamalkan prinsip gotong-royong, iaitu menyinergikan kepakaran Satuan Kerja Perangkat Daerah (SKPD) berkaitan, Badan Amil Zakat Nasional (Baznas) Kota Padang, sokongan CSR daripada syarikat swasta, serta sumbangan tenaga penduduk tempatan.[40]

Dalam hal pentadbiran kerajaan tempatan, Pemerintah Kota Padang mencatatkan peningkatan prestasi setiap tahun. Laporan Penyelenggaraan Pemerintahan Daerah (LPPD) peringkat bandar pada 2013 meletakkan Padang di kedudukan ke-54.[41] Pada 2018, kedudukan Padang naik ke posisi ke-41. Bagi wilayah Sumatera Barat, kedudukan Padang berada di bawah Payakumbuh dan Bukittinggi.[42]

Beliau berpasangan dengan Emzalmi sebagai timbalan pada penggal pertama dan Hendri Septa pada penggal kedua.[43] Pada penggal kedua, Mahyeldi melakukan pelebaran dan pembaikan jalan raya di kawasan Lubuk Minturun, Air Dingin, Balai Gadang, Sungai Lareh, dan Tanjung Saba.[44] Beliau turut membangunkan 471.16 km jalan persekitaran perumahan, di mana pembinaannya bermula pada penggal pertama dan pencapaiannya melebihi sasaran awal iaitu 371.5 km.[45]

Kerjaya sebagai gabenor

[sunting | sunting sumber]
Mahyeldi (paling kiri) menerima ucapan tahniah daripada Presiden Joko Widodo selepas selesai majlis angkat sumpah sebagai Gabenor Sumatera Barat.

Desas-desus pencalonan Mahyeldi sebagai calon Gabenor Sumatera Barat sudah kedengaran sejak penggal pertamanya sebagai Datuk Bandar pada hujung 2018.[46] Walaupun pada awalnya menepis khabar angin tersebut, beliau akhirnya dicalonkan oleh partinya, PKS, sebagai Gabenor Sumatera Barat dua tahun kemudian pada 2020.[47] Mahyeldi memilih Audy Joinaldy sebagai calon timbalan gabenornya dan mereka mendeklarasikan diri sebagai calon pasangan dengan sokongan daripada PKS dan Parti Persatuan Pembangunan (PPP) pada 9 Ogos 2020.[48]

Mahyeldi dan Audy memenangi pilihan raya Gabenor Sumatera Barat yang berlangsung pada 9 Disember 2020 apabila meraih sebanyak 726,853 undian atau 32.43% daripada keseluruhan undi.[49] Walau bagaimanapun, calon lawan Mahyeldi memfailkan tuntutan mahkamah di Mahkamah Perlembagaan berhubung pertikaian keputusan pilihan raya, dan hal itu mengakibatkan Mahyeldi tidak dapat dilantik pada tarikh pelantikan sepertimana sepatutnya ketika pendahulunya, Irwan Prayitno, menamatkan perkhidmatannya.[50] Tuntutan tersebut akhirnya ditolak oleh Mahkamah Perlembagaan pada 16 Februari 2021.[51] Selepas pernah menduduki kerusi Pengerusi DPW PKS Sumatera Barat untuk penggal 2002–2005, Mahyeldi kembali dipilih menduduki kerusi yang sama untuk penggal 2020–2025 menggantikan Irsyad Syafar dalam majlis musyawarah PKS wilayah Sumatera Barat pada 27 Disember 2020.[52]

Mahyeldi mengangkat sumpah jawatan sebagai Gabenor Sumatera Barat bersama-sama dua gabenor dari wilayah lain di hadapan Presiden Joko Widodo pada 25 Februari 2021. Sejurus selesai majlis pelantikan, Mahyeldi menyatakan bahawa beliau akan terus menggerakkan pelaksanaan program 100 hari pertama yang telah dirancangnya. Mahyeldi turut menegaskan bahawa fokus utamanya sebagai gabenor adalah dalam pengurusan COVID-19 di samping langkah pengukuhan ekonomi penduduk setempat.[53]

