Masjid Sultan Yahya Petra Machang MSYPM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Masjid ini juga dikenali sebagai masjid Sultan Yahya Petra telah dibina pada tahun 1968.Kerja pembinaannya mengambil masa setahun untuk disiapkan.Perletakan batu asas masjid ini telah disempurnakan oleh YAB Tun Abdul Razak bin Husein iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan pada masa yang sama merangkap Menteri Pembangunan dan Luar Bandar pada hari ahad 26 Zulkaedah 1387 bersamaan 25/2/1968. Perasmian masjid ini juga telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Yahya Petra ibni al-marhum Sultan Ibrahim iaitu sultan Kelantan pada hari khamis 22 Muharram 1389 bersamaan 10.4.1969


Binaan

   Masjid ini terdapat satu menara besar berbentuk bujur,empat menara kecil dan dua kubah.Dinding masjid ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dimana terdapat lubang`sisip angin’ di bahagian dinding belakang ruang solat yang dapat melancarkan ruang perudaraan masjid ini.Masjid ini berbentuk segi empat pada keseluruhannya.Terdapat juga tulisan ayat-ayat suci al-Quran dan kalimah Allah didinding masjid ini.Pada bahagian dalam masjid ini terdapat ruang solat tidak bertiang yang merupakan ruang utama di masjid ini. Masjid ini juga berbentuk segiempat.Terdapat juga ruang solat tambahan yang diperbuat daripada batu marmar. Mihrab masjid ini juga berukiran kayu.

Kemudahan

   Masjid ini menyediakan pejabat bagi menguruskan urusan pentadbiran. Selain itu terdapat bilik mesyuarat yang digunakan sebagai tempat perjumpaan ahli AJK masjid. Bilik imam dan bilal turut disediakan sebagai tempat berehat imam dan bilal. Disamping itu,terdapat dewan terbuka yang dijadikan tempat mengadakan aktiviti kemasyaratan dan tempat berbuka puasa semasa bulan ramadhan.
   Rumah bilal dan siak juga disediakan bagi salah satu kemudahan kepada mereka. Terdapat juga rumah imam muda dan tua. Masjid ini turut menyediakan tempat parking berbumbung hanya istimewa untuk AJK masjid sahaja. Di samping itu terdapat tempat parking yang melebihi 20 kenderaan pada satu masa Terdapat juga pengawal keselamatan di masjid ini.Selain itu,terdapat juga dua dewan utama yang digunakan untuk solat.

Keistimewaan

   Masjid ini terdapat satu bangunan dimana di tingkat atasnya dijadikan sebagai tempat untuk kelas bimbingan al-Quran dan fardhu ain. Pada kebiasaannya di bulan ramadhan masjid ini akan menyediakan juadah berbuka secara percuma kepada para jemaah

Lokasi

   Masjid ini berada di dalam bandar Machang.Kedudukan masjid ini ialah terletak di kawasan strategik iaitu di pusat bandar Machang. Masjid ini juga berada di persimpangan jalan antara Kuala Krai-Pasir Putih, Tanah Merah dan Kota Bharu.

Dirasmikan Oleh

   DYMM Sultan Yahya Petra ibni al-marhum Sultan Ibrahim, Sultan Kelantan


Masjid ini memenangi Masjid Terbaik Malaysia kategori Masjid Daerah dalam Anugerah Masjid Malaysia 2014.