Menara penyejuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Draf asli menara hiperboloid penyejuk basah di Stesen Kuasa Didkot (UK)
Draf asli menara penyejuk "penyamaran" berhampiran Dresden (Jerman)

Menara penyejuk adalah peranti membuang haba yang digunakan untuk memindahkan haba buangan proses ke atmosfera. Menara penyejuk boleh menggunakan sama ada penyejatan air untuk membuang haba proses dan menyejukkan bendalir kerja untuk menghampiri suhu udara basah atau, bagi kes menara penyejuk kering litar tertutup, kebergantungan hanya kepada udara untuk menyejukkan bendalir kerja untuk menghampiri suhu udara kering.

Kegunaan bias termasuklah menyejukkan air kitaran yang digunakan dalam pusat penapisan minyak, loji petrokimia dan bahan kimia lain, stesen kuasa terma dan sistem HVAC untuk menyejukkan bangunan. Jenis utama bagi menara penyejuk adalah draf asli dan draf teraruh. Pengelasan ini adalah berasaskan aruhan udara ke dalam menara.

Menara penyejuk boleh terbina dari unit kecil berbumbung biasa hinggalah struktur hiperboloid yang sangat besar yang boleh mencecah sehingga 200m tinggi dan 100m pada garis pusat, atau struktur petak yang boleh melebihi 40m tinggi dan 80m panjang. Menara penyejuk hiperboloid sering dikaitkan dengan loji kuasa nuklear, walaupun jenis ini sering digunakan untuk loji kimia dan industri lain. Walaupun menara besar ini sangat jelas kelihatan, kebanyakan menara penyejuk adalah lebih kecik, termasuklah unit yang dipasang pada atau berhampiran dengan bangunan yang perlu dibuang haba daripada pendingin hawa.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]