Semasa menjawat jawatan gabenor, beliau pernah menafikan tahap ketidakpatuhan masyarakat berhubung pemakaian pelitup muka semasa pandemik COVID-19 dengan alasan bahawa masih ramai penduduk di Jakarta yang tidak mengamalkan perkara tersebut, selain faktor ketiadaan peruntukan membiayai kelengkapan makmal ujian saringan di Universitas Andalas.[54][55][56] Mengulas mengenai perkara itu, beliau mendakwa pentadbirannya bukan hanya tertumpu kepada hal COVID-19 sahaja, tetapi perlu menyelesaikan permasalahan lain terutamanya mengenai isu kanak-kanak bantut serta pengurusan infrastruktur.[57]

PKS dan Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) secara rasmi menamakan gabenor penyandang Mahyeldi dan Vasko Ruseimy sebagai pasangan calon gabenor dan timbalannya bagi menghadapi pilihan raya Gabenor Sumatera Barat 2024. Pencalonan ini dilaksanakan demi memastikan kesinambungan inisiatif pembangunan yang dibawa oleh Mahyeldi selaku gabenor pada masa itu, sementara Vasko Ruseimy pula merupakan seorang tokoh pemimpin dalam pelbagai organisasi.[58]

Pada tanggal 27 Ogos 2024, pasangan Mahyeldi-Vasko telah mendaftar di KPU, diusung oleh PKS, Gerindra, Demokrat, Perindo, dan PBB.[59] Pasangan calon nombor urut 1, Mahyeldi dan Vasko Ruseimy ditetapkan sebagai Gabenor dan Timbalan Gabenor Sumatera Barat terpilih oleh KPU Wilayah Sumatera Barat pada tanggal 9 Januari 2025 berdasarkan Keputusan KPU Wilayah Sumatera Barat No. 3 Tahun 2025. Mahyeldi-Vasko meraih 1,757,612 undi (77.12 peratus) dalam pemilihan tersebut.[60]

Penghargaan

[sunting | sunting sumber]
Mahyeldi menerima penghargaan Kota Padang sebagai Top 40 Inovasi Pelayanan Publik 2018 dari Naib Presiden Jusuf Kalla

Dalam anugerah Sindo Weekly, Mahyeldi meraih penghargaan Government Award pada 12 April 2016 setelah dinilai berjaya menyusun bandar dalam masa yang agak singkat. Fokus penataan yang dilakukan semasa kepimpinan Mahyeldi merangkumi Pantai Padang, pengambilan tanah di laluan By Pass, dan Pasar Raya Padang. Operasi penertiban berjalan tanpa kekecohan, bahkan penduduk turut merobohkan sendiri bangunan mereka.[61] Adhyaksa Dault menyebut Mahyeldi dan Datuk Bandar Surabaya Tri Rismaharini sebagai contoh pemimpin daerah yang berjaya memindahkan serta menyusun penduduk "tanpa kekerasan dan tidak mencetuskan penentangan daripada masyarakat".[62]

Dari kerajaan pusat, Mahyeldi menerima tanda kehormatan Satya Lencana Pembangunan semasa sambutan Hari Koperasi pada 12 Julai 2015. Beliau diiktiraf kerana berjaya mengurangkan kadar pengangguran melalui program-program koperasi yang bakal dan sedang dilaksanakan. Dalam anugerah Apresiasi Pendidikan Islam (API) 2015 pada 11 Disember 2015, Mahyeldi menerima penghargaan daripada Kementerian Agama atas keprihatinannya terhadap perkembangan pendidikan Islam di daerahnya menerusi pelbagai dasar dan program kerja yang mendapat sokongan kewangan serta pelbagai aktiviti keagamaan yang meriah. Dari Kementerian Kelautan dan Perikanan, Mahyeldi meraih penghargaan Adibakti Mina Bahari (AMB) atas komitmennya dalam memelihara sektor laut dan perikanan.

