Mirrors (filem (2008)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mirrors ialah sebuah filem seram supernatural Amerika 2008 yang diarahkan oleh Alexandre Aja, dibintangi oleh Kiefer Sutherland, Paula Patton, dan Amy Smart. Filem ini pertama kali diberi tajuk Into The Mirror, tetapi nama itu kemudian ditukar kepada Mirrors. Penggambaran bermula pada 1 Mei 2007, dan ia ditayangkan di pawagam Amerika pada 15 Ogos 2008.

Filem ini pada asalnya ditulis sebagai pembuatan semula langsung filem seram Korea Selatan 2003 Into The Mirror. Bagaimanapun, sebaik sahaja Aja dibawa masuk dan membaca skrip, dia tidak berpuas hati dengan butiran cerita asal itu. Dia memutuskan untuk mengekalkan idea asas film asal Yang menlibatkan cermin, dan untuk menggabungkan beberapa babaknya, tetapi sebaliknya mencipta cerita dan skrip baharu untuk versi filemnya. Sekuel bertajuk Mirrors 2 telah dikeluarkan pada tahun 2010.