Miss Aminah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Aminah Raden Nani atau lebih dikenali sebagai Miss Aminah (19 Januari 1919 – 6 November 2000) merupakan seorang penyanyi lagu raya pertama pada 1936 dari Singapura.[1]

Miss Aminah
Miss Aminah pada 1930an
Kelahiran
Aminah Raden Nani

(1919-01-19)19 Januari 1919
Meninggal dunia6 November 2000(2000-11-06) (umur 81–82)
Sebab kematianAngin Ahmar
Nama lainMak Minah, Aminah Nani
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1924–2000
IbuCatherine De Bress/Fatimah Abdullah
BapaRaden Nani

Kehidupan Awal[sunting | sunting sumber]

Miss Aminah Nani dilahirkan di Singapura pada 19 Januari 1919 merupakan seorang primadona Sri Panggung Bangsawan. Bapanya Raden Nani merupakan seorang penggiat Bangsawan, manakala ibunya Catherine De Bress seorang Serani yang memeluk agama Islam dan menukar nama kepada Fatimah Abdullah.[2][3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Miss Aminah merupakan individu pertama yang menyanyikan lagu bertemakan hari raya di tanah Melayu. Lagu berjudul "Selamat Hari Raya" itu dicipta oleh Tengku Ali Basha yang dirakamkan pada tahun 1936 melalui rekod HMV. Lagu berkenaan dirakam oleh HMV (His Master’s Voice) pada tahun 1936. HMV juga pernah dikenali sebagai ‘Chap Anjing’ (Dog Label) ketika itu masih zaman jajahan British.[4]

Miss Aminah memulakan karier dalam bidang bangsawan ketika di usia lima tahun kerana ketika itu perlu menggantikan tempat seorang kanak-kanak lain yang bernama Ainon Chik yang sedang sakit demam apabila disuruh oleh bapanya.

Aminah Nani dengan Minah Yem keduanya pelakon bangsawan yang pernah menjadi Sri panggung di pentas Bangsawan. Miss Aminah telah menghabiskan lebih 60 tahun sebagai seorang anak seni.

Lalu, minat beliau dalam bidang bangsawan terus berputik hinggakan pada tahun 1942, ketika berusia 23 tahun, digelar sebagai Sri Panggung Bangsawan. Dari situ, anak kelahiran Singapura ini kemudiannya terus bergerak aktif dalam bidang seni di Malaya sebelum menetap di Pulau Pinang dengan menjadi tenaga pengajar kepada pelajar dan kakitangan USM dalam seni bangsawan. Selain itu beliau juga banyak mengajar dan menjadi penasihat seni bangsawan di serata Malaya.

Menurut Noraza Hj. Abdul Aziz, walaupun berasal dari Singapura, Miss Aminah diterima dengan baik semasa berada di Pulau Pinang. Sikapnya peramah, baik hati dan kaya budi bahasa. Selama 43 tahun menetap di Kampung Makam, Miss Aminah menganggap tempat itu seperti tanah tumpah darahnya sendiri. Selain itu, Miss Aminah juga merupakan seorang yang aktif dalam bidang politik dengan penglibatannya bersama Pergerakan Wanita UMNO Pulau Pinang.[5]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Meninggal Dunia[sunting | sunting sumber]

Aminah Nani atau lebih popular dengan panggilan Mak Minah ini akhirnya meninggal dunia pada 6 November 2000 selepas diserang Angin Ahmar sejak 13 Oktober 2000.[6][7][8][9]

Buku Biografi Allahyarhamah[sunting | sunting sumber]

Empat tahun kemudian selepas kematian Allahyarhamah, Pada tahun 2004, Kementerian Kebdayaan, Kesenian & Warisan Malaysia pernah menerbitkan buku ‘Biografi Primadona Bangsawan Aminah Nani’, karya Noraza Hj. Abdul Aziz, seorang penyelidik dan pengkaji budaya, dari Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Pulau pinang. Selepas hampir berpuluh tahun bergelumang sebagai anak wayang dan melatih golongan pelapis bangsawan.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Faez, Ahmed (2021-05-13). "Terkenal Sebagai Penyanyi Lagu Raya Pertama Di Nusantara, Ini Kisah Ringkas Miss Aminah | BuzzKini". https://www.buzzkini.com/ (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-06. External link in |website= (bantuan)
  2. ^ "Facebook". www.facebook.com. Dicapai pada 2024-04-06.
  3. ^ "Facebook". www.facebook.com. Dicapai pada 2024-04-06.
  4. ^ "Musika - Malaya's Early Music Scene from 1900s to 1965 - Aminah Nani yang juga dikenali sebagai Miss Aminah, telah merakamkan sebuah lagu Hari Raya pada tahun 1936. klik disini - https://www.youtube.com/watch?v=OaO7kp9J7ik Dari buku biografi Aminah Nani ditulis oleh Noraza Hj. Abdullah Aziz, terbitan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Gambar dibawah: Aminah Nani dengan Minah Yem keduanya pelakon bangsawan yang pernah menjadi Sri panggung di pentas Bangsawan. Aminah Nani di lahirkan di Singapura pada tahun 1919 di Jalan Pisang berdekatan dengan Kampong Glam. Beliau mula berkecimpung dalam opera bangsawan ketika berumur 8 tahun apabila disuruh oleh bapanya, Wak Nani, seorang stage direktor untuk menggantikan tempat Ainon Chik yang sedang sakit demam. Aminah Nani meninggal dunia pada tahun 2000. https://www.facebook.com/ArenaMuzikSilamDiMalaya/photos/a.423049681105580.98548.209033119173905/1350908768319662/?type=3&theater | Facebook". www.facebook.com. Dicapai pada 2024-04-06. External link in |title= (bantuan)
  5. ^ "Facebook". www.facebook.com. Dicapai pada 2024-04-06.
  6. ^ "Honour artistes while they are alive | KLiK". www.klik.com.my. Dicapai pada 2024-04-06.
  7. ^ "Bangsawan legend dies at age 82 | KLiK". www.klik.com.my. Dicapai pada 2024-04-06.
  8. ^ "Tokoh bangsawan meninggal dunia | KLiK". www.klik.com.my. Dicapai pada 2024-04-06.
  9. ^ "Peradaban seni dalam keperibadian Mak Minah | KLiK". www.klik.com.my. Dicapai pada 2024-04-06.
  10. ^ CDP. "BIOGRAFI PRIMADONA BANGSAWAN AMINAH NANI". portal.jkkn.gov.my. Dicapai pada 2024-04-06.