Pada 19 Mei 2016, MarkPlus, Inc. dalam acara Indonesia Marketeers Festival menobatkan Mahyeldi sebagai Datuk Bandar Padang dengan gelaran "Marketeers of The Year Padang 2016".[63] Pada 20 Mei 2016, Padang di bawah pentadbiran Mahyeldi menerima gelaran bagi kategori bandar di Sumatera yang paling kerap dilaporkan dalam media kebangsaan pada majlis The 1st Sumatra PR Indonesia Summit & Awards yang dianjurkan oleh majalah PR Indonesia. Penghargaan ini diberikan berdasarkan tinjauan PR Indonesia bersama Isentia Indonesia sepanjang tahun 2015 ke atas 12 media cetak nasional.[64]

Pada 20 Disember 2018, Mahyeldi menerima Piagam Tanda Kehormatan Satyalancana Kebaktian Sosial (SLKS) daripada Presiden Republik Indonesia yang disampaikan oleh Menteri Sosial RI, Agus Gumiwang Kartasasmita.[65] Pada November 2020, sebagai Datuk Bandar Padang, Mahyeldi menerima penghargaan Best Government Officer dalam acara People of The Year 2020 yang dianjurkan oleh Metro TV.[66][67][68]

Dalam bidang kewangan, selama lima tahun berturut-turut Padang menerima pendapat Wajar Tanpa Pengecualian daripada Badan Pemeriksa Kewangan (BPK) untuk Laporan Kewangan Pemerintah (LKPD).[69][70] Sebelum kepimpinan Mahyeldi, Padang hanya menerima pendapat Wajar Dengan Pengecualian.[71]

Beliau memulakan penubuhan Koperasi Jasa Keuangan Syariah yang berjaya memenangi anugerah Bakti Koperasi dan UMKM dari Kementerian Koperasi dan UMKM di Nusa Tenggara Barat pada 12 Julai 2013.[24][72]

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Pada 15 April 2023, Mahyeldi melontarkan tuduhan mendakwa media menyebarkan berita palsu atau hoaks.[75] Kenyataan tersebut dikeluarkan ketika Mahyeldi ditemu bual oleh wartawan berhubung isu penggunaan kenderaan kerajaan oleh penjawat awam untuk sambutan hari raya.[76] Pada waktu itu, para wartawan sedang mengesahkan laporan yang menyatakan bahawa Kerajaan Wilayah Sumatera Barat membenarkan Aparatur Sipil Negara (penjawat awam) menggunakan kenderaan jabatan semasa perayaan, dan berita itu telah diterbitkan dalam beberapa media sejak 12 April 2023.[77] Selain itu, kenyataan rasmi tersebut turut dimuatkan dalam kenyataan rasmi dari Biro Adpim Pemprov Sumbar.[78] Tuduhan yang dilemparkan oleh Mahyeldi itu menimbulkan kemarahan komuniti wartawan di Sumatera Barat. Mereka secara beramai-ramai mengkritik kenyataan Mahyeldi, termasuk pelbagai persatuan kewartawanan seperti Aliansi Jurnalis Independen Padang dan AMSI Sumbar.[79][80]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]
Mahyeldi dan isterinya, Harneli Bahar

Mahyeldi mendirikan rumah tangga dengan Harneli Bahar pada 12 Mei 1989 selepas mereka berkenalan melalui proses taaruf selama 15 hari.[81][82] Harneli berasal dari Batuhampar, Akabiluru, Lima Puluh Kota.[20] Pada waktu perkahwinan mereka, Mahyeldi merupakan pelajar sarjana muda semester 6 di Universitas Andalas, manakala Harneli berada di semester 4 dalam program pengajian D2 pendidikan bahasa Indonesia di IKIP Padang (sekarang dikenali sebagai Universitas Negeri Padang).[20][82] Pada awalnya, mereka masih menetap di bilik sewa berasingan sehinggalah Mahyeldi berjaya menyewa sebuah rumah kontrakan di Perumnas Air Tawar, Padang.[20]

