Masjid Rao Rao

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Masjid Rao Rao merupakan sebuah masjid tradisional Minangkabau yang terdapat di daerah Sungai Tarab, Regensi Tanah Datar. Ia terletak di jalan utama Batusangkar ke Bukittinggi.

Masjid Rao Rao mula dibina pada tahun 1901 oleh masyarakat Rao Rao Nagari di atas arahan Datuak Paco Abdurrahman dan siap di bina pada tahun 1918. Pembinaannya menggunakan gaya tradisi dengan pengaruh Parsi dan koloni Belanda.

Masjid Rao Rao memiliki reka bentuk yang unik dan menarik. Masjid Rao Rao memiliki empat lapis atap yang juga dikenali sebagai "tumpang". Atapnya melengkung seperti tanduk dengan tiang yang dikenali sebagai "gonjong" di setiap empat penjuru. Selain itu Masjid Rao Rao memiliki empat pintu, empat tiang seri, dan empat tiang menyokong mihrab, yang mewakili empat suku ethik Nagari Rao Rao, Caniago, Bendang Mandailing, Koto Piliang, dan Patapang Koto Nan Ampek.

Terdapat dua tangga masuk ke Masjid Rao Rao, satu di sebelah kiri dan satu di sebelah kanan. Berhampiran tangga, terapat kolam bagi pengunjung berwuduk dan membasuh kaki.

Bahagian dalam Masjid Rao Rao memiliki marmar hitam baru sementara di bahagian luar tembok masih memiliki seramik perang berbunga yang asal yang dipercayai diimport dari Belanda.

Gempa bumi[sunting | sunting sumber]

Pada Februari 2004 dan March 2006 berlaku gempa bumi yang merosakkan Masjid Rao Rao. Selepas gempa bumi 2006, satu pasukan dari PUSAKA (pusat kajian jagaan senibina Universiti Bung Hatta di Padang) membuat tinjauan dan penilaian mengenai kerosakan. Masjid Rao Rao telah dinilai memerlukan pembaikian serta merta bagi mengelakkan ia daripada roboh.

Baik pulih[sunting | sunting sumber]

Kerosakan akibat gempa bumi menjadi semakin teruk kerana cara dinding batu dan atap Masjid Rao Rao bertindak balas kepada gempa bumi. Kerosakan besar berlaku pada sambungan antara dinding batu dan atap kayu. Oleh itu pasukan PUSAKA memutuskan bahawa selain membaiki kerosakan, sturktur Masjid Rao Rao perlu di perkukuhkan dengan cara yang membantu mengelakkan kerosakan lanjut sekiranya berlaku gempa bumi di masa hadapan.

Pemuliharaan Masjid Rao Rao dilakukan dalam beberapa tahap. Pada peringkat awal, persediaan dan pengambilan pekerja dari pulau Jawa, yang kemudiannya membantu membuang dan meletakkan plaster baru pada retakan. Kemudian batu-bata yang menyokong sturktur atap kayu digantikan, dan struktur tersebut dikukuhkan lagi. Selepas itu alang kayu atap yang rosak akibat beberapa faktor termasuk akibat serangan anai-anai telah diganti baru. Alur konkrit dijadikan kalis air bagi mengelakkan kerosakan lanjut pada dinding dan siling. Langkah berikut adalah membuang plaster dinding dan menyuntik campuran eposi pada rekahan. Selepas itu dinding yang telah diperbaharui diplaster semula dengan menggunakan plaster K 200 yang berkualiti tinggi, sebelum di cat semula.

Selepas kerja-kerja pemuliharaan, Masjid Rao Rao kini kembali selamat untuk digunakan, dan lebih tahan ancaman yang lebih besar di masa akan datang. Selain itu kerja-kerja pemuliharaan juga telah membantu mengeratkan lagi siralturahim di kalangan penduduk di situ.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Heritage Reborn: Rehabilitating The Rao-Rao Mosque pp 28-32; Catrini P. Kubontubuh & Suhadi Hadiwinoto; Majalah Heritage Asia, July-September 2008; Vol 5 No 2; ISSN 1675-6924

Pautan luar[sunting | sunting sumber]