Pergi ke kandungan

Mata kail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mata kail yang pelbagai jenis, saiz dan bentuk

Mata kail adalah salah satu alat digunakan untuk menangkap atau memancing ikan yang paling diketahui, biasanya sebagai tempat untuk menaruh umpan.

Ia awalnya dibuat daripada tulang atau kayu keras pada zaman dahulu. Pada masa kini bermacam-macam mata kail sudah dapat dibuat dari berbagai macam logam keras seperti dari besi (yang diberi lapisan chrome), besi waja atau bisa juga dengan campuran bahan logam lainnya misalnya dari bahan karbon.

Mata kail mempunyai bentuk dan ukuran yang beragam bergantung kepada spesifikasi pembuat, di mana ukuran besar-kecil ia biasanya dibezakan dengan menggunakan pengredan nombor. Namun begitu bentuk mata kail yang dihasilkan pembiuat tersebut akan sentiasa konsisten.

Anatomi mata kail
Simpul Palomar, jenis simpul yang biasa digunakan untuk menyambungkan tali tangsi pada mata kail

Mata kail boleh dibahagikan kepada bahagian berbeza dari belakang ke hadapan:[1]

  • Lubang atau telinga (eye) ialah gelung bulat di bahagian belakang untuk mengikat tali pancing dengan simpulan, dan (biasa) menerima daya tarikan daripada tali.
  • Teras (shank) ialah bahagian batang yang (biasanya) lurus pada mata kail, yang menyalurkan daya tarikan daripada tali ke luyut.
  • Luyut (bend) ialah bahagian di mana mata kail melengkung semula dari teras.
  • Cangkuk (barb) ialah pacak kecil yang menghala ke belakang (dibandingkan dengan mata utama) yang mencengkam tisu ikan di sekelilingnya dan menghalang mata kail daripada tertarik keluar dari tempat cangkukan. Mata kail yang tidak mempunyai cangkuk dikatakan tidak bercangkuk.
  • Mata hujung (point) ialah bahagian paling hujung di mana cangkuk menirus menjadi tajam, tembus dan tertanam di dalam tisu ikan.

Jarak tegak di antara mata hujung dan lengkung dalam paling hadapan pada luyut dikenali sebagai tusuk (bite) menunjukkan kedalaman maksimum mata kail boleh tertanam atau tersangkut. Lebar bukaan di antara mata hujung dan teras pula dikenali sebagai jurang (gap), yang menentukan ketebalan tisu yang boleh ditangkap oleh cangkuk tersebut.

  1. ^ "Fungsi dan Asas Mata Kail". JOMNGAIL. 18 Oktober 2011.