Dalam pilihan raya umum tahun 2019, sebagai anggota PKS, Harneli telah bertanding sebagai calon ahli DPRD Wilayah Sumatera Barat mewakili kawasan pemilihan Sumatera Barat I (Kota Padang)[83] dan seterusnya, pada pilihan raya umum 2024, beliau tampil sebagai calon ahli DPR RI untuk daerah pemilihan Sumatera Barat I, namun tidak berjaya merebut sebarang kerusi.[84]

Pasangan Mahyeldi dan Harneli dikurniakan sembilan orang cahaya mata, terdiri daripada tiga anak lelaki dan enam anak perempuan.[85] Anak keempat dan putra tertua, Muhammad Taufiqur Rahman bertanding dalam pilihan raya umum 2024 sebagai calon ahli DPRD Sumatera Barat daripada parti PKS bagi daerah pemilihan Sumatera Barat IV (Pasaman dan Pasaman Barat), tetapi gagal memenangi kerusi tersebut.[84] Pada Oktober 2025, Taufiq dilantik sebagai Pemangku Pengerusi DPW Parti Solidaritas Indonesia (PSI) Sumatera Barat sehinggalah bulan Januari 2026 apabila jawatannya digantikan oleh Raihan Ariatama, walaupun Taufiq masih kekal sebagai anggota PSI sehingga kini.[86] Majlis perkahwinan Taufiq yang berlangsung pada bulan April 2025 mendapat perhatian ramai gara-gara penganjurannya menyebabkan kesesakan trafik yang melampau di Jalan Lintas Sumatra, Kabupaten Sijunjung.[87] Pada bulan Disember 2025, Mahyeldi membatalkan majlis resepsi ketiga-tiga puteranya sebaliknya memfokuskan tumpuan isteri dan anak-anaknya untuk memberikan bantuan kecemasan akibat bencana alam bagi mangsa banjir dan tanah runtuh Sumatera 2025.[88]

