Pergi ke kandungan

Koninklijke Marechaussee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Marechausee)
Lambang Marechausee di Belanda

Koninklijke Marechausée ialah sebuah pasukan polis yang diasaskan pada zaman penjajahan Perancis ke atas Belanda. Berdasarkan dekri Republik Bataaf yang dibentuk oleh Perancis pada 4 Februari 1803, unit polis Marechausée dibentuk, tetapi tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Pada tahun 1805, sebuah unit Gendarmerie (sejenis briged bergerak) dibentuk. Hanya selepas Republik Bataaf digantikan dengan Kerajaan Belanda bahawa Koninklijke Marechausée dibentuk secara rasmi pada 26 Oktober 1814, berdasarkan Dekri No. 498 yang dikeluarkan oleh Willem I, raja Belanda.

Berdasarkan kenyataan Marechausée sendiri, Marechausée mempunyai sejarah yang sangat panjang, iaitu sejak dari masa Tribunal Konstabel dan Marsyal Perancis di Paris pada tahun 1370. Para konstabel dan marsyal kemudian diserap ke dalam unit Gendarmerie yang merupakan unit polis di Belanda dan Belgium.

Marechausée yang dikenali di Indonesia sebagai Marsose berkembang menjadi sebuah angkatan bersenjata untuk mengamankan wilayah dan jalan raya di Kerajaan Belanda. Selain daripada tugas-tugas kepolisan, Marechausée juga ditugasi untuk membantu angkatan tentera, terutamanya semasa Perang Dunia I (1914 - 1918. Antara lain, Marechausée juga ditugasi oleh Hindia Belanda untuk melawan Si Singamangaraja XII di Sumatera Utara. Pada tahun 1917, Marechausée berjaya mengalahkan dan membunuh Si Singamangaraja XII. Dalam Perang Aceh (1873 -1904), Marechausée menguasai pergunungan-pergunungan dan hutan-hutan rimba Aceh untuk mencari dan mengejar para gerila Aceh.


Tentara Hindia-Belanda
Mardijkers | Marechausée | Rejimen Württemberg | Belanda Hitam | KNIL