MediaWiki:Allmessagestext

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ini adalah senarai kesemua pesanan yang ada dalam MediaWiki: ruang nama, yang dibuat selepas 18 Disember 2005, sewaktu MediaWiki memudahkan atur caranya supaya menjadi lebih mesra pengguna.

Senarai pesanan asal masih berada di Wikipedia:Teks ruangnama MediaWiki. Anda boleh membacanya dengan lebih lanjut di ruang nama MediaWiki. Untuk membuat pesanan khas yang baru, mulakan halaman baru di ruang nama MediaWiki. Tajuknya harus mengandungi awalan "MediaWiki:", diikuti dengan nama pesanan anda.

Terdapatnya dua cara utama untuk memasukkan pesanan ke dalam halaman, iaitu subst dan msg.

  • subst menggantikan teg templat dengan teks templat secara kekal dalam halaman yang dibubuhkan teg itu, sewaktu anda menyimpan halaman. subst amat sesuai untuk pesanan yang kekal dan tidak akan berubah. Ini amat sesuai untuk pesanan seperti pesanan selamat datang kepada pengguna baru serta amaran kepada pelaku musnah kerana ini lebih bersifat keperibadian.
  • msg mengambil teks daripada templat cuma sewaktu anda membukakan halaman yang mengandungi teg templat itu (en:transclusion). Oleh itu, sewaktu anda mengemaskinikan templat yang berkaitan, kesemua halaman yang mengandungi templat itu akan berubah tanpa anda mengemaskinikan setiap halaman yang mengandungi templat itu. msg amat sesuai untuk halaman yang akan wujud lama.