Gendarmerie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gendarmes di Lorong Vernet, berhampiran Champs-Élysées, di Paris
Kavalri Pengawal Republikan Perancis, gendarmerie, pada perarakan
Anggota gendarmerie Itali, Carabinieri, sedang melakukan tugas di Florence

Gendarmerie atau gendarmery (/ɛnˈdɑːrməri/ atau /ʒɑːnˈdɑːrməri/) ialah sebuah pasukan tentera yang diberi tugas-tugas polis bagi menjaga ketenteraman awam[1]. Anggotanya dipanggil "gendarmes". Kamus Shorter Oxford English Dictionary menggambarkan gendarme sebagai "seorang askar yang ditugaskan dengan kerja-kerja polis" dan sebuah "gendarmery, -erie" sebagai "sebuah badan gendarmes".

Pasukan polis sivil moden masih mengekalkan gelaran "gendarmerie" atas sebab-sebab sejarah.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Perkataan gendarme berasal daripada Perancis Lama gens d'armes, bermakna lelaki bersenjata. Sewaktu zaman lewat pertengahan hingga zaman awal moden, istilah tersebut dirujuk sebagai askar perisai berkuda keturunan bangsawan, dengan banyaknya berkhidmat didalam tentera darat Perancis (lihat Gendarme (sejarah)). Perkataan tersebut mendapat konotasi kepolisan hanya selepas Revolusi Perancis apabila pihak Maréchaussée dari Rejim Purba dinamakan semula Gendarmerie.

Mengikut sejarah, ejaan dalam bahasa Inggeris ialah gendarmery, tetapi sekarang orang Perancis mengejanya gendarmerie. Kamus Oxford English Dictionary (OED) menggunakan gendarmery sebagai ejaan utama; manakala kamus Merriam-Webster menggunakan gendarmerie sebagai ejaan utama.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Oxford English Dictionary, entry:"gendarme"

Pautan luar[sunting | sunting sumber]