Majlis Daerah Maran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo Majlis Daerah Maran
Majlis Daerah Maran

Majlis Daerah Maran atau singkatan daripada MDM ini telah ditubuhkan pada 1 Januari 1981. Ia merupakan daerah ke 10 bagi Negeri Pahang Darul Makmur. Daerah ini merupakan cantuman dari 4 buah Mukim iaitu Mukim Luit, Chenor, Kertau dan Bukit Segumpal yang merangkumi keluasan kawasan berjumlah 770 batu persegi.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum Daerah Maran diwujudkan, Bandar Maran yang terletak di dalam Mukim Luit berada di bawah pentadbiran Lembaga Bandaran Pekan seperti yang diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri Pahang G.N 380/55 dan kemudian dipinda mengikut G.N 45/68. Berdasarkan takrif Penguasa Tempatan terdapat petempatan bandar ketika itu iaitu Bandar Maran (dibawah tadbiran Lembaga Bandaran Pekan) dan Pekan Chenor (petempatan bandar di Daerah Temerloh).

Bandar Maran dan Pekan Chenor telah menjadi petempatan bandar di Daerah Maran. Lembaga Bandaran Kecil Maran telah ditubuhkan berasingan daripada Lembaga Bandaran Pekan sebagai Penguasa Tempatan untuk mengawal dan memberi perkhidmatan perbandaran ke kawasan dalam lingkungan 1 batu persegi (Pelan Induk Daerah Maran, 1988). Pewujudan daerah baru telah turut meletakkan sebahagian besar kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (pada ketika itu dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Jengka, PKJ) ke dalam Daerah Maran.

Terdapat 3 buah bandar telah dirancang untuk dibangunkan dalam kawasan Wilayah Jengka yang terletak dalam Daerah Maran iaitu Bandar Pusat Jengka, Bandar Barat Daya dan Bandar Tenggara. Jikalau mengikut kepada perancangan asalnya, pada keseluruhannya 60% petempatan bandar di Daerah Maran adalah terdiri daripada bandar-bandar baru di kawasan LKWJ.

Misi dan Visi[sunting | sunting sumber]

  • Misi
  1. Menjadikan Majlis Daerah Maran sebagai sebuah pusat pertumuhan yang dinamik dengan mempelbagaikan kegiatan ekonomi, kemasyarakatan, keagamaan, kebudayaan dan sukan tanpa mengabaikan pengenalan alam semulajadi.
  2. Melahirkan masyarakat yang celik akal budi, berdisiplin, inovasi kuantiti dan produktif.
  • Visi
  1. Menjadikan Majlis Daerah Maran sebagai sebuah kawasan yang indah, membangun, sihat serta selamat.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Mewujudkan satu kawasan dan persekitaran yang bersih, indah dan maju.
  • Mewujudkan kawasan bandar dan desa kemas, tersusun dan selesa.

Fungsi[sunting | sunting sumber]

  1. Mempertingkatkan perkhidmatan dan kemudahan untuk orang ramai.
  2. Memperkukuhkan kewangan Majlis dengan mempelbagaikan punca-punca hasil.
  3. Memperkemaskan jentera pentadbiran Majlis supaya menjadi Pihak Berkuasa Tempatan yang berkesan.
  4. Mempertingkatkan keupayaan Majlis dalam merancang, menyediakan dan melaksanakan program pembangunan sosio-ekonomi.
  5. Memperhebatkan penglibatan masyarakat dalam program pembangunan sosial.

Piagam Pelanggan[sunting | sunting sumber]

Kami berjanji akan memberi perkhidmatan yang berkualiti, cekap, mesra, adil serta berkesan dan memastikan semua perkhidmatan yang diberi mematuhi standard kualiti yang ditetapkan.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

  • Masjid dan surau
  • Dewan orang ramai
  • Stadium mini
  • Pasar
  • Padang permainan
  • Kemudahan chalet

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]