  1. Riwayat Singkat Gubernur Sumatera Barat di sumbarprov.go.id
  2. 1 2 3 "Profil Mahyeldi Ansharullah". tirto.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2025-01-19.
  3. 1 2 Erianto, Dwi (2021-06-02). "Gubernur Sumatera Barat Mahyeldi Ansharullah". Kompaspedia (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2025-01-19.
  4. "Kisah Perjuangan Gubernur Sumbar Mahyeldi Ansharullah dari Jualan Koran Sampai Mengembala Sapi. Selengkapnya di Ngobrol Bareng Gus Miftah Malam Ini Pukul 20.30 WIB : Okezone Nasional". Okezone (dalam bahasa Indonesia). 2021-06-25. Dicapai pada 2025-01-19.
  5. 1 2 Nandarson, Mairi (10 Desember 2020). "Profil Mahyeldi Ansharullah, Calon Gubernur Sumbar, Sementara Unggul Real Count KPU Pilkada Sumbar". Tribunbatam.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2025-01-19. Check date values in: |date= (bantuan)
  6. Diana (13 Desember 2021). "Alumni SMPN 1 Dumai "Pulang Kampung" - Riau Pos". Riau Pos (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2025-01-19. Check date values in: |date= (bantuan)
  7. "Mahyeldi Ansharullah, Loper Koran yang Kini Menjadi Kandidat Kuat Gubernur Sumbar". PATRONNEWS. 26 Agustus 2020. Dicapai pada 2025-01-19. Check date values in: |date= (bantuan)
  8. Tauqid, Khistian (8 Desember 2024). "Profil Mahyeldi Gubenur Terpilih Sumatera Barat 2024: Dulu Loper Koran, Intip Harta Kekayaannya". Tribunbatam.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2025-01-19. Check date values in: |date= (bantuan)
  9. "Mahyeldi Ansharullah: Memikul Amanah Sedari Kecil". HarianHaluan.id (dalam bahasa Indonesia). 2021-10-21. Dicapai pada 2025-01-19.
  10. "Profil Mahyeldi Gubenur Terpilih Sumatera Barat 2024: Dulu Loper Koran, Intip Harta Kekayaannya". Tribunbatam.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2025-01-19.
  11. Saputra, Reza Rizki (26 Agustus 2022). "Profil Mahyeldi, Anak Tukang Becak yang Jadi Gubernur Sumatera Barat". Sumbar Inews. Dicapai pada 19 Januari 2025. Check date values in: |date= (bantuan)
  12. "Profil Mahyeldi Ansharullah Gubernur Sumatera Barat". Harianbatakpos.com (dalam bahasa Indonesia). 2024-06-02. Dicapai pada 2025-01-19.
  13. Akbar, Ahmad Fauzan (26 September 2024). "Sosok Mahyeldi Ansharullah-Vasko Ruseimy yang Maju Pilkada Sumatera Barat 2024". Berita Satu. Dicapai pada 19 Januari 2025.
  14. Prayitno, Irwan (2003). Dai di tengah kegalauan politik (dalam bahasa Indonesia). Pustaka Tarbiatuna. m/s. 245. ISBN 978-979-3375-80-9.
  15. Erianto, Dwi (2021-06-02). "Gubernur Sumatera Barat Mahyeldi Ansharullah". Kompaspedia (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2025-01-19.
  16. "Yayasan Adzkia Sumatera Barat". Yayasan Adzkia Sumatera Barat. 1 Nov 2023. Dicapai pada 20 Jan 2025.
  17. "Mengenal Mahyeldi Ansharullah, Sosok Pemimpin Rendah Hati". Islamedia - Media Islam Online (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2025-01-20.
  18. "Mahyeldi Kembali Terpilih Jadi Ketua DPP IKA-FP Universitas Andalas". Harian Haluan. 29 November 2019. Dicapai pada 20 Jan 2025.
  19. Saputri, Wanda Nurma (2025-11-01). "Gubernur Sumatera Barat Mahyeldi Raih Gelar Magister Manajemen dari Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Malaysia". Kupasonline.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2025-11-01.
  20. 1 2 3 4 "Mahyeldi Ansharullah: Memikul Amanah Sedari Kecil". 21 Okt 2021. Dicapai pada 14 Agu 2026. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  21. "Mahyeldi Puncaki Hasil Survei Bright Consultant dan Haluan Media Grup - Harian Haluan". Harian Haluan (dalam bahasa Indonesia). 27 November 2019. Dicapai pada 2025-01-20.
  22. Putri, Septia Eka (2016-08-06). "Wali kota Padang Akan Diundang Jadi Imam Masjidil Haram". Minanews.net (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2025-01-20.
  23. "Rekam Jejak Gubernur Sumbar Mahyeldi, Didemo Warga Air Bangis Soal Proyek Strategis Nasional". suara.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2025-01-20.
