Mebibait

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kuantiti bait
Awalan SI Kegunaan sejarah Awalan perduaan
Simbol
(nama)
Nilai  Simbol  Nilai Simbol
(nama)
 Nilai 
kB (kilobait) 10001 = 103 KB 10241 = 210  KiB (kibibait) 210
MB (megabait) 10002 = 106 MB 10242 = 220  MiB (mebibait) 220
GB (gigabait) 10003 = 109 GB 10243 = 230  GiB (gibibait) 230
TB (terabait) 10004 = 1012 TB 10244 = 240  TiB (tebibait) 240
PB (petabait) 10005 = 1015 PB 10245 = 250  PiB (pebibait) 250
EB (eksabait) 10006 = 1018 EB 10246 = 260  EiB (eksbibait) 260
ZB (zetabait) 10007 = 1021 ZB 10247 = 270  ZiB (zebibait) 270
YB (yotabait) 10008 = 1024 YB 10248 = 280  YiB (yobibait) 280

Mebibait (singkatan untuk mega binary byte dalam bahasa Inggeris) ialah unit maklumat atau storan komputer yang mempunyai simbol MiB.

1 MiB = 220 bait = 1,048,576 bait = 1,024 kibibait
1 MiB = 1024 (= 210) kibibait (KiB), dan 1024 MiB adalah tepat sama dengan satu gibibait (GiB).

Mebibait adalah berkait rapat dengan megabait (MB) yang boleh merupakan:

  1. sinonim kepada mebibait;
  2. 106 bait = 1,000,000 bait; atau
  3. 1,000 kali 1,024 bait (misalnya cakera liut 1.44 MB);

bergantung kepada konteksnya (sila lihat awalan perduaan untuk latar belakangnya). Ketiga-tiga angka ini adalah agak berkait rapat, tetapi kesilapan antaranya telah mengakibatkan kekeliruan pengguna serta juga pertikaian undang-undang. Terdapat juga masa yang misalnya, saiz fail yang tepat diperlukan atau betapa banyak ruang yang tepat masih tinggal dalam sesuatu peranti storan.

Mebibait telah ditakrifkan oleh Suruhanjaya Elektroteknik Antarabangsa (IEC) pada bulan Disember 1998. Penggunaan mebibait dan unit-unit berkait telah diberikan sokongan yang kuat oleh IEEE dan CIPM, akan tetapi tidak diterimaguna secara meluas oleh industri mahupun oleh para veteran komputer. Keadaan ini mempunyai alasan yang baik kerana banyak orang yang bekerja dalam industri itu berpendapat bahawa istilah 'mebibait' dan 'gibibait' adalah tatatanda yang bukan sahaja tidak diperlukan tetapi juga boleh mengakibatkan kekeliruan tambahan yang sia-sia. Menurut pendapat ini, istilah 'Megabait' dan 'Gigabait' harus merujuk kepada versi-versi asas 2, iaitu masing-masing 220 dan 230, sebagaimana yang telah digunakan pada masa lampau. Mereka juga berpendapat bahawa orang-orang yang menggunakan versi-versi asas 10 telah keliru tentang pengertian istilah yang sebenar kerana asas 10 tidak banyak bermakna dalam bidang elektronik dan pengkomputan yang pada keseluruhannya merupakan sebuah dunia perduaan. Walau bagaimanapun, unit-unit asas 10 masih digunakan secara meluas apabila membincangkan saiz-saiz cakera, dan juga digunakan dalam bidang perangkaian dan telekomunikasi di seluruh dunia.

Mibibait sering disalah eja, mungkin kerana "i" dalam singkatannya atau kerana kekeliruan tentang bagaimana awalan-awalan yang lain (iaitu "kibi" dan "gibi") dibentuk. "i" dalam MiB sebenarnya berasal daripada hujung awalan. Tebi- dan pebi- disingkatkan kepada Ti- dan Pi- dengan cara yang sama, akan tetapi kedua-dua ini jarang disalah eja kerana saiz-saiz storan (dan istilah-istilah yang sepadan) yang sebegini besar hanya terdapat dalam keadaan-keadaan yang khusus.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]