Pergi ke kandungan

Masjid Putra

Masjid Putra
مسجد ڤوترا
Masjid Putra juga dikenali sebagai Pink Mosque di kalangan para pelancong.
Maklumat am
Cabang/mazhabSyafi'e
Mula dibina15 Mac 1996
Siap dibina30 Ogos 2000
Maklumat pentadbiran
ImamYBrs. DR. Muhamad Zakuwa bin Rodzali (Imam Besar)
No DaftarMY-16-WPJ-00001
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
DaerahPutrajaya
NegeriWilayah Persekutuan
LokasiMASJID PUTRA, PUTRAJAYA PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62502, PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN
Koordinat2°56′11″U 101°41′21″T / 2.9363059235358846°U 101.68920610730143°T / 2.9363059235358846; 101.68920610730143
Maklumat pembinaan
Kapasiti jemaah20,000
KosRM250 juta
Laman sesawang
www.masjidputra.gov.my

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Putra ialah sebuah masjid yang terletak di Putrajaya, Malaysia.[1]. Masjid ini merupakan simbolik dan mercu tanda di Putrajaya. Pembinaan masjid ini bermula pada 1997 dan disiapkan dua tahun kemudian pada 1999. Masjid ini terletak bersebelahan dengan Perdana Putra, Pejabat Perdana Menteri Malaysia dan bersebelahan dengan Tasik Putrajaya. Jumlah staf Masjid Putra adalah seramai 35 orang dan diketuai oleh Imam Besar.

Masjid Putra juga dikenali sebagai Pink Mosque di kalangan para pelancong kerana warnanya yang unik.

Sejarah Pembinaan Masjid Putra

[sunting | sunting sumber]

Masjid Putra Putrajaya dibina pada 15 Mac 1996, seiring dengan bermulanya pembangunan fasa pertama pusat pentadbiran kerajaan persekutuan di Putrajaya. Dan ia mula digunakan dengan rasminya pada 30 Ogos tahun 2000.

Masjid Putra merupakan ilham Perdana Menteri Malaysia yang keempat Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ia dinamakan Masjid Putra bagi mengenang jasa Perdana Menteri Malaysia yang pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

Kedudukannya tersohor dikelilingi taman dan tasik ditengah pusat pentadbiran kerajaan persekutuan menjadikan ia mercu kegemilangan sebuah bangsa merdeka, sebuah negara berdaulat yang mengangkat islam sebagai pencetus kejayaan ummah.

Dari arah Jambatan Putra, masjid ini kelihatan terapung-apung di permukaan tasik kerana kedudukannya yang unik di pinggir tasik Putrajaya dan bersebelahan dengan kompleks Jabatan Perdana Menteri menandakan islam menjadi teras pegangan dan amalan kepimpinan Negara Malaysia.

Keseluruhan pembinaan masjid ini berkonsepkan reka bentuk seni bina Parsi zaman kerajaan Safawi yang digabungkan dengan ciri-ciri moden, kotemporari menggunakan pendekatan sains dan teknologi.

Sementara seni bina tradisional dikekalkan bagi mengharmonikan perubahan bentuk segi empat terutama dewan solat kepada bentuk bulat yang terdapat di kubah utama dengan memperkenalkan segi lapan sebagai bentuk perantaraannya.

Seni Bina

[sunting | sunting sumber]

Pintu Gerbang Sebaik sahaja memasuki halaman masjid, tersergam indah sebuah pintu gerbang yang bercirikan seni bina Isvahan menyambut para jemaah dan pelancong yang tiba ke sini.

Kehadiran pelawat akan disambut oleh petugas yang bersedia memberi informasi mengenai masjid dan memandu para pelawat mematuhi adab-adab ketika berada di kawasan masjid sambil menikmati keindahan seni bina Masjid Putra dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Di hadapan terbentang luas halaman terbuka atau Sahn memisahkan pintu masuk dengan ruang solat utama Masjid Putra. Halaman ini dihiasi dengan kolam yang airnya mengalir sepanjang masa seolah-olah menggambarkan kesucian dan kemuliaan akidah islam yang membesarkan Allah Taala Tuhan Pencipta Alam.

Terdapat pepohon Palma yang menghiasi halaman ini menjadikan is sebuah ruang yang ringkas melandai ke ruang utama solat membolehkan berlakunya kesinambungan antara saf di dalam dan di luar yang boleh menempatkan 5000 orang jemaah.


Menara Di sebelah kiri pintu gerbang masjid, terdapat sebuah menara setinggi 116 meter yang berbentuk bintang lapan penjuru menyerlahkan lagi seni bina dan seni reka islam yang unggul. Menara ini juga mempunyai lima tingkat pembahagi melambangkan lima rukun islam dan solat lima waktu.


Kubah Utama

Kubah utama Masjid Putra berwarna merah jambu dengan garis pusat 36 meter dan tingginya 63 meter dari aras lantai dewan solat. Reka bentuknya berasaskan Arabes iaitu ukiran bermotifkan tumbuh-tumbuhan seperti yang terdapat pada kebanyakan kubah masjid di Mesir. Di samping itu, terdapat lapan buah kubah kecil dengan reka bentuk yang sama terletak di empat penjuru masjid. Puncak kubah ini dihiasai dengan ukiran berwarna emas.


Muqarnas

Muqarnas merupakan seni bina kerawang tiga demensi yang dipadukan dengan hiasan kaca yang memancarkan sinar cahaya apabila disinari cahaya lampu. Ukiran muqarnas terletak di bahagian atas keempat-empat penjuru masjid menjadikan suasana panorama lelangit masjid cukup menarik dan tinggi nilai karya seninya.


Mimbar Masjid

Kehebatan dan keunikan Masjid Putra diperteguhkan lagi dengan mimbar masjid yang dibuat mengambil ilham rekaan mimbar masjid di Mesir dan ukiran bermotifkan bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan tempatan. Mimbar masjid menjadi lambang ketinggian dan kemuliaan ajaran islam yang perlu disampaikan dengan penuh hikmah kepada seluruh masyarakat. Di sinilah imam menyampaikan khutbah mengingatkan jemaah supaya melakukan kebajikan dan beramal ibadah serta meninggalkan perkara yang ditegah oleh Allah S.W.T.


Imam Besar Masjid Putra

[sunting | sunting sumber]
  • Tan Sri Dato' Abdul Kader bin Talip

(16 Julai 1999 ~ 15 Julai 2001) (Imam Besar)

  • Tan Sri Dato' Seri Dr. Syaikh Haji Ismail bin Haji Muhammad (1 Disember 2001 ~ 14 Januari 2007) (Timb. Imam Besar)
  • Datuk Haji Abdul Manaf bin Haji Mat (3 September 2007 ~ 28 April 2018)
  • Tuan Haji Ikmal Zaidi bin Hashim (1 September 2019 ~ 30 September 2021)
  • Tuan Haji Salahuddin bin Haji Ghozali

(1 Oktober 2021 ~ Jun 2024)

  • YBrs. DR. Muhamad Zakuwa bin Rodzali

(1 Julai 2024 hingga kini)

  1. "Masjid Putra". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-04. Dicapai pada 2012-05-03.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]