Membranofon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Gendang Nusantara, contoh alat muzik membranofon.

Membranofon ialah sebarang alat muzik yang menghasilkan bunyi terutamanya melalui membran diregang yang bergetar. Ini adalah salah satu daripada empat bahagian utama alat muzik dalam pegelasan alat muzik Hornbostel-Sachs.

Subjenis[sunting | sunting sumber]

Sistem pengelasan alat muzik Hornbostel-Sachs membahagikan membranofon dalam suatu taksonomi berangka berdasarkan gaya bunyi dihasilkan:

  • 21: dengan memukul kulit gendang dengan tangan atau objek (bentuk yang paling biasa, termasuk timpani);
  • 22: dengan menarik tali yang diikat pada kulit gendang (biasa bagi gendang India, dan dapat dianggap sebagai contoh kordofon juga);
  • 23: dengan menggosok kulit gendang dengan tangan atau objek (biasa dalam muzik tradisional Ireland, contohnya bodhran);
  • 24: dengan mengubah suai suara melalui membran yang bergetar (bentuk yang tidak lazim, termasuk kazoo).[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Glossary#Membranophone". Essentials of Music. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Januari 2007. Dicapai pada 22 Januari 2007.