Mare Fecunditatis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mare Fecunditatis
Mare Fecunditatis.jpg
Mare Fecunditatis
Koordinat7.8° S, 51.3° T
Diameter840 km (520 mi)[1]
EponimLaut Subur

Mare Fecunditatis ("Laut Subur") ialah sebuah mare qamari berdiameter sebesar 840 km. Lembangan Fecuditatis terbentuk semasa epok Pra-Nectaris, sementara bahan lembangan yang mengelilingi mare tersebut terdiri daripada bahan zaman atau epok Nectaris. Bahan mare pula terdiri daripada epok Upper Imbrian dan relatif nipis berbanding Mare Crisium or Mare Tranquillitatis. Lembangan ini bertindih dengan lembangan-=lembangan Nectaris, Tranquillitatis, dan Crisium basins. Lembangan Fecunditatis bertemu dengan lembangan Nectaris basin pada bahagian tepi barat Fecunditatis, dan kawasan zon ini dirintangi graben. Pada tepi timur Fecunditatis terletak Kawah Langrenus, sebuah kawah hentaman. Kawah-kawah Messier A dan B terletak berdekatan bahagian pusat mare Fecunditatis.

Sinus Successus terletak pada bahagian tepi sebelah timur mare.

Sisi dekat qamari menunjukkan mare-mare dan kawah-kawah utama.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Moon Mare/Maria". Gazetteer of Planetary Nomenclature. USGS Astrogeology. Dicapai 2010-08-20.