Mixtec

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lokasi Mixtec di Mexico.

Mixtec (atau Mixteca) merupakan orang peribumi Amerika tertumpu di negeri Oaxaca, Mexico. "Mixtec" juga merupakan nama sejarah bahasa mereka.

Pada masa Pra-Columbia, Mixtec merupakan salah satu tamadun Mesoamerika yang penting. Pusat silam penting bagi Mixtec termasuk ibu negeri silam Tilantongo, termasuk juga tapak Achiutla, Cuilapan, Huamelupan, Mitla, Tlaxiaco dan Yucuñudahui. Mixtec juga membina bangunan penting di bandar silam Monte Albán (yang asalnya merupakan bandar Zapotec sebelum dikuasai oleh Mixtec). Hasil artis Mixtec yang menghasilkan kerja dari batu, kayu, dan logam dipandang tinggi diseluruh Mesoamerika silam. Mixtec ditakluk oleh Maharaja Auitzotl, Aztek sekitar 30 tahun sebelum ketibaan Penakluk Sepanyol. Mereka melawan habis-habisan menentang penjajahan Sepanyol sehingga mereka dikalahkan oleh, Sepanyol dan ahli sekutu Mexico pusat yang diketuai oleh Pedro de Alvarado.

Bahasa Mixtec dianggarkan dipertuturkan oleh 300,000 orang pada akhir abad ke 20, walaupun kebanyakan penutur Mixtec juga mampu bertutur bahasa Sepanyol.

Bacaan Lanjut[sunting | sunting sumber]

  • The Mixtec Kings and Their People oleh Ronald Spores, University of Oklahoma Press, 1967