Mitologi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Mitologi merujuk kepada kajian berkenaan mitos atau himpunan mitos seperti mitologi Yunani.[1] Mitologi juga merangkumi jenis-jenis cerita lain seperti legenda dan cerita rakyat. Perkataan mitologi berasal daripada perkataan-perkataan bahasa Yunani kuno, μῦθος [mȳthos] yang bererti ucapan atau fiksyen dan -λογια [-logia] yang bererti kajian.

Mitologi lazimnya berkait dengan legenda dan cerita rakyat. Tidak seperti sebuah mitos, cerita rakyat memiliki latar masa dan latar tempat yang tidak spesifik dan ceritanya tidak dianggap sebagai kisah suci yang dipercayai kebenarannya. Sedangkan pada legenda, pelaku-pelakunya adalah manusia dan meskipun kejadiannya dianggap benar-benar terjadi, dapat mengandungi kisah makhluk supranatural seperti dewa serta kejadian luar biasa seperti kutukan, sama seperti mitologi. Biasanya, latar masa pada legenda ialah masa apabila manusia sudah wujud dan dikaitkan dengan sejarah dan asal suatu tempat.

Bidang-bidang yang berkait dengan mitologi termasuklah sejarah, agama, kesusasteraan dan etnologi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kirk, p. 8; "myth", Encyclopædia Britannica

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Kategori berkenaan Mitologi di Wikimedia Commons
  • Takrifan kamus mitologi di Wikikamus