  24. 1 2 "KJKS, Bukti Mahyeldi Peduli Pelaku Ekonomi Kecil". Inilah. 8 April 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mei 2014. Dicapai pada 20 Januari 2025.
  25. Amri, Arfi Bambani (2013-11-05). "Ini Hasil Pilkada Padang, Harus Dua Putaran". www.viva.co.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2025-03-08.
  26. "Pelantikan Wali Kota Padang tunggu putusan MK". Antara News (dalam bahasa Indonesia). 2014-03-12. Dicapai pada 2025-03-08.
  27. "Target 100 Hari Kerja Benahi Kota Padang". Harian Haluan. 14 Mei 2014. Dicapai pada 2014-05-16. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  28. "Di Tangan Buya M, Pariwisata di Kota Padang Tegak Tali". Sumbarsatu (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-08. Dicapai pada 2020-11-25. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  29. "Buya Mahyeldi Piawai Menggaet Investasi". Analisa kini (dalam bahasa Indonesia). 14 Oktober 2020. Dicapai pada 2025-03-08.
  30. Padang Raih Penghargaan Indonesia’s Attractiveness Award 2015 Diarkibkan 2016-10-10 di Wayback Machine. Harian Haluan. 11 Juni 2015.
  31. "Kota Padang Boyong Tiga Penghargaan Indonesia Attractiveness Award (IAA) 2016". PKS Kabupaten Tangerang. 2016-09-26. Dicapai pada 2025-03-08.
  32. "Padang Raih Penghargaan Kota Terbaik Investasi". PKS Kabupaten Tangerang. 2017-10-01. Dicapai pada 2025-03-08.
  33. "Ini Deretan Daerah Tempat Investasi Terbaik 2018". Tempo (dalam bahasa Indonesia). 2018-09-14. Dicapai pada 2025-03-08.
  34. "Pemerintah Kota Padang Dorong Budaya Bersih Lingkungan" Diarkibkan 2021-05-08 di Wayback Machine. Republika. 11 Januari 2015.
  35. "Legislator Dorong Pemkot Laksanakan Program Padang Bersih" Diarkibkan 2016-06-10 di Wayback Machine. ANTARA. 24 Maret 2015.
  36. "Tingkatkan Kesadaran Warga Kelola Sampah" Diarkibkan 2016-06-02 di Wayback Machine. Padang Ekspres. 7 August 2015.
  37. Sumbar, Antara. "Menata Pengelolaan Sampah di Padang". ANTARA News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-08. Dicapai pada 2020-11-19. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  38. "Pemkot Padang Raih Anugerah Peduli Pendidikan 2015" Diarkibkan 2016-04-12 di Wayback Machine. Republika. 12 Desember 2015.
  39. Jalal, Abdul (2020-09-15). "Wali Kota Mahyeldi Tinjau Kegiatan Bedah Rumah di Kecamatan Koto Tangah". Tempo.co (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-29. Dicapai pada 2020-11-19. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  40. Sumbar, Antara. "Wali kota Padang: Realisasi Bedah Rumah 60 Persen". ANTARA News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-08. Dicapai pada 2020-11-19. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  41. "Keputusan Menteri Dalam Negeri Nomor 120-4761 Tahun 2014 Tentang Penetapan Peringkat dan Status Kinerja Penyelenggaraan Pemerintahan Daerah Secara Nasional Tahun 2013". sumbarprov.go.id (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-08. Dicapai pada 2020-12-03. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  42. https://bulelengkab.go.id/assets/instansikab/94/bankdata/keputusan-mendagri-no-100-53-tahun-2018-13.pdf[pautan mati kekal]
  43. "Kisah Mahyeldi Ansharullah anak tukang becak sekarang jadi orang nomor satu di Sumbar". Antara News Sumbar. 2021-02-28. Dicapai pada 2025-01-21.
  44. Efison, Hendra (2020-11-15). "Kasat Mata: Jalan di Padang Lapang dan Rancak Berkat Mahyeldi". Padek.co (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-15. Dicapai pada 2020-11-25. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  45. "471,16 Km Jalan Lingkungan sudah Dibangun". Posmetro Padang (dalam bahasa Inggeris). 2020-09-29. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-29. Dicapai pada 2020-11-19. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  46. Nugroho, Joko (22 Juni 2018). "Diisukan maju Pilgub Sumbar, ini penegasan Mahyeldi". ANTARA News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-08. Dicapai pada 2021-02-26. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)
