Majlis Daerah Tuaran
Majlis Daerah Tuaran (MDT)[1] ditubuhkan untuk mengurus dan mentadbir kawasan Tuaran dengan fokus kepada pembangunan dan penyediaan perkhidmatan asas. Ia bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk melalui perancangan bandar yang sistematik, penyelenggaraan infrastruktur, dan penguatkuasaan undang-undang tempatan. Dengan kerjasama kerajaan negeri dan persekutuan, majlis ini berusaha untuk memastikan pembangunan yang mampan dan kesejahteraan masyarakat setempat.
Majlis Daerah Tuaran | |
---|---|
Jenis | |
Jenis | Kerajaan Tempatan |
Sejarah | |
Diasaskan | 1 Januari 1958 |
Didahului oleh | Lembaga Daerah Beaufort |
Kepimpinan | |
Pegawai Eksekutif | Jamlin Bin Ladin |
Struktur | |
Ahli | 11 orang ahli majlis |
Moto | |
- | |
Tempat persidangan | |
Peti Surat 580, 89208 Tuaran, Sabah | |
Laman sesawang | |
https://mdtuaran.sabah.gov.my/index.php | |
Perlembagaan | |
Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 | |
sunting |
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Majlis Daerah Tuaran telah ditubuhkan pada 01 Januari 1958 dibawah โRural Government Ordinance Cap. 132โ dan mula berkuatkuasa sebagai Badan Berkuasa Tempatan pada 01 Januari 1962 dibawah Ordinan Kuasa Tempatan 1961 dan Suratcara Majlis Daerah Tuaran 1961.
Keluasan kawasan perkadaran Majlis Daerah Tuaran 15,369 ekar persegi dan merangkumi 4 kawasan pilihanraya.
- Kawasan N.12 Sulaman
- Kawasan N.13 Pantai Dalit
- Kawasan N.14 Tamparuli
- Kawasan N.15 Kiulu
Mempunyai 6 pekan antaranya ialah:
i. Pekan Tenghilan
ii. Pekan Tamparuli
iii. Pekan Kiulu
iv. Pekan Topokon
v. Pekan Berungis
vi. Pekan Tuaran
Pekan Pentadbiran Majlis Daerah Tuaran terletak di pekan Tuaran. Sebelum ini Majlis berpejabat di bangunan Urusetia Kecil Tuaran. Pada tahun 1994, cadangan membina kompleks Pejabat Majlis Daerah Tuaran telah diluluskan dan pembinaan dimulakan, bangunan baru Majlis ini dinamakan bangunan Kompleks Majlis Daerah Tuaran dan telahpun diduduki pada penghujung tahun 1997.
Objektif
[sunting | sunting sumber]- Memantapkan keupayaan dan kapasiti organisasi untuk meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan.
- Berusaha sejahumana yang boleh untuk berdikari dari segi kewangan supaya tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan.
- Memperkasakan tadbir urus organisasi dan pembudayaan nilai-nilai murni ke arah kecemerlangan organisasi.
- Memperkukuhkan pengurusan dan perkhidmatan serta perkhidmatan perbandaran dan kemakmuran.
- Mewujudkan lebih banyak kemudahan dan infrastruktur awam bagi mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat.
- Mempergiatkan pembangunan Bandar dan desa serta memperkukuhkan sosial-ekonomi secara holistik untuk kesejahteraan masyarakat.
- Mempertingkatkan keselamatan dan ketenteraman awam bagi tujuan mengekalkan perpaduan dan keharmonian masyarakat.
Visi dan Misi
[sunting | sunting sumber]Visi
Menjadikan Majlis Daerah Tuaran sebuah PBT yang unggul di Negeri Sabah menjelang tahun 2025. Unggul dari segi pentadbiran, pengurusan, pembangunan dan penyampaian perkhidmatan.
Misi
Memastikan pengurusan, perkhidmatan dan pembangunan yang terancang, bersistematik, cekap dan berkesan bagi kemakmuran masyarakat.
Fungsi
[sunting | sunting sumber]Matlamat
[sunting | sunting sumber]Matlamat utama Majlis Daerah Tuaran adalah untuk memberikan segala kemudahan asas dan infrastruktur kepada orang awam, terutama penduduk luar bandar, supaya dapat mencapai taraf hidup yang lebih sempurna dan sistematik selaras dengan polisi dan rancangan pembangunan kerajaan.
Fungsi Utama Majlis Daerah Tuaran
[sunting | sunting sumber]- Menerima, memproses, dan meluluskan Pelan Pembangunan, Pelan Bangunan, dan Pelan Rumah.
- Memastikan bandar dalam keadaan bersih.
- Merancang, membina, dan menyelenggara infrastruktur dan kemudahan awam.
- Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang sedia ada.
- Mengenalpasti kawasan-kawasan baru untuk dimasukkan ke dalam kawasan percukaian.
- Menerima, memproses, dan meluluskan lesen perniagaan berikut:
- Lesen Pusat Hiburan Awam
- Lesen Pusat Penjagaan Kesihatan dan Kecantikan
- Lesen Pasar
- Lesen Premis Makanan
- Lesen Pusat Penjaja
- Lesen Penjaja Bergerak
- Lesen Salon Rambut
- Lesen Biliard
- Lesen Papan Tanda dan Papan Iklan
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐". mdtuaran.sabah.gov.my. Dicapai pada 2024-12-04.