Majlis Daerah Kota Belud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pentadbiran Pejabat Daerah Kota Belud adalah satu daripada pentadbiran daerah yang tertua di Negeri Sabah, yang ditubuhkan sejak masa zaman jajahan Kerajaan Kolonial dan menjadi daerah penuh mendahului daerah-daerah lain. Daerah Ranau pernah menjadi sebahagian dari daerah kecil kepada daerah Kota Belud sebelum tahun 1953. Di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kota Belud jugalah, Majlis Daerah yang pertama ditubuhkan di Sabah dalam tahun 1952.

Bangunan Majlis Daerah Kota Belud terletak di atas Bukit Perintah. Terdapat 2 bangunan Sekretariat (Lama dan baru). Di bangunan lama menempatkan beberapa jabatan Negeri dan Persekutuan . Manakala, di bangunan baru pula menempatkan Pejabat Daerah dan Pejabat Penolong Pemungut Hasil Tanah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]