Majlis Daerah Bandar Baharu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Flag of Kedah.svg

Daerah
Kedah Darul Aman
Daerah Bandar Baharu
Pejabat daerah Serdang
Pegawai daerah En Abdul Shukor Bin Abdul Ghani
Kawasan
 - Jumlah 27,126.98 hektar km²
Populasi
 - Anggaran 2010 47,628
 - Kepadatan {{{population_density}}}/km²


Majlis Daerah Bandar Baharu merupakan sebuah Pihak Berkuasa tempatan (PBT) yang diberi kuasa di bawah Kuasa Undang-Undang Kerajaan Tempatan Akta 124 (Peruntukan Sementara) bagi kawasan pentadbirannya. Majlis Daerah Bandar Baharu meliputi keseluruhan kawasan Daerah Bandar Baharu, Ianya merangkumi kawasan seluas 269.3km persegi dan terdiri daripada tujuh mukim iaitu Serdang, Kuala Selama, Sungai Batu, Bagan Samak, Permatang Pasir, Sungai Kecil Ilir dan Relau.

Kawasan Majlis Daerah Bandar Baharu terletak di bahagian selatan Negeri Kedah Darul AMan, bersempadan dengan Daerah Kulim disebelah Utara, Pulau Pinang di sebelah Barat dan Perak disebalh Selatan.

Di kawasan Majlis Daerah Bandar Baharu, sebanyak sembilan pertempatan dikenal pasti iaitu Serdang, Bandar Baharu, Kuala Selama, Lubuk Buntar, Bagan Samak, Sungai Kechil Ilir, Relau, Air Putih dan Permatang Kerat Telunjuk sebagai kawasan yang akan membangun dengan lebih pesat berbanding kawasan lain. Kesemua kawasan ini berkeluasan 2,518.1 hektar.

Seluas 300.0 hektar (11.9%) daripada kawasan pertempatan tersebut merupakan kawasan operasi semasa Majlis Daerah Bandar Baharu diwartakan pada 1 hb Mac 1979 mengikut peruntukan Akta 171.


Majlis Daerah Bandar Baharu[sunting | sunting sumber]

MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU 09800 SERDANG, KEDAH DARUL AMAN

Hotline : 1-700-81-9131

Telefon : 04-407 7264

Fax : 04-407 8873

E-mail : mdbb@mdbb.gov.my

E-mail Aduan : unit_aduan@mdbb.gov.my


Pusat Pentadbiran Dan Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Rancangan awal pihak kerajaan untuk memindahkan pusat pentadbiran kerajaan yang berada di Bandar Baharu ke Serdang telah di tentang oleh penduduk kampung Sungai kecil hilir dan Relau.Namun Selepas pembinaan jalan tar yang melalui kampung Air Putih hingga Relau dan Sungai kecil hilir,mereka mula menyokong cadang tersebut.Bermula tahun 1997,pusat pentadbiran kerajaan mula pindah ke Serdang.Serdang dipilih sebagai pusat pentadbiran yang baru kerana ia terletak di tengah-tengah daerah Bandar Baharu.Ini memumudahkan orang ramai untuk berusan.Bagi melicinkan pentadbiran dan pengurusan hal-hal yang berkaitan dengan kerajaan sama ada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri ataupun kerajaan tempatan, bererapa buah pejabat dan bangunan pentadbiran dan pengurusan kerajaan diwujudkan oleh pihak yang bertanggungjawab di Serdang. Antaranya adalah seperti berikut:

  1. Pejabat Daerah Daerah Bandar Baharu,Serdang
  2. Pejabat Tanah Daerah Bandar Baharu,Serdang
  3. Pejabat Agama Dan Mahkamah Syariah Daerah Bandar Baharu,Serdang
  4. Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu,Serdang
  5. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Bandar Baharu,Serdang
  6. Pejabat Pendaftaran Daerah Bandar Baharu,Serdang
  7. Majlis Daerah Bandar Baharu,Serdang
  8. Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu,Serdang
  9. Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Bandar Baharu,Serdang

Serdang[sunting | sunting sumber]

Sejak perubahan tempat pemerintahan ke Serdang,Serdang semakin pesat berkembang.Semua pejabat kerjaan beroperasi di Serdang.Antaranya Pejabat Daerah dan Tanah,Majlis Daerah Bandar Baharu,Mahkamah Syariah,Pejabat Agama,Jabatan Kebajikan Masyarakat,Balai Polis,Pejabat Pos,Hong Leong Bank Dan Lain lain lagi.Selain daripada itu,pelbagai rancangan telah dilakukan bagi memastikan kemajuan Daerah Bandar Baharu.Contoh terbaru yang boleh dilihat adalah dengan terbinanya Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu,Balai Bomba,Dewan Serbaguna dan Sekolah Menengah Serdang Baru.Projek yang masih belum dilaksanakan adalah pembinaan Masjid Daerah dan Hospital Daerah.

Pautan[sunting | sunting sumber]