  47. "PKS Siapkan 2 Wali Kota Jadi Cagub Sumbar, Ini Nama-namanya". Langgam.id (dalam bahasa Indonesia). 2019-10-30. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-27. Dicapai pada 2021-02-26. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  48. detikcom, Tim. "PKS-PPP Deklarasi Usung Pasangan Mahyeldi-Audy Joinaldi di Pilgub Sumbar". detikcom (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-27. Dicapai pada 2021-02-26. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  49. Kampai, Sulthan Jeka. "Rekapitulasi Pilgub Sumbar Usai, Mahyeldi-Audy Tertinggi dengan 32,43%". detikcom (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-21. Dicapai pada 2021-02-26. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  50. Ika, Aprillia (penyunting). "Mendagri Tito Karnavian Tunjuk Sekda Alwis Jadi Plh Gubernur Sumbar". Kompas.com (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-11. Dicapai pada 2021-02-26. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  51. Amalia, Yunita. Faqih, Fikri (penyunting). "MK Tolak Gugatan Sengketa Pilgub Sumbar Mulyadi-Ali Mukhni". Merdeka.com (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-16. Dicapai pada 2021-02-26. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  52. https://sumbar.antaranews.com/berita/406452/usai-pilgub-2020-mahyeldi-terpilih-jadi-ketua-pks-sumbar
  53. Prabowo, Dani (penyunting). "Resmi Dilantik Jadi Gubernur-Wagub Sumbar, Mahyeldi Ingin Prioritaskan Penanganan Pandemi". Kompas.com (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-25. Dicapai pada 2021-02-26. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  54. "Mahyeldi soal Sumbar Tak Patuh Prokes: Orang Bosan Bermasker". CNN Indonesia (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-08-08.
  55. "Kerap Abai Protokol Kesehatan, Sikap Gubernur Mahyeldi Lawan Covid-19 di Sumbar Dipertanyakan". Padangkita.com (dalam bahasa Indonesia). 2021-07-26. Dicapai pada 2021-08-08.
  56. Teras.id (6 Agustus 2021). Muhtarom, Iqbal (penyunting). "Nol APBD untuk Laboratorium Penyakit Infeksi Unand, Gubernur: Ada Mekanismenya". Tempo.co (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 8 Agustus 2021. Check date values in: |access-date= dan |date= (bantuan)
  57. "Dikritik Tidak Tanggap Tanggulangi Covid-19, Gubernur Mahyeldi: Tidak Apa-apa, Silakan Saja Dikatakan Apa". Padangkita.com (dalam bahasa Indonesia). 2021-07-27. Dicapai pada 2021-08-08.
  58. "PKS dan Gerindra Berkoalisi Usung Mahyeldi-Vasko pada Pilkada Sumbar 2024". Diarkibkan daripada yang asal pada 2024-07-15. Dicapai pada 21 Agu 2024. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  59. Mahyeldi-Vasko Daftar ke KPU Sumbar, Andre Rosiade: InsyaAllah Menang 80%. dari laman web detik
  60. Jeka Kampai (2025-01-10). "KPU Tetapkan Mahyeldi-Vasko sebagai Gubernur-Wagub Sumbar Terpilih". detik.com. Dicapai pada 2026-08-09.
  61. "Salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-11. Dicapai pada 2019-05-11. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  62. "Adhyaksa Dault: Ahok Belajar Dulu ke Wali Kota Risma dan Mahyeldi" Diarkibkan 2016-05-01 di Wayback Machine. Liputan 6. 29 April 2016.
  63. "Mahyeldi Terima Dua Penghargaan Marketeers" Diarkibkan 2016-06-29 di Wayback Machine. 19 Mei 2016.
  64. "Wali kota Padang Terima Penghargaan Sumprimas" Diarkibkan 2016-08-10 di Wayback Machine. Sumbarpost. 29 Mei 2016.
