Matlamat Pembangunan Milenium

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Matlamat Pembangunan Milenium adalah lapan matlamat yang dipersetujui oleh 192 buah negara ahli PBB untuk dicapai menjelang tahun 2015.

Matlamat Pembangunan Milenium terbit dari "matlamat pembangunan antarabangsa" Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi OECD[1], dan secara rasminya diasaskan pada Kemuncak Milenium pada 2000, yang disertai 189 pemimpin dunia yang menggunapakai Perisytiharan Milenium Pertubuhan Bangsa Bersatu, dan di situ pelan tindakan lapan matlamat telah diperkenalkan.

Matlamat[sunting | sunting sumber]

Matlamat Pembangunan Milenium pada asalnya dikebangkan oleh OECD dan diterangkan dari lapan bab Perisytiharan Milenium Pertubuhan Bangsa Bersatu, yang ditandatangani September 2000. Lapan matlamat itu dinaikkan semula dalam Kemuncak Milenium termasuklah:

  1. Membasmi kemiskinan tegar dan kebuluran
    • Mengurangkan setengah daripada perkadaran bagi orang yang berpendapatan satu dolar A.S. sehari.
    • Mengurangkan setengah daripada perkadaran bagi orang menderita kebuluran.
  2. Mencapai pendidikan asas sejagat
    • Memastikan semua kanak-kanak lelaki dan perempuan melengkapkan sepenuhnya persekolahan asas atau rendah.
    • Peningkatan kemasukan hendaklah disertai dengan usaha untuk memastikan semua kanak-kanak berada di sekolah dan menerima pendidikan bermutu tinggi
  3. Meningkatkan persamaan jantina dan memberikan kuasa kepada wanita
    • Menyingkirkan ketaksamaan jantina dalam pendidikan rendah dan menengah pada 2005 dan di semua peringkat pada .
  4. Mengurangkan kematian kanak-kanak
    • Mengurangkan kadar kematian di kalangan kanak-kanak di bawah usia lima tahun pada kadar dua per tiga.
  5. Mempertingkatkan kesihatan ibu mengandung
    • Mengurangkan tiga suku nisah kematian ketika mengandung dan bersalin.
  6. Memerangi HIV/AIDS, malaria, dan penyakit lain
    • Membasmi atau mula membalikkan penyebaran HIV/AIDS.
    • Membasmi atau mula membalikkan jangkitan malaria dan penyakit utama lain.
  7. Memastikan kemapanan alam sekitar
    • Menyepadukan prinsip pembangunan mapan kepada polisi dan rancangan negara; membalikkan kehilangan sumber alam.
    • Mengurangkan separuh dari kadar manusia tanpa saluran mapan kepada air minum.
    • Mencapai kenaikan ketara dalam kehidupan sekurang-kurangnya 100 juta penduduk kawasan sesak, menjelang 2020.
  8. Membangunkan kesepakatan global bagi pembangunan
    • Membangunkan sistem perdagangan terbuka dan kewangan yang berasaskan peraturan, mudah diramalkan dan tiada diskriminasi. Termasuk tumpuan kepada pemerintahan yang baik, pembangunan dan penguranan kemiskinan - secara kebangsaan atau antarabangsa.
    • Mengetahui keperluan negara yang paling kurang membangun. Ini termasuklah bebas tarif dan bebas kuota bagi eksport mereka; mempertingkatkan perlepasan hutang bagi negara miskin yang mempunyai hutang banyak; membatalkan hutang rasmi dua pihak, dan lebih lagi bantuan pembangunan rasmi bagi negara yang komited untuk mengurangkan kemiskinan.
    • Mengetahui keperluan negara yang tidak berpantai atau negara pulau.
    • Berurusan secara menyeluruh dengan masalah hutang negara membangun melalui ukuran negara dan antarabangsa untuk membuatkan hutang lebih mapan bagi jangka panjang.
    • Bekerjasama dengan negara membangun, membangunkan kerja yang sesuai da produktif bagi warga muda.
    • Bekerjasama dengan pihak perubatan, menyediakan kemudahan untuk penyediaan dadah (ubat) bagi negara membangun.
    • Bekerjasama dengan sektor swasta, membuat faedah dari teknologi baru - terutama teknologi maklumat dan komunikasi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ OECD Development Co-operation Directorate - About the Millennium Development Goals

Pautan luar[sunting | sunting sumber]