Maputo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Maputo
Pemandangan Maputo di Mozambique
Pemandangan Maputo di Mozambique
NegaraMozambique
Keluasan
 • Jumlah346.77 km2 (133.89 batu persegi)
Ketinggian
47 m (154 ft)
Penduduk
(2017)
 • Jumlah1,101,170
 • Kepadatan3,200/km2 (8,000/batu persegi)
Zon waktuUTC+2 (UTC+2)

Maputo (AFA: [mɐˈputu]), yang dahulunya bernama Lourenço Marques sehingga tahun 1976, ialah ibu negara Mozambique dan bandarnya yang mempunyai paling banyak penduduk.[1]

Maputo terletak di bahagian barat Teluk Maputo dekat Estuário do Espírito Santo, dan Sungai Tembe, Umbeluzi, Matola dan Infulene mengalir ke sana. Bandar ini dibahagikan kepada 7 bahagian pentadbiran utama. Maputo beriklim savana tropika (Aw) dan menghampiri iklim BSh bawah pengelasan iklim Köppen. Kawasan tengah Maputo selaras dengan bandar terancang, dengan bongkah segi empat sama dan taman luas dengan peninggalan Portuguese dan seni bina lazim mereka pada 1970-an. Maputo merupakan tempat berbilang kaum. Selama 5 kurun dijajah Portugis, bandar ini mencontohi seni bina Portugis. Maputo menawarkan beberapa pilihan pendidikan dengan pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Maputo ada beberapa hospital dan klinik, termasuk hospital yang paling besar di bandar dan di negara ini, iaitu Hospital Central de Maputo.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kugel, Seth (2014-03-04). "In Search of the 'Real Africa' in Mozambique". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai 2017-12-21.