Majlis Daerah Tumpat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Majlis Daerah Tumpat
Jata
Jenis
Jenis
Sejarah
Diasaskan1 Januari 1979
Kepimpinan
Yang Dipertua
Haji Rusydee Bin Abdullah
Setiausaha Majlis
Hj. Mohd Azwan Bin Ab Rahman
Penolong Setiausaha Majlis
Muhamad Alif Khairi Bin Che Hamat
Moto
Tumpat Bandar Pelancongan
https://mdtumpat.kelantan.gov.my/
  • Jalan Tanjung Kuala,
  • 16200 Tumpat,
  • Kelantan Darul Naim
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Daerah Tumpat merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mentadbir dalam kawasan Jajahan Tumpat di negeri Kelantan Darul Naim. Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan perbandaran kepada penduduk. Ia juga bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan serta pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Majlis Daerah Tumpat ditubuh pada 1 Januari 1979[1] berikutan suatu keputusan dibuat oleh Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan dalam tahun 1973 yang berhasrat supaya pihak-pihak berkuasa tempatan dalam Semenanjung Malaysia disusun semula. Penyusunan semula Penguasa-penguasa Tempatan ini dibuat berpandukan kepada Akta Kerajaan Tempatan, Akta 171 tahun 1976. Sebenarnya sistem Kerajaan Tempatan di Negeri Kelantan Darul Naim ini telah lama wujud. ianya bermula sejak tahun 1907 dengan penubuhan ‘Sanitory Board' di beberapa kawasan di bawah undang-undang ‘Sanitory Board' tahun 1907. Daerah Tumpat seiring dengan Kota Bharu dan Pasir Mas merupakan tiga buah jajahan terawal yang diletakkan di bawah kawalan ‘Sanitory Board' dengan tugas-tugas utama kebersihan, pungutan sampah dan lampu-lampu jalan pada tahun 1914.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Memastikan perkhidmatan bandar yang terbaik dan menyediakan kemudahan awam di seluruh kawasan majlis.
  • Mewujudkan perancangan strategik untuk membangunkan bandar, mengurangkan masalah lalulintas dan pencemaran alam sekitar.
  • Mewujudkan Bandar yang bersih dan indah.
  • Mempertingkatkan kemudahan awam dan menggalakkan sektor pelancongan dan kebudayaan sejajar dengan dasar kerajaan dan aspirasi rakyat.
  • Mempertingkatkan tempat-tempat bersejarah untuk menjadikan daya tarikan pelancong.
  • Mewujudkan perkhidmatan yang efisen dan efektif melalui pemodenan sistem pentadbiran majlis selaras dengan pembangunan ICT.
  • Meningkatkan kawalan penyeliaan pengeluaran lesen perniagaan, Permit,Kelulusan pelan-pelan bangunan dan Projek-projek pembangunan.
  • Memastikan sistem Kewangan Majlis Efektif dan mempunyai Akauntabiliti.
  • Mempertingkatkan Program-program pembangunan kemanusiaan kepada Kakitangan dan penduduk Majlis.

Misi dan visi[sunting | sunting sumber]

Visi Majlis Daerah Tumpat[sunting | sunting sumber]

Ke arah Perbandaran yang unggul sebagai pusat pelancongan dan warisan.

Misi Majlis Daerah Tumpat[sunting | sunting sumber]

Memastikan jajahan Tumpat dikenali sebagai Bandar Pelancongan dan Warisan dengan kawalan pembangunan yang efektif, progresif, makmur dan terunggul.

Jabatan[sunting | sunting sumber]

Terdapat sepuluh jabatan yang terlibat dalam fungsi pentadbiran dan operasi Majlis Daerah Tumpat.

  • Bahagian Perbendaharaan
  • Bahagian Perancangan dan Bangunan
  • Bahagian Pembangunan dan Kejuruteraan
  • Bahagian Perundangan
  • Bahagian Perlesenan, Kesihatan Awam dan Kebersihan
  • Bahagian Penguatkuasaan
  • Bahagian Penilaian dan Pengurusan Harta
  • Bahagian Pentadbiran
  • Bahagian Pusat Setempat (OSC)
  • Bahagian Teknologi Maklumat

Rujukan[sunting | sunting sumber]