Min Malik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mehrzad Yasmin Malik binti Abdul Malik (lahir 27 Ogos 1978) atau lebih dikenali sebagai Min Malik adalah merupakan seorang penyanyi pop yang terkenal pada tahun 1995 dengan lagu hitsnya ketika itu seperti Flora Cinta dan Perjalanan Duka. Namun setelah itu beliau kemudian bersara dan terus menyepikan diri daripada industri seni muzik tanah air.

Min Malik
Nama lahirMehrzad Yasmin Malik binti Abdul Malik
Kelahiran (1978-08-27) 27 Ogos 1978 (umur 45)
Kuala Lumpur, Malaysia
GenrePop, Jazz, Klasik.
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1988 - 2006
Syarikat rakaman
Denoris Records, Epic Sony, Dragon Records
Pengkarya berkait
Ary Malik

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Anak ketiga dari empat adik beradik, anak kelahiran ayah dari Kelantan iaitu Kolonel Abdul Malik Bin Mohd Alwi (Bersara) dan ibu dari Sarawak iaitu Allahyarhamah Attariah Binti Datuk Haji Rakawi, beliau telah menunjukkan minat dalam nyanyian pada umur muda 8 tahun. Sebagai ahli Operafest Children's Choir and Theatre beliau mengasah bakat dengan persembahan-persembahan di serata dunia termasuk di Holland, Wales, Amerika Syarikat dan England.

Min juga minat dunia lakonan dan telah melibatkan diri dengan dunia teater termasuk kerja-kerja menjayakan pementasan Melodi Kota, Cindai, Primadona dan Kuala Lumpur.

Minat Min pada seni persembahan boleh dilihat pada latarbelakang akademiknya yang merangkumi, sijil, diploma dan sarjana muda berkaitan dengan seni persembahan dan musik. Beliau juga berjaya mencapai Gred 8 vokal dan Gred 5 teori dari Associated Board of the Royal Schools of Music.

Beliau juga merupakan adik kepada bekas pelakon dan pengacara Ary Malik yang meninggal dunia pada Februari 2017 akibat penyakit kanser ovari yang dihidapinya sejak Mei 2016. Beliau sempat berasa kesal apabila ketika kakaknya itu sedang bertarung dengan penyakit, terdapat beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab mengatakan kakaknya sudah meninggal sedangkan Ary pada ketika itu masih hidup sehinggalah beliau akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada Februari 2017.

Karier[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan karier seninya sebagai artis rakaman pada tahun 1995 dan yang kemudian menerbitkan album studio sulungnya berjudul Flora Cinta dimana single utamanya iaitu Flora Cinta berjaya menaikkan nama beliau sebagai penyanyi baharu pada ketika itu. Pada tahun 1995 beliau terlibat sebagai anggota kumpulan Next 7 yang ditaja oleh NHK. Semasa menjadi anggota kumpulan ini anggota Next 7 telah membuat pertunjukan di Tokyo (3 kali), Shanghai, Bangkok, dan Hong Kong.

Sebagai pegawai tentera yang bertugas di Badan Kesenian Tentera Darat, Min lebih cenderung untuk mengasah bakat anggota BKTD yang merangkumi penyanyi, pemusik, penari-penari dan anggota-anggota yang terlibat dengan bidang teknikal dan logistik. Dengan itu beliau kurang melibatkan diri dengan persembahan dan juga telah menolak tawaran untuk bergiat kembali sebagai artis. Beliau juga pernah ditawarkan oleh pihak Astro untuk menyertai Gegar Vaganza namun, oleh kerana statusnya kini sebagai penjawat awam tidak memungkinkan beliau untuk kembali sebagai penyanyi selain mengganggap dirinya bukanlah penyanyi komersil yang terkenal untuk kembali aktif.