  65. Nugroho, Joko. "Wali Kota Padang terima tanda kehormatan Satyalancana Kebaktian Sosial". ANTARA News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-08. Dicapai pada 2020-11-19. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  66. Irwanto, Deny (2020-11-20). "Dukungan Warga Hantar Mahyeldi Jadi Wali Kota Terbaik". Medcom.id (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-03. Dicapai pada 2020-11-25. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  67. Efison, Hendra (2020-11-19). "Mahyeldi Wali Kota Terbaik Versi Metro TV". Padek.co (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-19. Dicapai pada 2020-11-25. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  68. "Mahyeldi Raih Penghargaan Best Government Officer". Republika Online (dalam bahasa Indonesia). 2020-11-20. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-02. Dicapai pada 2020-11-25. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  69. Efison, Hendra (2020-11-11). "Empat Kunci Sukses Pemko Padang Raih Penghargaan Menteri Keuangan RI". Padek.co (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-10. Dicapai pada 2020-11-25. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  70. "Salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-11. Dicapai pada 2019-05-11. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  71. Laporan Keuangan Pemkot Padang Raih Predikat WTP" Diarkibkan 2017-08-06 di Wayback Machine. ANTARA. 26 Mei 2015.
  72. Marlina, Fitria (2021-02-19). "Mahyeldi Ansharullah, Loper Koran yang Kini Jadi Gubernur Terpilih Sumbar". Kata Sumbar (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2025-01-20.
  73. Mairoli, Indra. "Gubernur dan Wagub Sumbar Terima Satyalancana Pembangunan dan Wira Karya dari Presiden RI - Cakrawala". Gubernur dan Wagub Sumbar Terima Satyalancana Pembangunan dan Wira Karya dari Presiden RI - Cakrawala. Dicapai pada 14 Agu 2026. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  74. "Haluanriau 2013 09 06 by Haluan Riau - Issuu". issuu.com. 5 Sep 2013. Dicapai pada 5 Des 2024. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  75. "Gubernur Mahyeldi Sebut Media Sebar Berita Hoaks, Pemprov Sumbar Sampaikan Permintaan Maaf". Tribunpadang.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-06-01.
  76. Liputan6.com (2023-04-15). "Gubernur Sumbar Mahyeldi Diminta Tak Sembarangan Tuduh Berita Media Hoaks". liputan6.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-06-01.
  77. Redaksi (2023-04-12). "Gubernur Sumbar Izinkan Pejabat dan ASN Pakai Mobil Dinas Selama Lebaran, Ini Alasannya". Padangkita.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-06-01.
  78. Redaksi (2023-04-14). "AJI Padang Minta Gubernur Sumbar Tak Asal Tuduh Hoaks Berita Media". Langgam.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-06-01.
  79. Padang, Singgalang (2023-04-14). "AJI Padang Ingatkan Gubernur Sumbar, Jangan Asal Tuduh Hoaks Berita Media". Portal Berita Singgalang (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-06-01.
  80. Marlina, Fitria (2023-04-15). "AMSI Sumbar Kecam Pelabelan Hoaks Berita oleh Gubernur Sumbar". KlikPositif.com - Media Generasi Positif (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-06-01.
  81. "Salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-25. Dicapai pada 2020-08-08. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  82. 1 2 Agency, ANTARA News (5 Okt 2020). "Keluarga Harmonis". Antara News Sumbar. Dicapai pada 14 Agu 2026. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  83. "Lima Istri Kepala Daerah di Sumbar Gagal Lolos Caleg". Dicapai pada 14 Agu 2026. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  84. 1 2 Redaksi, Tim (23 Feb 2024). "Istri-Anak Gubernur Sumbar Diprediksi Gagal Raih Kursi DPR dan DPRD Sumbar". Dicapai pada 14 Agu 2026. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  85. "Mahyeldi dan Keteladanan Pemimpin" Diarkibkan 2014-04-08 di Wayback Machine. 24 September 2014.
  86. Adib, Holy (1 Feb 2026). "Taufiq Anak Mahyeldi Ungkap Alasan Tak Lagi Jadi Ketua PSI Sumbar". Dicapai pada 14 Agu 2026. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  87. Kampai, Jeka. "Viral Pesta Nikah Anak Gubernur Sumbar Bikin Macet Jalan Lintas Sumatera". detiksumut. Dicapai pada 14 Agu 2026. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  88. Redaksi, Tim. "Gubernur Sumbar Batalkan Resepsi Pernikahan 3 Putranya, Ini Alasannya". CNBC Indonesia. Dicapai pada 14 Agu 2026. Check date values in: |accessdate= (bantuan)

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]