Mikrometer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Satu mikrometer ialah 1 × 10-6 daripada semeter (awalan Standard SI "mikro" = 10-6); yakni 1 per sejuta daripada semeter (atau 1/1000 milimiter, atau kira-kira 0.000039 inci). Simbol unit baginya di dalam Sistem Unit Antarabangsa (unit SI) ialah µm. Ia juga boleh ditulis sebagai um jika huruf bahasa Yunani tidak disokong.

Mikrometer ialah unit yang biasa digunakan dalam mengukur panjang gelombang bagi sinaran inframerah dan juga saiz sel dan bakteria.

Simbol bagi awalan SI mikro- (µ) diambil daripada abjad Yunani; mu dalam huruf kecil (μ). Kini, ia mempunyai titik Unikodnya sendiri yang berbeza daripada titik Unikod bagi abjad Yunani mu untuk mengiktiraf kepentingan semantiknya. Kedua-dua aksara ini biasanya ditulis dengan tulisan yang sama dalam kebanyakan fon, jadi kebanyakan pengguna tidak perasan akan perbezaannya.

Penyeragaman ISI[sunting | sunting sumber]

Istilah mikron dan simbolnya µ yang melambangkan mikrometer telah diterima secara rasmi di antara 1879 hingga 1967, tetapi ia ditarik balik secara rasmi pada 1967.

Namun begitu, istilah "mikron" masih lagi menjadi istilah yang digunakan secara meluas berbanding "mikrometer" di kebanyakan negara berbahasa Inggeris dalam bidang sains akademik (termasuk geologi, biologi, fizik dan astronomi) dan sains gunaan (seperti pemesinan, industri semikonduktor dan industri pembuatan plastik).

Tambahan pula dalam Bahasa Inggeris Amerika penggunaan "mikron" boleh membezakannya dengan mikrometer, satu alat mengukur, kerana nama unit ini dalam ejaan Amerika adalah satu homograf dengan nama alatan ini. Istilah "mikron" masih lagi digunakan secara meluas dalam negara berbahasa Inggeris.