  • 2011 -
    • Kapten, Cawangan Sumber Manusia Tentera Darat (Pengarah Persembahan, Badan Kesenian Tentera Darat)
      • Menganggotai Askar Wataniah : 02.03.2011
      • Tarikh menerima tauliah sebagai Leftenan Muda, Bn Ketiga, Regimen 515 : 21.02.2013
      • Tarikh dikerahkan sebagai pegawai Tentera Darat menganggotai Kor Perkhidmatan Am (Perhubungan Raya) : 01.08.2014
      • Tarikh YO : 09.02.2015 - 09.06.2015
      • Tarikh pkt Lt : 01.08.2016.
      • Tarikh G3 : 16.01.18 - 13.04.18.
      • Tarikh Lt - Kapt Bertulis : 06-10.07.20
      • Tarikh Lt - Kapt Amali : 07-10.09.20
      • Tarikh serap : 25.09.2019.
      • Tarikh dipakaikan pkt Kapt : 30.12.2020
      • Tarikh Kapt sebenar : 25.09.2022
  • 2007 - 2014 Pensyarah Dasein Academy of Arts, Pensyarah Kreatif untuk Jabatan Animasi dan Jabatan Komunikasi Massa
  • 2006 - 2008 Pembantu Penyelidik - Max Planck Institute of Evolutionary Anthropology, Jakarta
  • 2005 - 2006 Fulbright Scholar - Foreign Language Teaching Assistant, Linguistics Department, University of Delaware, Amerika Syarikat
  • 2004 - 2005 Pensyarah Sambilan Lakonan dan Improvisasi Dasein Academy of Arts
  • 2002 - 2004 Tutor Teori dan Nyanyian, Classicomm Vocal Studio, Kuala Lumpur
  • 1998 - 2003 Tutor English/Diction , Centre for Continuing Education, Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Pelajaran[sunting | sunting sumber]

  • Universiti Putra Malaysia (2004) B. Music (Performance)
  • Associated Board of the Royal Schools of Music, London Vocal Grade 1 - 8
  • Associated Board of the Royal Schools of Music, London Theory Grade 1 - 5
  • Institut Teknologi Tun Abdul Razak, Certificate in Vocal Performance (1994)
  • Institut Teknologi Tun Abdul Razak, Diploma in Performing Arts (1994)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  • Next 7 (1995) Epic Sony Japan
  • Kaseh Bersemi (Denoris Records; unreleased)
  • Soalnya Bisa (2000) Dragon Records)

Single[sunting | sunting sumber]

  • "Flora Cinta" (1995)
  • "Perjalanan Duka" (1995)

Persembahan: Lakonan dan Nyanyian[sunting | sunting sumber]

  • 1988 - 1992 Operafest Children’s Choir/Theatre
    • persembahan koir
      • Malaysia
      • Holland (Arnhem Music Festival)
      • Wales (Music Festival)
      • USA (Indiana dan Los Angeles)
      • London, United Kingdom
    • persembahan teater
      • South Pacific
      • Show Boat
  • 1996- 2003
    • Theater
      • Melodi Kota (Malay – Musical)
      • Cindai (Malay – Historical)
      • Primadona (Malay – Musical)
      • Kuala Lumpur (Malay – Musical)
      • Monologues (English)
      • Lysistrata Readings (English)
  • 1995 - 2006
    • Flora Cinta Denoris Records & Sony Distribution
    • Next 7 Epic Sony Japan
    • Kaseh Bersemi (Denoris Records; unreleased)
    • Soalnya Bisa (Dragon Records)
  • 2007 -
    • Penterjemah Skrip (Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu) untuk pelbagai program alih bahasa (termasuk Cartoon Network, National Geographic, dan Star World)
    • Penterjemah Lagu (Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu) dan Penyanyi lagu yang telah di alih bahasa untuk pelbagai produksi alih bahasa (termasuk Disney dan Nickelodeon)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Acara Kategori Karya dicalonkan Keputusan
1996 Anugerah Industri Muzik ke-3 Artis Baru Terbaik (Wanita) Flora Cinta Tercalon

https://instagram.com/min.malik?utm_medium=copy_link[sunting | sunting sumber]